Monday, September 8, 2008

Rombongan MP Ke Taiwan Berlepas


Sejumlah 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Bung Mokhtar Radin, yang akan berlepas bersama 41 ahli Parlimen tersebut pada jam 1.45 tengahari ini, mengesahkannya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada 10 ahli Parlimen dari Sabah, 12 dari Sarawak dan bakinya dari Semenanjung Malaysia.

Mereka dijangka mempelajari secara dekat program pertanian yang dilaksanakan di Taiwan.


edyes wrote:

Selamat Jalan YB-YB semua. Bagi yang muslim tu, jangan tak puasa tau.

Kami di sini sentiasa menunggu kepulangan YB-YB yang berjuang di Taiwan sana. Semuga pembelajaran tentang pertanian moden dapat ditelaah sebaiknya dan dapat dipraktikkan dalam parlimen. Jangan lupa salin nota, jangan lupa ambil seberapa banyak benih untuk ditanam di sekitar parlimen.

Apabila berbuka puasa di Taiwan, jangan berbuka di tempat sembarangan. Carilah yang halal bagi yang beragama Islam. Yang bukan Islam pun kalau nak cuba-cuba berpuasa, takda salahnya. YB-YB semua diharap jangan berbuka dengan tawaran hebat dari BN. Tak halal tu.

Kami di sini berbuka ala kadar sahaja, majlis berbuka di sini pun nampaknya meriah tanpa YB. Banjir pun kian surut, YB tak jenguk pun takpa, kami dah biasa. Baca sotkabar hari nie, katanya ada ancaman banjir besar, tapi YB jangan khuatir, kami bisa melaluinya.

Jangan hirau, bisik seko ngi rimau njagak akuk... tinggi, manah gamal, amat keriang ndai, maka apai... Auk, Malaysia... Ndai jangan hirau...

No comments: