Friday, October 10, 2008

PROTES Dijemput untuk Berhimpun


Dengan segala hormatnya saya menjemput pihak penganjur PROTES untuk sekali lagi mengadakan perhimpunan sempena harga minyak global yang telah merundum.

Diharap venue perhimpunan tersebut tidak dibuat di Stadium MBPJ mahupun stadium Shah Alam. Adalah lebih afdal jika perhimpunan tersebut diadakan ditempat paling berkaitan dengan minyak negara iaitu di menara berkembar dan sekitarnya.

Kami rakyat sudah bersedia untuk sekali lagi berdepan dengan sebuah kerajaan yang begitu DEGIL untuk menurunkan harga minyak ke tahap yang SEPATUTNYA.

Kononnya, menteri bertanggungjawab mengatakan bahawa harga minyak tidak boleh diturunkan melebihi 12sen bagi mengelakkan kerugian di pihak empunya stesen minyak. Ingin saya bertanya, di manakah menteri yang bertanggungjawab sewaktu harga minyak NAIK sebanyak 78sen?

Mengapa tidak sekalipun disebut oleh menteri berkenaan mengenai kerugian yang ditanggung oleh pihak rakyat sewaktu kerajaan menaikkan harga minyak lebih 3 kali ganda daripada 12sen iaitu 78sen ? Tidakkah sepatutnya menteri terbabit membela rakyat dalam situasi itu sedangkan tauke-tauke minyak pula yang dipertahankan ! Kamu yang berambut putih ini wakil rakyat atau wakil TAUKE??

Turunkan harga minyak SEGERA ! Turunkan hari ini juga ! Atau menghadapi lautan rakyat berbaju merah darah !

Saya menyeru pihak PROTES supaya lebih peka dengan keadaan yang mana sepatutnya kerajaan menurunkan harga minyak kepada yang asal iaitu 192sen seliter. Diharap pihak PROTES ambil perhatian dan tindakan segera !

RE-FOR-MA-SI !

Takbir !!

10 comments:

LazerJuan said...

Buat apa buat protes....tunggu aje Anwar memerintah..tak lama lagi kan..semua masalah boleh selesai,..apa risau...tunggu jangan tak tunggu, dah dekat sangat dah ni....eh eh...ada delay ke?! ooo delay sengaja...

so Ed, gua harap lu tak censor gua punya comment. nanti bila free gua datang lagi...tapi rasanya berat nak datang...maklumlah, lu kan tak lama lagi nak memimpin negara dgn Anwar...sure busy!!!

Takbir lah puas-puas...tak salah bertakbir, jika kena tempat.

Edyes said...

Bro Lazer,

Kita rakyat nie kena bijak skit lah kan. Jangan asyik pemimpin jer nak bijak, rakyat pun kena jugak.

Peralihan kuasa tetap dijangka berlaku bila Parlimen dah mula nanti. Jangan kita lupa, paklah masih lagi PM buat masa ini.

Katakanlah bila kerajaan BN umum harga minyak turun lagi sebanyak 10sen-15sen, nanti bila kerajaan BN tumbang dan Kerajaan PR naik, kita tetap tuntut janji DSAI untuk menurunkan lagi 70sen.

Jadi, harga minyak domestik akan kembali berlegar sekitar 162sen hingga 172sen seliter iaitu lebih murah daripada harga sebelum kenaikkan mendadak bulan 6 lalu. Kira bijak skit lah kan.

Busy?? Bila DSAI take over nanti, saya memang busy banget. iyer lah, sibuk menjadi pemerhati. Sama-sama kita MEMANTAU tindak tanduk Anwar Ibrahim supaya beliau tidak tergelincir dari landasan manifesto yang dijanjikan. Kita tinjau perlaksanaan dalam meREFORMISkan dasar-dasar yang selama ini menekan rakyat.

Kita semua nak lihat semua golongan RAKYAT di angkat, kemiskinan dibasmi secara bersungguh-sungguh dan ketuanan rakyat itu terpelihara.

so lazerjuan, nanti free jangan lupa singgah.

Anonymous said...

Jangan lupa buat konsert punk sekali nanti kat. Kang merajuk plak abg isham ko.

Toi'Toi' said...

jangan la risau
bukan konsert punk je...
konsert inul dangdut,
konsert amal nasyid pun kami akan adakan..
jemput datang nooo....

musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Pasal protes tu, diharapkan segala objektifnya nanti dapatlah dicapai dengan jayanya, demi rakyat dan untuk rakyat jua.

Namun bagi saya, bukan setakat harga minyak saja yang perlu ditangani, tetapi harga barangan juga hendaklah sentiasa dipantau supaya tidak mencekik darah & keringat rakyat...

Soal kenaikan harga barangan ni memang agak memusykilkan saya selama ini. Kerana walaupun harga minyak sudah 2x diturunkan (biarpun ciput tapi turun jugak kan?), namun harga barang2 keperluan harian terus saja melambung. Tak reti nak turun2...

Jadi, saya syorkan kepada pihak pemprotes sekelian, supaya turut membangkitkan isu kelemahan pihak kerajaan, terutamanya dalam menguatkuasakan undang2 terhadap para peniaga di negara ini berhubung dengan fenomena harga2 barangan yang dinaikkan sesuka hati tanpa sebarang kawalan sejak akhir2 ini.

Tolonglah peringatkan kepada para pemimpin BN agar prihatin terhadap nasib rakyat bawahan yang kadang2 terpaksa "mengikat perut" mereka, kerana tidak berkemampuan memiliki hatta keperluan asas sekalipun.

Kesimpulannya, kerajaan perlu sedar bahawa rakyat yang “lapar” selalunya tidak akan mampu berfikir secara rasional atau bekerja dengan baik. Apabila ini berlaku, ia secara tidak langsung akan membantutkan daya produktiviti sistem perekonomian negara yang seterusnya boleh menjejaskan mutu hidup masyarakat keseluruhannya.

Wassalam.

Toi'Toi' said...

Salam Musafir Kelana,

Bukan taknak buat!
Boleh Buat, semua protes boleh buat dan kita akan buat!

tapi tu lah, protes dah banyak buat
berbilang kaum dah datang ramai dah masa protes dulu
rasanya semua dah perlaksanaan tercapai
tapi bila sampai kat menteri2 dan pihak2 atasan kerajaan
hampeh aje jadinya..
protes kita jugak yang diburuk2kannya
bukannya nak ubah apa yang rakyat suarakan

Edyes said...

Mengenai perhimpunan PROTES ini, kononya tidak mendatangkan hasil. Tetapi sebenarnya ini adalah satu inisiatif dari rakyat itu sendiri.

Apa pandangan saudara semua apabila ribuan rakyat berhimpun untuk mendesak kerajaan supaya harga minyak diturunkan?

Mereka hadir berhimpun dengan kuderat sendiri. Mereka datang tanpa subsidi, mereka berpanas terik, bermandi hujan kimia dan menempuh segala halangan tanpa diharap untuk dibayar seratus dua.

saya jamin, mereka hadir sebagai wakil dari seluruh rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang akhirnya menguntungkan semua lapisan masyarakat.

Berkenaan harga barangan yang masih lagi tidak diturunkan walaupun harga minyak telah turun sebanyak 25sen, harga barangan dan perkhidmatan tetap akan turun apabila faktor persaingan harga timbul.

Bagaimana persaingan harga itu timbul? Ia berlaku dalam jangkamasa 2 hingga 3 bulan yakni apabila peruncit, pemborong, pengusaha perkhidmatan dapat merasakan kos logistik semakin berkurangan, maka mereka akan mula mengurangkan harga untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ini kerana kos tambahan sempena kenaikkan harga minyak telah berkurangan.

Jadi, dengan meletakkan harga yang lebih murah, maka akan jadi satu persaingan dengan peruncit/pekedai yang lain.

Apa gunanya meletakkan margin untung yang tinggi sekiranya tiada 'volume'?

Anonymous said...

So, bila perhimpunan ni nak buat?

Anonymous said...

Adus anwar dah tak jadi tukar kerajaan la pulak.

"Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang."

Tu malaysiakini yang tulis ye. Bukan utusan.

http://www.malaysiakini.com/news/91187

Kesian blogger aktivis nih. Tak habis2 diperbodohkan anwar.

musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Merujuk kpd komen saudara: "Bagaimana persaingan harga itu timbul? Ia berlaku dalam jangkamasa 2 hingga 3 bulan yakni apabila peruncit, pemborong, pengusaha perkhidmatan dapat merasakan kos logistik semakin berkurangan, maka mereka akan mula mengurangkan harga untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ini kerana kos tambahan sempena kenaikkan harga minyak telah berkurangan."
___________________________________

Tulah pasal! Masa dinaikkan serentak tapi bila nak turun, mak aih! lama betul, maunya makan masa 2-3 bulan tu....

Sama juga dengan harga minyak yang dinaikkan dulu, bukan main laju lagi anggota2 kabinet BN meluluskannya. Tapi, bila nak diturunkan bukan main slow lagi, siap dengan "bertai chi" dan "bersilat" pulak dalam kata2 politik mereka.

Tulah bahananya apabila kerajaan mula membiasakan amalan menaikkan harga minyak, jadi bila harga barangan ikut melambung naik, para peniaga pun apa lagi, mestilah "liat" sikit nak memurahkan kembali barang2 jualan mereka. Apatah lagi kalau nak kembali ke harga asal (yang memang sudah agak tinggi pun sebelum minyak dinaik harga dulu), rasanya macam mustahil & tak mungkin berlaku walau ditunggu hingga 2-3 bulan sekalipun.

Wassalam.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan