Thursday, September 4, 2008

Pemerintahan Tentera pada 15 Sept ?

Telah banyak kali saya tekankan, kita harus menolak politik perkauman.

Mat Saman Kati telah paparkan sepucuk surat dari local indian(link surat muka satu) yang meluahkan kekecewaan terhadap orang melayu. Tetapi surat tersebut dipenuhi kata-kata RACIST(link surat muka dua) yang melampau. Saya dah pernah baca surat tersebut bulan lepas tetapi tak sanggup paparkan bagi mengelak unsur rasis. Kini saya bicarakannya atas sebab perkara ini memerlukan satu penjelasan.

Ini satu propaganda yang besar untuk melagakan orang melayu dan india, di samping menarik orang cina masuk sekali yang akan menjadikan satu pergaduhan yang lebih besar berbanding 13 Mei. Seperti dalam ucapan si ahmad ketua bahagian P.Pinang, terbukti rasis.

Pergaduhan ini bukan hanya bakal melibatkan antara melayu-india ataupun melayu-cina, tetapi melibatkan antara MELAYU dan BUKAN MELAYU ! itulah yang 'mereka' mahu supaya semua orang-orang melayu kononnya kembali bersatu dibawah naungan United Malay apokobinceknyerntah.

Kita mesti cekal menghadang sebarang jenis propaganda yang menaikkan darah dan bakal menumpahkan darah. WAJIB bagi kita menolak sebarang unsur perkauman kerana hanya dengan politik perkauman sahaja yang menguntungkan UMNO. Kita mesti sedar dan arif tentang perkara ini.

Percaya atau tidak, semua bentuk propaganda dan rasis ini TELAH ditaja. Pihak yang menjadi mangsa nanti ialah kita iaitu rakyat. Kita mungkin akan kehilangan sanak saudara atau lebih dari itu, begitu juga kaum india dan cina. Bersediakah kita? atau pun 'ia' tidak perlu berlaku?

Apa pula akan jadi kepada pemimpin besar negara pada waktu itu? Mereka akan terbang sana-sini untuk menyelamatkan diri dan tetap hidup senang lenang di mana-mana pun. Bagaimana pula dengan nasib kita? nak terbang ke mana?

Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan ini berlaku?

- Regim Paklah dan Najib harus dilumpuhkan sebelum sempat mereka mengishtiharkan perintah darurat dan seterusnya pengambilan kuasa oleh tentera.

Adakah saya memperkatakan sesuatu yang terlalu jauh dari realistik? Mungkin juga, tetapi kita harus bersedia. Dalam keadaan sekarang ini apa-apa pun boleh berlaku. Dalam jangkaan, luar jangkaan, dalam kawalan, luar kawalan, semua berkemungkinan.

Kita dapat lihat pelbagai perancangan yang diatur sebelum ini oleh pihak kerajaan untuk menguburkan DSAI dan rakan pembangkang kerana ketewasan ketara yang mereka alami bulan Mac yang lalu. Segala yang dirancang seperti yang kita sedia maklum, menemui jalan BUNTU, maka timbul lagi rancangan-rancangan lain seperti sabotaj dan sebagainya.

Tidak terfikirkah kita bahawa dalam banyak-banyak perancangan jahat yang diatur, terdapat satu pelan kecemasan. Sebuah pelan akhir yang begitu khianat sekali tanpa mempedulikan nasib rakyat. Mereka sudah bersedia dengan pelan kecemasan ini kerana merekalah yang mengaturnya. Bagaimana dengan kita?

Satu pesan saya, tolak politik perkauman yang selama ini di'taja'. Kita rakyat celik tidak lagi sebodoh 1969. Tolak propaganda murahan, tolak politik perkauman.

Setelah berjuang dan berusaha, pasti kita bertawakkal kepada Allah. Yakinlah bahawa mereka merancang, Allah juga punya perancangan, nescaya rancangan Allah itu lebih HEBAT.

No comments: