Thursday, September 4, 2008

Bagaimana Teruknya Barisan Nasional Dan UMNO ?


Saya meminjam beberapa kerat kata-kata Chedet terhadap apa yang berlaku dalam Barisan Nasional khususnya United Malay apekebinceknyentah;

18. Rakyat sebenarnya mendapat Kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat Kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan Kerajaan kepada yang baik.

19. Dato' Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.

20. Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang.

21. Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ahli UMNO dan BN tidak berani pakai baju dengan logo UMNO atau BN. Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan UMNO duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa Dato Seri Najib berucap.

22. BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN.

23. Inilah yang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi.

24. Sejarah akan rekodkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya dan pemimpin-pemimpin terdahulu parti-parti ini dan juga ahli-ahli politik yang akan datang akan mengutuk kepimpinan BN ini selama-lamanya.


Saya hanya mengambil beberapa kerat sahaja kerana ia berkait dengan tajuk entri ini. Pagi hari ini pula,
sekali lagi laporan BPR terhadap paklah mengenai politik wang. Boleh refer di blog brader rocky kita.

Walaubagaimana sekalipun, saya amat berharap Paklah KEKAL memimpin negara ini sehingga 16September kerana saya ingin melihat jatuhnya REGIM mertua-menantu yang menguasai negara ini dengan penuh kelemahan.

Bercerita mengenai 16September, Keadaan kian panas dan meletup-letup di dalam kem Abdullah Badawi. Mereka kini umpama cacing kepanasan hangit dibakar hidup-hidup oleh sebuah hikayat perjuangan yang bakal menjadi kenyataan. Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi.

Saya akhiri entri ini dengan sebuah Pantun yang dipetik oleh mufti Perlis ;

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Agak2 untuk sapa lah pantun empat kerat nie...

tunggu entri seterusnya...

No comments: