Wednesday, October 8, 2008

Paklah Tidak Bertanding !

Oleh Malaysiakini

kemaskini 4:40pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan penting yang ditunggu-tunggu - melepaskan jawatan nombor satu Umno enam bulan lagi apabila tidak bersedia bertanding dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Keputusan perdana menteri itu yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.


edyes wrote:

Akhirnya paklah pergi jua... KJ bagaimana? lupakan aja hasrat nak menjadi PM termuda.

Niat murni Paklah untuk membetulkan kesilapanya selama sepenggal-dua ini terbantut gamaknya. Tidak mengapa, saya yakin rakyat Malaysia akan rasa lebih selamat dan 'selesa' tanpa paklah sebagai Ketua Negara.

Takpelah Paklah, yang dah silap tu biarlah orang lain betulkan. Nak buat macamana, jodoh tak panjang. Tapi itulah, amat ditakuti penggantinya nanti, bukan membetulkan kesilapan tetapi meranapkan lagi kestabilan dan paling digeruni, tingkat empatnya nanti ialah seorang suri-rumah-tangga yang rajin shoppppping.

Maka akan berakhirlah regim Paklah sebelum bertapaknya regim anak menantu hantu. Ini berita yang sangat baik untuk rakyat Malaysia. Dan juga berita yang so-so kepada parti pembangkang negara.

Selamat tinggal paklah... jika Tunku Bapa Kemerdekaan, Tun Mahathir Bapa Permodenan, Paklah akan dikenali sebagai Bapa Mertua yang paling berjaya.

Saya kesal kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang FAIL. Itulah takdirnya.

Maaf kerana kata-kata yang terpacul ini agak keras. Sekurang-kurangnya ini adalah antara kata2 yang terakhir yang saya lontarkan terhadap paklah SEKIRANYA beliau benar-benar bersara. Amin

2 comments:

Anonymous said...

ushhh... berat betul ayat yang last sekali tuh......

sekiranya paklah benar-benar bersara?? betul-betul benar ke?

apek said...

haiyaa..lu waaa..nasib baik pak lah kalau tun wooo lu sulah masuk I.S.A...woooo,
tapi kalau sebelum pak lah resign kes monggolia terbukti apa macam????
lu ingat tingkat 4 mau diam meh???
maka pak lah jadiLAH PM lagi..REASON sebab TPM bersalah..maaa.. itu apek punya FENG SHUI cakap maaa..
celita ini tatak ada kene mengena sama ala olang yang masih berkuasa,belum berkuasa,akan berkuasa dan pada yang GILA KUASA.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan