Wednesday, October 15, 2008

Rentetan : Pilih Siapa Perdana Menteri

Berikut adalah rentetan komen daripada kekecohan yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai.

Respon kepada pengunjung;
musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Khabarnya punca kepada semua kekecohan ini adalah kerana duit yang cuba ditabur oleh salah seorang calon yang bertanding.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...
Ke mana tumpahnya RM (Ringit Malaysia) kalau tidak ke peti undi...

Inilah dia petua yang telah diwarisi sejak zaman berzaman oleh barisan kepimpinan UMNO-BN dan terus diamalkan hingga ke hari ini.

Maka, benarlah bagai diduga. Kehidupan parti2 politik BN terutamanya UMNO hanya gah kerana RM, tanpa RM siapalah mereka, dan siapalah calon2 yang cuba nak merebut apa2 jawatan sekalipun.

Budaya rasuah adalah darah daging kepada perjuangan mereka. Lantaran itulah rakyat sering dihidangkan dengan berita2 panas dan sensasi dari sebesar2 orang (Lelaki & Wanita) hingga sekecil2 orang (Putera & Puteri) dari kalangan gerombolan parti pemerintah itu.

Di samping gemar berebut2 RM dari projek2 negara, mereka juga suka berebut2 jawatan. Ini kerana jawatan adalah "kunci" utama kepada khazanah RM yang lebih banyak dan lebih "mega" lagi.

Wassalam.


edyes wrote:

Saudara boleh merujuk kembali kronologi kejadian yang berlaku itu di sini.

Jika peristiwa ini berlaku di Malaysia, kita tidak harus memandang remeh tentang kejadian ini. Ia sudah tentu mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku di kebanyakkan mesyuarat pemilihan UMNO peringkat bahagian.

Kenapa saya nak ambil pusing sedangkan ini adalah hal dalaman UMNO? Mengapa ?

Saudara semua harus peka bahawa mengikut sistem sedia ada, sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO secara automatiknya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, akan terus menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa apa-apa tapisan dan halangan lagi. Ini bermakna kehendak UMNO menjadi kehendak seluruh rakyat Malaysia. Sebab itu sedikit sebanyak, kena ambil pusing.

Apa yang merunsingkan saya pula ialah, pemilihan Perdana Menteri Malaysia dan timbalannya buat masa ini adalah terletak pada tangan 191 Bahagian UMNO seluruh negara.

Sekiranya peristiwa yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di Hotel Good Hope Skudai DIJADIKAN SANDARAN, maka dapat saya rumuskan bahawa negara ini berada dalam krisis kepimpinan yang dasyat.

Bayangkan, jika seseorang itu mempunyai uwang sebanyak ratusan juta, menaburkan habuan kepada 100 bahagian untuk mendapat pencalonon dan akhirnya menggunakan jutaan wang UNTUK mendapatkan wang setelah DIPILIH menjadi Perdana Menteri Malaysia. Inikah hakikat negara kita ?

2 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr. Edyes,

Merujuk kepada response Saudara: “Bayangkan, jika seseorang itu mempunyai uwang sebanyak ratusan juta, menaburkan habuan kepada 100 bahagian untuk mendapat pencalonon dan akhirnya menggunakan jutaan wang UNTUK mendapatkan wang setelah DIPILIH menjadi Perdana Menteri Malaysia. Inikah hakikat negara kita ?”
__________________________________

Saya bersetuju dengan pandangan saudara itu. Isu politik wang di kalangan pemimpin2 UMNO sudah teramat serius dan tidak boleh dipandang enteng oleh sesiapa pun jua. Ini kerana fenomena rasuah merasuah seperti untuk mendapatkan jawatan, projek dsb adalah punca utama kepada berlakunya pelbagai kemelut dalam negara kita. Umpamanya kemunculan projek2 “gajah putih” yang diwujudkan semata2 untuk memenuhi kantung uang pemimpin2 tertentu serta kroni2 mereka yang berkepentingan. Sedangkan soal kebajikan rakyat sering dikesampingkan dan diabaikan.

Jadi, sebagaimana menerusi komen saya di atas, saya juga tidak bermaksud untuk memandang ringan terhadap perkara ini. Ini kerana tujuan saya menulis begitu adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat kita bahawa amalan korupsi sudah terlalu sebati dengan parti UMNO yang masih lagi didokong & disokong oleh sebilangan rakyat negara ini.

Maka, dengan penulisan begitu, saya mengharapkan agar masyarakat kita dapatlah menilai sendiri betapa huduhnya parti pemerintah negara ini, di mana pemimpin2 mereka hanya boleh berkuasa atas kekuatan RM semata2, dan bukannya berdasarkan kepada kebolehan atau keupayaan mereka untuk menjadi seseorang pemimpin. Demikian juga keadaannya dengan penyokong2/ahli2 biasa parti itu, yang tidak akan memberikan sokongan mereka kepada seseorang pemimpin tanpa disogok dengan RM atau kepentingan2 tertentu yang ditawarkan kepada mereka terlebih dahulu. Sebab itulah, saya katakan budaya rasuah sudah menjadi darah daging kepada perjuangan mereka. Semuanya demi RM dan untuk RM jua, sedang manifesto2 mereka yang lain itu tidak lebih dari berupa slogan & retorika semata2.

Kesimpulannya, saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia yang masih belum mahu menyedari tentang hakikat yang sangat menjijikkan ini, yang sudah sekian lama mendasari sendi2 perjuangan parti UMNO-BN itu, agar bersedialah untuk membuka mata hati mereka dan seterusnya bersatu untuk menolak kepimpinan yang penuh korup dan kurap ini. InsyaAllah, setiap hasrat yang baik pasti akan diberkati Allah jua.

Wassalam.

AweKelisaBiru said...

Paklah dan semua puak UMNO menganggap menjadi MP adalah suatu Takhta buat mereka.. Cuba kalian selami maksud lagu yang saya jumpa di Youtube...

http://www.youtube.com/watch?v=WdNV3gyvngg