Wednesday, October 8, 2008

Ruhanie Ahmad : Paklah Kekal Jawatan Presiden ??

Oleh Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan satu perjumpaan penting selama tiga jam - mulai 11.00 malam 7 Oktober 2008 hingga 2.00 pagi 8 Oktober 2008 - di Sri Perdana, Putrajaya, untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009.

Keputusannya: Abdullah akan terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, adalah tidak diketahui sama ada perjumpaan di atas juga mencadangkan supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara yang dijadualkan bermula hujung minggu ini akan ditunda ke tahun Februari 2009.

Perjumpaan berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang, termasuk beberapa wakil khas Datuk Seri Ali Rustam yang tiga hari lalu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Abdullah dijangka mengumumkan keputusannya untuk mempertahankan jawatann Presiden UMNO ini selepas beliau bermesyuarat dengan para pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, 3.00 petang ini.

Demikianlah maklumat paling mutakhir mengenai Abdullah yang saya terima awal pagi ini. Mudah-mudahan maklumat ini akan menjadi realiti selaras dengan semangat, prinsip dan amalan demokrasi di dalam UMNO.


edyes wrote :

Apa nak jadi, jadilah... aku tetap presiden !!!

Gila kuasa rupanya aku nie....

No comments: