Monday, October 13, 2008

Kecik-Kecik Lagi dah Main KOTOR ! Inikan pula dalam PRU !

Cuba saudara sekalian turuti kronologi kejadian yang berlaku.

Adakah kemenangan Khairy di Rembau dengan cara sebegini?


Disedut dari MyKMU Johor:

Berikut adalah kronologi kekecohan yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai.

Jumlah keseluruhan kehadiran seramai 146 orang.

Mesyuarat telah diselaraskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai yang diketuai oleh Haji Abdullah bin Yusof.

1. Pada jam 1.30 ptg proses pengundian secara sulit oleh para perwakilan telah tamat.

2. Setelah tamat pengundian, kelihatan peti undi dibawa keluar dalam keadaan tergesa-gesa oleh penyelaras dengan diekori oleh beberapa wakil calon yang dilantik.

3. Tiba di lif hotel, penyelaras bersama peti undi-peti undi tersebut menaiki lif terlebih dahulu untuk naik ke tingkat 8 manakala wakil-wakil calon menaiki lif kemudiannya selang lebih kurang 15 minit.

4. Sebaik sahaja wakil calon tiba di tingkat 8 di dalam sebuah bilik hotel yang bernombor 819 dan 820, mereka dapati kesemua peti undi telah dibuka di kedua-dua bilik tersebut dan kertas undi berada di atas katil.

5. Salah seorang wakil calon persoalkan kenapa pengiraan undi bagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia di buat di bilik yang berasingan.

6. Penyelaras tidak memberi alasan yang munasabah dan tetap meneruskan proses perkiraan undi.

7. Setelah perkara tersebut tersebar, lebih kurang 15 orang perwakilan pemuda telah naik ke tingkat 8 untuk membuat bantahan.

8. Tiba di bilik nombor 819, perwakilan tersebut telah dimarahi oleh Hj Abdullah selaku ketua penyelaras dari Pemuda UMNO Bahagian Pulai.

9. 15 Perwakilan tesebut turun ke bawah kembali ke aras Dewan Persidangan dengan perasaan hampa.

10. Para Perwakilan menunggu terlalu lama untuk Penyelaras mengeluarkan keputusan undi.

11. Pada jam 5.00 ptg kesemua Penyelaras turun ke Dewan kecuali Ketua Penyeleras, Hj. Abdullah bin Yusof.

12. Pada jam 5.20 ptg kelihatan Hj. Abdullah memasuki Dewan Persidangan dengan membawa sekeping sampul surat yang dipercayai mengandungi keputusan pengundian.

13. Sampul surat tersebut diserahkan kepada Pengerusi Tetap dan terus mula mengumumkan keputusan pengundian.

14. Seorang Perwakilan telah bangun meminta kebenaran Pengerusi Tetap mencadangkan supaya kesemua Penyelaras tidak meninggalkan Dewan Persidangan sehingga mesyuarat ditangguhkan.

15. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh majoriti Perwakilan dan diterima oleh Pengerusi Tetap.

16. Kelihatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah Mohammad Khairi bin A Malik telah keluar dewan dan berjumpa dengan Haji Abdullah selaku Ketua Penyelaras.

17. Seorang saksi di luar dewan memberitahu beliau melihat Mohammad Khairi dan Haji Abdullah berbincang secara sulit, tergesa-gesa dan kelihatan cemas.

18. Dalam masa yang sama, Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian yang seterusnya sehingga giliran keputusan Ketua Pemuda UMNO Bahagian diumumkan.

19. Seorang Perwakilan telah bangun memohon kebenaran untuk meminta penjelasan kepada Ketua Penyelaras bagaimana peti undi dibawa naik ke atas dan bagaimana pengiraan undi boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tidur hotel yang sangat sempit.

20. Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut dan terus mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

21. Sebaik sahaja Pengerusi Tetap mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh YB Khairy Jamaluddin dengan memperolehi 61 undi, perwakilan telah mengejek keputusan tersebut dan seorang perwakilan telah bangun mempertikaikan cara pengiraan undi dijalankan. Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian pencalonan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh Datuk Reezal Merican Naina Merican dengan memperolehi 85 undi maka sekali lagi perwakilan telah mengejek keputusan tersebut.

22. Perwakilan sekali lagi telah bangun dan mempertikaikan bagaimana pengiraan undi dijalankan di dua bilik berasingan dan mohon sokongan untuk meminta penjelasan dari penyelaras.

24. Pengerusi Tetap telah meminta Ketua Penyelaras untuk menjawab soalan dari salah seorang perwakilan berhubung dengan cara pengundian dijalankan, namun Ketua Penyelaras menyatakan bahawa beliau hanya ditugaskan oleh badan perhubungan Pemuda Negeri untuk menyelaras sahaja dan sekiranya ada sebarang bantahan, boleh menghantar surat bantahan kepada Badan Perhubungan Pemuda Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali kepada Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian.

25. Salah seorang perwakilan juga telah bangun untuk memohon agar undi dikira semula dan disokong oleh majoriti perwakilan. Sekali lagi Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut. Pengerusi Tetap cuba untuk menangguhkan persidangan tetapi tidak dipersetujui oleh perwakilan dan terus meminta kertas undi dibentangkan dan dikira semula di hadapan semua perwakilan.

Kelihatan Ketua Penyelaras, Hj Abdullah meninggalkan dewan persidangan secara tergesa-gesa dan tidak mengendahkan permintaan perwakilan untuk membuka semula kertas undi dan mengadakan kiraan semula untuk semua jawatan. Difahamkan, ketua penyelaras meninggalkan dewan persidangan bersama-sama dengan kertas undi yang telah siap dikira.

25. Sekali lagi salah seorang perwakilan melahirkan rasa tidak puas hati dan memohon agar permintaan untuk kiraan semula undi diadakan. Namun ianya tetap tidak diendahkan oleh Pengerusi Tetap.

26. Kekecohan berlaku sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan persidangan telah ditangguh oleh Pengerusi Tetap tanpa mendapat mandat daripada majoriti perwakilan.

27. Setelah ditangguhkan tanpa mendapat mandat, dianggarkan 80% perwakilan telah menandatangani petisyen di luar dewan membantah keputusan Mesyuarat Pemuda Bahagian Gelang Patah.

RUMUSAN

1. Calon Ketua Pemuda yang bernombor 01 bernama Noorisham bin Ismail adalah Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian sesi 2004-2008. Beliau telah bertindak sebagai urusetia persiapan dan pengundian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian. Tiada pihak berkecuali yang bertindak sebagai urusetia.

2. Peti undi untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dibuat secara berasing dengan peti undi untuk semua jawatan dalam Pemuda Bahagian.

3. Ketika kesemua peti undi dibawa keluar dari dewan persidangan, tiada wakil calon mengiringi peti undi tersebut ingá ke pusat pengiraan undi.

4. Pusat pengiraan undi dibuat di tempat yang tidak sesuai dan sempit iaitu di dalam bilik tidur hotel dimana tempat persidangan berlangsung dengan bilik bernombor 819 dan 820. Bilik tersebut juga adalah tempat tidur urusetia terbabit.

5. Pengiraan kertas undi bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilakukan di bilik berasingan dengan pengiraan kertas undi bagi jawatan kuasa peringkat Pemuda Bahagian. Ini dilakukan tanpa memaklumkan kepada wakil-wakil calon yang hadar.

6. Peringkat permulaan perkiraan jumlah kertas undi bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa disaksikan oleh mana-mana wakil calon sehingga disedari oleh salah seorang wakil calon, seterusnya wakil calon tersebut berpindaah ke bilis pengiraan kertas undi bagi kedua-dua jawatan tersebut.

7. Tempoh perkiraan kertas undi dilakukan tertalu lama iaitu dari jam 1.30 ptg hingga 5.20 ptg sedangkan jumlah perwakilan yang hadir hanya 146 orang.

8. Terdapat keraguan pada perkiraan jumlah keseluruhan pengundian seperti di bawah:
i. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian:

Calon no. 01: 85 undi
Calon no. 02: 35 undi
Calon no. 03: 24 undi
-----------------------
Jumlah : 144 undi
-----------------------

ii. Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian:

Calon no. 01: 57 undi
Calon no. 02: 44 undi
Calon no. 03: 43 undi
-----------------------
Jumlah : 144 undi
-----------------------

iii.2 Perwakilan ke Kuala Lumpur (G2)

Calon no. 01: 52 undi
Calon no. 02: 61 undi
Calon no. 03: 48 undi
Calon no. 04: 44 undi
Calon no. 05: 53 undi
Calon no. 06: 29 undi
------------------------
Jumlah : 287 undi
------------------------


Jumlah keseluruhan undi bagi pencalonan 2 Perwakilan Pemuda Bahagian ke Kuala Lumpur sepatutnya 288 undi.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia


YB Dato’ Mukhriz : 21 undi
YB Dato’ Seri Mohd. Khir : 57 undi
YB Sdr. Khairy Jamaludin : 63 undi
YBhg Datuk Noor Zahidi : 05 undi
------------------------------------
Jumlah :146 undi
------------------------------------
Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

YB Sdr. Razali : 60 undi
YBhg Datuk Reezal : 85 undi
--------------------------------------
Jumlah : 145 undi
--------------------------------------

Jumlah keseluruhan undi bagi jawatan kuasa Pemuda Bahagian berjumlah 144 undi manakala jumlah keseluruhan undi bagi jawatan Ketua Pemuda Malaysia adalah 146 undi manakala jumlah keseluruhan undi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia adalah 145 undi.

9. Mesyuarat telah ditangguhkan oleh Pengerusi Tetap tanpa persetujuan majoriti perwakilan yang hadir.

1 comment:

musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Khabarnya punca kepada semua kekecohan ini adalah kerana duit yang cuba ditabur oleh salah seorang calon yang bertanding.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...
Ke mana tumpahnya RM (Ringit Malaysia) kalau tidak ke peti undi...

Inilah dia petua yang telah diwarisi sejak zaman berzaman oleh barisan kepimpinan UMNO-BN dan terus diamalkan hingga ke hari ini.

Maka, benarlah bagai diduga. Kehidupan parti2 politik BN terutamanya UMNO hanya gah kerana RM, tanpa RM siapalah mereka, dan siapalah calon2 yang cuba nak merebut apa2 jawatan sekalipun.

Budaya rasuah adalah darah daging kepada perjuangan mereka. Lantaran itulah rakyat sering dihidangkan dengan berita2 panas dan sensasi dari sebesar2 orang (Lelaki & Wanita) hingga sekecil2 orang (Putera & Puteri) dari kalangan gerombolan parti pemerintah itu.

Di samping gemar berebut2 RM dari projek2 negara, mereka juga suka berebut2 jawatan. Ini kerana jawatan adalah "kunci" utama kepada khazanah RM yang lebih banyak dan lebih "mega" lagi.

Wassalam.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan