Friday, October 31, 2008

Turun 15sen - Ribuan Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia

Kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana begitu bermurah hati untuk tidak menurunkan harga minyak melebihi 15sen. Kerajaan begitu memahami keadaan yang dilalui oleh kami sekiranya penurunan tersebut menjangkau 20-30sen secara sederap.

Ini adalah kerana terdapat beberapa lagi tangki minyak yang masih penuh dan tidak dapat dijual pada harga 2.30sen. Kami telah membeli stok minyak tersebut dengan harga yang tinggi dan adalah menjadi satu bebanan untuk menjual kembali pada harga yang rendah.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kami dibebani dengan banyak masalah kewangan sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak dengan mendadak. Antara masalah yang dihadapi ialah;

1. Kami terpaksa membatalkan percutian hujung tahun keluarga kami ke Greece atau sekurang-kurangnya menukar haluan percutian kami hanya ke Kepulauan Maldives sahaja.

2. Kami tidak dapat mengirimkan wang lebih kepada anak-anak kami yang menyambung pelajaran di Oxford. Mungkin Anak-anak kami di sana tidak dapat menonton wayang di waktu lapang.

3. Kami juga tidak dapat membayar OT kepada pekerja bangladesh yang bekerja separuh mati.

4. Kami terpaksa menukar hadiah untuk anak bongsu kami daripada sebuah Toyota Caldina kepada hanya Toyota Vios sempena lesen P yang baru diperolehi.

5. Langganan Astro MAX juga terpaksa kami potong demi mengurangkan kos sarahidup.

Dengan ini, kami sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin terhadap masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh kebanyakkan pengusaha seperti kami.

Kami bersyukur kerana akhirnya dapat juga kami sekeluarga bercuti ke Greece dan bersantai di lautan mediteranian. Jika tidak, kami terpaksa bercuti hanya ke kepulauan Maldives dan untuk pengetahuan pihak kerajaan juga, percutian kami di Gold Coast tahun lepas tidaklah begitu memberangsangkan, sebab itu adalah penting bagi percutian kami pada hujung tahun ini.

Berkenaan kenaikkan harga minyak 78sen pada bulan Jun yang lalu, kami langsung tidak menutup tangki untuk dijual kepada pengguna. Kalau tak percaya, boleh tanya bangla yang tinggi-tinggi tu, nama dia Sudalama.

Terima kasih Kerajaan Malaysia.

Pengusaha Stesen Minyak
Cawangan Jalan Maarof
dan cawangan Hentian Rehat Seremban
(Kami cuma ada dua stesen sahaja)

4 comments:

goddamn those who should b damn said...

yg kaya semakin kaya, yg miskin terus terhimpit,haram jadah punya BANGSAT NAJIS.HARAP2 keturunan kamu dilaknat tuhan.

Putra IJ80 said...

yg kaya semakin kaya, yg miskin terus terhimpit,haram jadah punya BANGSAT NAJIS

Isshhhhk!!!

Meker maki demer kenape???

Kalau tak de yg.miskin....

Orang kaya nak bersedekah kat siape????

ato sebaliknya???

Kaya miskin tak jadi hal.....le

Yg.penting kita bersyukor ,reda dgn kurniaan Allah.

Meker lupe ke...Nabi kita ada lah orang yg.termiskin di dunia ...

Tapi die ......

Sendiri pon tahu jawapannya kan?

So... relax!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Keje pemalas camne nak kaya. Pagi2 lepak kedai kopi order secawan kopi sembang 5 jam. Takde duit nak beli barang, maki hamun kerajaan haram jadah. Akai ada ka ?

Anonymous said...

ini kerajaan nak jaga kebajikan pengusaha stesen minyak atau kebajikan rakyat???

masa naik dulu tak peduli masalah rakyat tapi masa nurun ambik peduli pulak masalah tauke2 minyak