quote by cikundez;
Akum.
Aku rasa normal lah tu edyes jika benar rombongan nie digunakan utk mengalihkan 16 September tu dr terjadi walaupun nampak cam desperate.Sbb inilah politik.Rasanya taktik lompat parti tu pun teknik desperate gak yg anwar rancangkan.Sorry kalau hang terasa.
jadi tak perlulah kita kondem sgt depa g wat rombongan tu.
edyes wrote:
cikundez,
Saya tak terasa pun, setiap orang berhak bersuara dan mengemukakan pendapat di blog ini. Setiap orang juga berhak mempertahankan hujahnya.
Sebenarnya, bukan Anwar yang desperate. Rakyat yang desperate dan tersepit. Anwar hanya menjalankan amanat rakyat yang mahukan negara berkebajikan.
Jika lompatan parti itu membawa lebih banyak kebaikkan kepada RAKYAT, mengapa kita perlu tolak? dan mengapa ini dikatakan desperate?
Kita nak selamatkan Malaysia, kenapa perlu tunggu jika ada peluang?
Adakah lompat itu tidak beretika berbanding pilihanraya yang penuh ketidakadilan dan penipuan?
sila refer kata-kata Abdul Khalid Samad di sini
salam
3 comments:
dalam kes lompat parti tu bukan rakyat yang desperate tapi anwar tu yg desperate.
dia yang bersungguh-sungguh nak jadi PM smpai sanggup rasuah MP BN utk jadi katak!
Jangan cakap orang lain boleh buat, anwar pun boleh buat.
niat tidak menghalalkan cara.
jangan lihat bila dia membangkang, semua yang dia buat tu halal, semua yang dia buat tu betul..
andai kata dia jadi PM nnt,tak semua yang dia buat tu betul..
16 september ni apa cerita? takkan anwar tak kaji betul2? jangan ckp aral melintang la ape la.. kalau dia tau ada aral melintang.. takkan dia berani war-warkan yang dia nak tubuh kerajaaan baru 16/9 ni? mcm mana planning dia tuh?takkan takde proper planning kot? or tu just perkara yang di reka utk mengalihkan perhatian isu liwat dia tuh?
aku tak cakap isu liwat tu btl tapi tak selesai kes tu dia nak timbulkan perkara lain.. nak alih perhatian rakyat ke atas dia..
pada saya blogger seumpama hakim yang tak rasmi.jika berhajat utk menjadi hakim, kena la menilau dari kedua belah pihak.. jangan bias!
kalau ada anugerah pelakon menteri terhebat, anwar lah orang nya..
ni komen saya.. komen anda?
1. Siapa kata ada rasuah di sebalik lompat?
2. Saya tak kata Anwar rasuah untuk 16/9 DAN saya tak kata Anwar tak rasuah. Bottom line, pengambil-alihan kuasa ini bertujuan untuk menyelamatkan negara dan RAKYAT.
3. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Jika Anwar rancang 16/9, bottom line, hanya dengan keizinan Allah. InsyaAllah.
4. Siapa yang tahu ada aral melintang? dan siapa pulak yang buat aral melintang itu dengan membawa lari MP ke Taiwan. Sebab itu kena ada PLAN B atau PLAN C. Plan B = 20sept !
5. Mengalihkan perhatian LIWAT ?? come on la beb, jangan cakap takde asas. Anwar rancang nak overtake kerajaan sejak sehari lepas PRU12. dia umumkan secara terbuka pada 14 'black 14' April.
5.5 Oleh demikian, yang mengalih perhatian ialah kerajaan BN. Demi menggagalkan rancangan Anwar untuk menumbangkan BN, timbullah isu liwat bermula 28Jun. boleh fikir tak fakta nie?
6. Saya menilai kedua-dua belah pihak sama seperti blogger lain. Bias itu subjektif.
7. Siapa hakim? RAKYAT adalah hakim. Hakim yang mempunyai kuasa, kuasa undi.
8. Anwar boleh menjadi pelakon, kerana ada PACKAGE.
ok, bottom of the bottom line, kita nak kerajaan baru yang lebih berkebajikan terhadap rakyat. Bukan hanya untuk segelintir umat. Jika kerajaan yang ditubuhkan oleh DSAI seribu kali lebih baik, mengapa tidak kita memberikan secetus peluang... sepenggal adalah memadai, kita sebagai rakyat harus berani membuat perubahan, demi masa depan yang lebih baik.
Sya rasa perbuatan melompat parti adalah tidak bermoral,.sama mcm liwat.
(sya pasti edyes akan jawab:mng dgn undi hantu bermoral ke?)
Klu mereka membalas perbuatan xbermoral BN dgn satu lagi berbuatan xbermoral,bermakna tiada beza antara BN dan PR.Bila memerintah lama-kelamaan mrk juga akan melakukan perbuatan xbermoral lain spt rasuah,kronisme dsb,..
Sya juga berpendapat kerajaan yg didirikan hasil dr MP lompat adalah tidak kukuh,goyah dan bleh tumbang pd bila2 masa shj.
Cuba sdr bayangkan jika 30 MP lompat, bermakna PR ade 112,BN pula tggal 110. DSAI jadi PM,tercapai sudah impiannya sejak azali. Tiba masa bentuk kabinet, jawatan dlm kabinet tentu xcukup utk sume MP,(30 MP lompat mesti diutamakan-lagi pun ape guna mrk lompat jika xdiberi jwtan)jadi besar kemungkinan ade yg merajuk.
SO,.dtg BN curi 2 MP(klu PR boleh curi 30 MP PR,.mustahil BN xbleh curi hya 2 MP),.jadi BN ada 112 PR ade 110,.BN naik balik,.lantik kabinet baru,..masalah sama berulang,..PR curi balik,..so,..bilakah masalah ni akan berakhir?? apa nak jadi dgn negara kita??
Sya rasa rakyat terbyk yg berfikiran matang lebih rela menunggu PRU13 utk membuat pilihan dari menanggung risiko ketidak stabilan negara.
Jgn nti "yg dikejar xdapat yg dikendung berciciran"
wassalam
Post a Comment