Tuesday, October 7, 2008

Berhala Anwar ? : Jawapannya Di Sini

Assalamualaikum, dan salam hormat.

Setelah sekian lama tidak berbicara, saya timbul bersama artikel yang menjawab kepada persoalan 'poster' Anwar Ibrahim.

Saya sependapat dengan artikel di bawah. Sebuah artikel oleh kulup sakah

Pendirian saya juga tegas, unsur seperti keberhalaan ini harus dielakkan. Tugu Negara juga harus dirobohkan. Mudah bukan? selamat membaca.


oleh kulup sakah

Terlanjur keluar isu dewa Anwar tercogok kat Batu Caves ni membuka ruang untuk aku berbicara dengan lebih luas lagi!
- isu replika Anwar tu mudah saja… pertama pergi tengok sendiri dulu, replika patung ke, poster ke atau arca ke…

kedua- tanya siapa yang banyak keluar modal..yang Hindukah atau orang Islam..kalau Hindu biarlah pakar2 agama Hindu menjawabnya..kalau orang Islam maka kita harus ada pendirian terhadapnya..bagi tokoh2 yang dikagumi rakyat, perkara begini selalu terjadi…Siddhauta Gautama Buddha diangkat dan dipuja seperti tuhan kerana penganut itu terpesona dengan kezuhudannya..kita juga pernah melihat pendewaan terhadap Ayah Pin, Ustaz Ashaari dipuja pengikut Arqam (ni pun satu hal yang boleh dihujahkan kesahihannya), malah Dr mahathir pun pernah dianggap maksum dan khalifah ke5 oleh Shafie Apdal…

Sebagai muslim aku memilih TIDAK BERSETUJU dengan cara berlebihan begitu..asas syariat juga melarang disimpan atau dibuat patung,gambar,ukiran atau lukisan dan sebagainya apatah lagi dibuat besar2 begitu..sebab itu tiada dijumpai gambar,ukiran arca atau lukisan Rasulullah SAW walaupun pakar seni tampak sudah wujud pada zaman Baginda..dikhuatiri akan dipuja manusia..sedangkan sekarang pun ada yang memuja dan menyembah huruf2 Mim Ha Mim Dal atau Alif Lam Lam Ha..
lagipun kalau berlebih2an orang pun meluat..aku sokong Anwar dengan agenda reformasinya tetapi bukan mendewakannya..

ia mesti diturunkan TAPI…. bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika “Anwar”..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!!
-kita pernah marah bila Umno/BN mengeluarkan kenyataan khurafat mengatakan hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia dengan baik tapi pimpinan kita juga selalu bernada serupa apabila mengatakan hanya Anwar saja yang mampu membawa Malaysia ke arah kesejahteraan..masyaAllah!…. Allah boleh saja mengangkat sesiapa dan bangsa apa sekalipun untuk menerajui Malaysia jika Dia berkehendakkan begitu!

Cuma aku ingin belabun sedikit dengan Mufti Perlis Ustaz Asri ni bahawa jangan sekadar bercerita tentang penyembahan dan pendewaan dalam bentuk patung saja.. “tuhan-tuhan’ yang disembah manusia bukan lagi dalam bentuk patung seperti Al manat, Aluzza atau Allata tetapi harTA, kereTA, waniTA dan takhTA..
“menyembah ” bermaksud tunduk/patuh/takut/taat dan “Tuhan” bermaksud yang berkuasa ke atas sesuatu seperti hidup-mati,rezeki,jodoh dll..
menurut Ustaz Ismail Kamus jikalau seseorang itu membodek bossnya dengan harapan perbuatannya itu akan meyebabkan bossnya memberikan rezeki kenaikan pangkat. ia boleh menyebabkan syirik dan begitu juga jikalau kita takut berkata benar kerana dikhuatiri periuk nasi terjejas boleh mendatangkan syirik kerana bertuhankan makhluk dan tidak yakin dengan rezeki yang datangnya dari Allah!

inilah ‘berhala’ dan ‘penyembahan’ yang tidak disedari kita..penyembahan ketika berhadapan dengan sultan atau raja juga harus dijelaskan dengan sejelas2nya oleh Tuan Mufti apakah salah dan ada unsur-unsur penyembahan dan pendewaan kepada selain Allah? kalimah “Sembah patik harap diampun” apakah ada unsur2 pendewaan di situ?

juga pernah disentuh Hamka tentang perkataan “Duli” Yang “Maha” Mulia..apakah ada unsur2 syirik dan boleh memesongkan akidah? Duli bermaksud bawah tapak kaki atau ada yang mengatakan debu di tapak kaki…maksudnya kita pacal ini lebih hina dari debu di bawah tapak kaki sultan? Sultan terlalu suci hingga sanggup “mencemar” duli turun bertemu rakyat jelata?
perkatan “Maha” (bukan Mahathir) hanya layak untuk Allah yang Maha Esa..tetapi cuba lihat ada ‘makhluk’ lain yang sama taraf “Maha” dengan Allah pada lirik lagu negeri Pahang:-

Ya Allah yang Maha Kuasa
lanjutkan usia
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
dirgahayu, Darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Ke bawah Duli Raja Kami..

(cikgu Bahasa Melayu aku berbangsa India pernah memberitahu aku perkara ni dan aku terus tak berselera menyanyikannya selepas itu)..aku sekolah di Pahang dan menetap di Selangor..juga lihat lagu negeri Selangor:-

Duli Yang Maha Mulia
selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
rakyat pohon restu
Bawah Duli Tuanku
bahagia selama-lamanya
aman dan sentosa
duli yang Maha Mulia!

* tulisan berwarna merah lirik di atas menggambarkan betapa hinanya rakyat di bawah mohon restu di bawah tapak kaki Tuanku yang seperti Tuhan..Allah tiada perkataan “Maha” pada lirik ini…

kita tahu “malaikat tidak masuk ke rumah jika kita menyimpan patung” atau jangan simpan anjing di dalam rumah kerana malaikat tidak masuk!
- kita kena faham apa maksud “rumah”, “malaikat”.”patung” dan “anjing”..ini kiasan..

rumah bermaksud tempat berdiam, tempat selamat..dalam konteks tasauf “hati” adalah rumah atau kerajaan pada tubuh sesorang insan, kalau hati itu baik maka baiklah keseluruhan sistem badannya baik jasmani mahu pun rohani..

malaikat bermaksud-roh atau nur (kerana asalnya daripada cahaya-nur)

patung (berhala)- unsur2 yang membuatkan kita ‘asyik’ dan ‘lalai’ dengannya..seperti wang, harta, kedudukan dsb

anjing- sifat2 bengis

maka itu maksud “malaikat tidak masuk rumah jika ada patung” boleh diterjemah sebagai nur/cahaya/hidayah tidak akan masuk ke dalam hati jika ada unsur2 yang melalaikan yang kita puja seperti harta, pangkat dan wang..paling menakutkan bila kita menganggap ‘anak’ kitalah harta yang paling disayangi sampai naik leka akan kehebatan kita melahirkan anak2 yang comel dan pandai…jangan sampai Allah marah kerana kita leka lalu diambilnya sekaligus..seperti dalam quran “Janganlah anak kamu dan harta kamu melalaikan kamu,”(aku bukan ustaz 4 sanawi cuma rajin berborak dgn kawan pak nawi)..

atau ayat kedua “jangan simpan anjing (sifat2 bengis) di dalam rumah (hati) nanti malaikat (nur/hidayah) tidak masuk”…kalau malaikat tak masuk rumah macamna nak mati? Izrail tak mau masuk? kena faham kiasan…

Dato Mufti disarankan banyakkan memberi penjelasan tentang pemesongan akidah melalui penyembahan terhadap makhluk..kerana khuatirkan rezeki tertutup, kita mematuhi arahan ketua yang zalim…sewaktu Dato mufti menjadi panel dalam forum sambutan 100 hari pakatan rakyat di kelantan bersama Prof Aziz Bari dan YB Saifuddin Nasution, dato ada mengatakan yang kedatangan dato sebagai panel pun ada risikonya!
lalu dibidas sinis oleh Saifuddin dengan meyatakan :jawatan mufti itu kurniaan Allah dan apalah risikonya..kalau dipecat pun boleh jadi pensyarah semula….laa..takkan takut juga dengan risiko tu? mengatakan kebenaran milik Allah pastilah dilindungi Allah..takkan dia nak menganiaya kekasihNya?

..maafkan patik “capal” yang hina!

15 comments:

Anonymous said...

SALAM,
SETUJU SANGAT BUKAN SAHAJA REPLIKA TERSEBUT... TUGU NEGARA... MALAH SELURUHNYA YANG MENYERUPAI MAKHLUK.. KUCING KE! PENYU KE! KANCIL KE! GAJAH KE!
AMACAM ADA BERANI KE? MAZA... JAWAB LE?

Anonymous said...

Perkara paling jelas sikap peyokong (taksub) anwar:

Apabila ada hamba allah yang memberi pendapat mengenai sesuatu perkara kurang baik yang melibatkan anwar walaupun perkara tersebut betul, maka hamba allah tersebut akan dicop pembodek, pembangkang, takde ilmu dsbnya. Tiada timbang taranya lagi.

Hamba allah yang dulu yang penah dipuji melambung oleh peyokong (taksub) anwar kerana memberi komen memuji anwar jugak akan dicop pembodek, pembangkang, takde ilmu dsbnya sekiranya hari ini beliau menyebut perkara kurang baik terhadap anwar.

Hamba allah didalam PR sendiri tak terlepas dicop sedemikian sekiranya memberi komen atau pendapat yang kurang baik terhadap anwar.

Begitulah taksubnya penyokong (taksub) terhadap sorang bernama anwar.

Anonymous said...

knp guna anonymous biler nk beri pndpt? takut pd sape? dh ader namer guna namer la...berani kerana benar, jgn menyorok disebalik samaran..

Anonymous said...

Adakah sekarang hanitha said mengenali saya?

1st time baca pendapat "guna anonymous di internet adalah sbb takut". Agak kelakar jugak tu. :)

Apa bezanya anonymous dgn nickname dan realname apabila berada di internet? Anda perlu tahu bezakan protocol dibumi dengan protocol internet walaupun anda begitu taksub dengan anwar.

Edyes said...

sedara hafiz,

sekurang-kurangnya apabila satu-satu statement itu mempunyai origin, barulah ia layak dilayan dan layak dibicarakan. Surat yang tak punya tanda-tangan TIDAK akan laku dimana-mana sedangkan tanda-tangan itu boleh ditiru atau dibuat-buat. Sama jugalah praktikalnya di alam maya ini.

kebanyakkan bloger tidak membenarkan sebarang komen yang tidak bernama tersiar. sebab apa?

saya di sini masih lagi mengamalkan dasar keterbukaan yang maximum. tak kesah pun walaupun komen berunsur hina. cuma saya harap komentar yang dilontar itu 'berhati-perut' dan sedikit bernas untuk dibualkan.

biarlah nama yang diberi itu hanya nickname, tetapi ia lahir dari satu origin yang dikenalpasti.

protokol ?? walaupun berada di alam internet, kita patut punya etika.

painah said...

kalu cam tu ... replika n gambo dacing pung kena turungkanglah gamaknya?

Soalnya saper yg berani nak turungkang?

Anonymous said...

walaupun berada di alam internet, kita patut punya etika.

Layakkah anda berbicara tentang etika? Sorang blogger yang x bertika dalam tulisannya berbicara tentang etika berada di internet. Menarik, sungguh menarik.

Nak saya susun ayat2 anda yang lansung tak beretika wahai blogger bermentaliti kelas ke 3...!!

Oh...maafkan saya. Mungkin saya x mampu susun lagi sbb terlalu banyak sekali ayat2 tak beretika dan fitnah2 yang anda dah taburkan.

Edyes said...

mentaliti kelas ke-3??

terima kasih

Anonymous said...

takpe, sekurang2nya telah lahirnya seorang lagi penulis (berblogger tu kira menulis jugak lah)
daripada hentam ayat2 orang lain jer..
Oi, buat lah blog sendiri oi!
Nak jugak aku tengok susunan ayat2 etika kau tu.
Kalau betul nak tambahkan info buka aje blog team2 umno. Buka blog team2 anwar sapa suruh. Saje je nak kutuk2 kan?!

SELAMAT HARI RAYA anonymous & Mohd Hafiz,

Anonymous said...

akum.
Salam Eidul Fitri edyes.
Sangat menarik artikel kali ini. Secara jujur aku dah muak dgn artikel dan komen2 mengenai politik shj.Bukan apa, rasa mahu juga melihat saudara edyes memberi sesuatu yg disembahkan secara kritikal dan bermanfaat.
Aku setuju mengenai statement 'Maha' dan 'Duli'.Yup, kita harus menghormati raja dan sultan tetapi rasanya biarlah hanya tinggal hormat shj dan bukannya sampai ke tahap menyamakan dgn sifat Tuhan. Rasanya benda2 ini sudah tidak dpt dibuang lg oleh kerana kita mewarisi kesultanan berdarah hindunisme yg kuat kepercayaan dewa-dewa.Bukan niat menyinggung sesiapa tetapi perkara begini harus dikaji semula tetapi perlulah secara perlahan2 dan bersepakat.Kalau dibuat terburu2 takut tidak dpt diterima pula oleh kerana soal raja dan sultan amat sensitif dikalangan org melayu (begitu juga aku).
Persoalan aku, mana lebih penting, soal kesultanan dan raja ataupun agama Islam?

Edyes said...

Toi,

very good point ! suruh dia buat satu blog tengok..


Cikundez,

tahu apa maksud 'patik'?

bak kata abg bakaq, 'patik' tu maksudnya anak anjing.

maka, kalau 'patik yang hina' maksudnya apa?

Anonymous said...

Wahhh..mesti susah giler tulis blog nih. Manalah aku reti beb. Lagipun mana aku reti maki hamun semua tu. Lainlah korang terer merer semuanya. Org anwar la katakan, mesti la terer. Mesti lepasan oversea punyalah. Kalau tak camne bleh terer giler tulis blog kan kan kan.

Agak2 kalau anwar yang buat benda2 yg ko tak puas hati tu (macam yg ko tulis), ko akan pertikai tak? Agak2 ade tak ko nak berhujah bab agama, bab hukum hakam, nak tegakkan islam semua tu? Ko berhujah bagai ustaz untuk cari kesalahan sebelah pihak. Tapi bila kesalahan pemimpin ko, ko pejamkan mata. Ko reject mentah2.

Pendapat mcm ko ni sebenarnya memperbodohkan diri sendiri jek. Rentikanlah...

Edyes said...

cik anon hafiz,

Asalnya saya penyokong UMNO yang agak totok. masa tu mungkin boleh kata saya taksub Tun Mahathir. Saya tiada dalam arus reformasi '98.

Namun, hati ini mula terdetik untuk meninggalkan UMNO pada zaman Mahathir lagi, iaitu apabila isu SAR timbul.

Saya telah nyatakan perkara ini dalam salah satu entry yang ada dalam blog edyesdotcom. Sepatutnya sedara perati betul2 sebelum membuat sebarang andaian TERUTAMANYA mengenai diri orang lain. Apakah saya ada mengusik peribadi saudara sebelum ini?

Berkenaan Anwar Ibrahim, jika beliau tersalah langkah, sama-sama kita tegur. Di blog ini juga salah satu medannya. Saya ingin memberi satu peluang kepada DSAI untuk melaksanakan menifestonya yang memartabatkan Agama, rakyat dan membela nasib orang kebanyakkan.

Jika pendapat saya dikatakan memperbodohkan diri sendiri, bagaimana pula dengan pendapat saudara.

Saya juga ingin tau lebih lanjut mengenai pendirian sedara dalam arena politik tanahair. Mungkin sedara juga ada sesuatu yang diperjuangkan seperti nasib rakyat marhaen.

Semoga kita dapat saling mengenali di masa akan datang. Saya memandang baik dalam aspek mengeratkan siratulrahim walaupun berlainan fahaman.

Anonymous said...

Sapa peduli dulu ko penyokong totok UMNO ke ape. Kononnya nak bagitau UMNO dah tersesat dan ko keluar dan pilih jalan yang betul dan sapa yang x keluar ikut ko masih lagi tersesat?

Dah bape juta kali ko tengur pemimpin ko masa tersalah langkah? Aku tak fikir "suara" blog ko ni bleh sampai kepada pemimpin ko.

Pendapat aku senang. Aku sayangkan negara aku dan aku menyampah dengan orang2 bermentaliti kelas ke 3 yang sedang membuat ujian keatas negara aku.

Orang yang mengira 2x2=5 (sebab pemimpinnya berkata 2x2=5) sedang membuat ujian keatas negara aku. Amat menakutkan.

Edyes said...

hehehe...

akhirnya...