Friday, September 12, 2008

PAS Jadi Pembangkang Seumur Hidup !


PAS jadi pembangkang seumur hidup? begitu juga dengan DAP, dan PKR akan terkubur ?

Adakah pernyataan di atas adalah perkara yang dimahukan oleh segelintir 'orang dalam' Pakatan Rakyat? Atau 'orang dalam' tersebut akan mengatakan bahawa PAS tidak lagi jadi pembangkang DENGAN menyertai Barisan Nasional.

16 September adalah satu tuntutan dan panggilan yang wajib disahut oleh semua warga Pakatan Rakyat. Jika mahu Islam itu berkembang dengan lebih baik yakni lebih terarah kepada PERLAKSANAAN, maka 16 September adalah laluannya !


Kita harus bijak menyempurnakan peluang kerana peluang yang hadir itu tidak akan tiba lagi dengan sewenangnya. Pengambil-alihan kuasa pada 16September adalah satu peluang. Jika dengan 16 September, Syiar Islam itu akan mencapai suatu tahap yang tidak pernah dikecap sebelum ini, maka wajar 16 September itu disahut dengan tangan yang terbuka luas dan hati yang ikhlas.


Seumpama satu perlawanan bola sepak, andaikan pada minit ke-16 pada waktu tambahan pasukan PR mendapat satu sepakan penalty, jika orang yang mengambil sepakan itu dengan sengaja menendang bola itu ke arah BULAN, dan tiada gol yang dijaringkan di mana peluang itu terlepas begitu sahaja. Apa kata para pemain pasukan PR yang lain? Apa pula kata penyokong pasukan tersebut yang hadir ke stadium dengan penuh harapan. Bukankah ini satu pengkhianatan jika bola itu tampak sengaja ditendang ke arah bulan?


Adakah PAS mahu menjadi pihak yang bertanggungjawab mengsabotaj HARAPAN rakyat Malaysia yang mahukan sebuah kerajaan baru untuk memerintah negara ini dengan lebih adil, lebih saksama, lebih berkebajikan dan secara langsung menyelamatkan Malaysia dari pengganas kolar putih. Adakah PAS mahu dikenang sebagai pengkhianat dengan tindakan segelintir ahlinya yang mahu memeluk UMNO ?


Telah berbilang kali kita tegaskan, PAS akan mempunyai ruang yang cukup untuk melaksanakan agenda memartabatkan Islam dalam negara ini, Tetapi jika segelintir warga PAS menolak malah menggagalkan pembentukkan Malaysia Baru, bagaimana ruang itu boleh dipenuhi dan dapat digunakan?


Barisan Nasional dan UMNO sudah terbukti tidak membawa faedah yang diharapkan ke atas umat Islam di negara ini. Hanya mempunyai masjid yang BESAR dan ada masjid yang kristal, ada pelbagai kemudahan dan kelengkapan semata-mata tidak mencukupi untuk membanteras masalah social yang jelas telah sampai ke tahap yang amat membimbangkan.


Apalagi yang segelintir ‘orang dalam’ PAS mahukan? Saya tidak percaya jika jawatan dalam Pakatan Rakyat menjadi perkiraan. Adakah tawaran dari UMNO menjadi perkiraan pula?


PAS bukan ahli Pakatan Rakyat yang pasif. PAS mempunyai watak dan peranan tersendiri dalam kerajaan yang bakal bertukar wajah kelak. Kerana perjuangan PAS itu adalah perjuangan agama Allah. PAS memperjuangkan Islam, sudah tentu kita sokong. Namun langkah berpakat dengan UMNO adalah satu kemusnahan. Perjuangan Islam itu nampak diketepikan dek kerakusan jawatan.


Jika kegagalan Anwar membentuk Malaysia Baru berpunca daripada PAS, tidak mungkin PAS akan diterima lagi untuk masa-masa akan dating. PRU-12 lalu hanya akan menjadi kenangan terindah semata. Di atas pengkhianatan ini juga, PAS akan dipandang tidak kena sepanjang masa. Di manakah kehebatan PAS apabila berundur dari medan perang ketika pasukan di ambang kemenangan.



Percayalah, segelintir warga PAS telah membusukkan parti PAS yang kian disanjung. Sayang seribu kali sayang. Saya tidak pernah menyangka artikel ini keluar dari poket blog saya. Saya BUKAN memaksudkan semua warga PAS, tetapi hanya segelintir yang dimaksudkan. Klik sini untuk mengetahui siapa si segelintir itu.


Mentaliti harus diubah, Malaysia harus diselamatkan. Ingat, dengan fenamena dan situasi yang berlaku sekarang ini termasuklah propaganda dasyat, PRU-13 adalah bukan pilihanraya yang mudah untuk Pakatan Rakyat tempuhi. Atau mungkinkah ada lagi Pakatan Rakyat ketika itu JIKA kegagalan Anwar menjadi modal utama Barisan Nasional. Fikir-fikirkan


Kita semua mengharapkan happy ending . tidak sangka ada pula yang sanggup membelakangkan harapan rakyat kebanyakkan. Satu lagi permintaan, sila baca perenggan kedua terakhir (bold) berkali-kali dan sila fahaminya…


Salam


RE-FOR-MA-SI



EDYES

12 September 2008

4 comments:

mountdweller said...

PAS tidak akan ke mana selagi ramai dari peringkat pimpinannya tidak membuka serkupan yang menutup kepala mereka. Di peringkat akar umbi, PAS memang tiada percanggahan pendapat, mereka penyokong totok.

Otak kebanyakan pemimpin mereka terkepung oleh pandangan yang PAS adalah sebuah parti Islam dan memperjuangkan Islam dengan cara PAS. Mereka tidak sesiapa sebagai kawan kerana mereka sudah ada Allah!

luna said...

memang saya sangat kurang senang dengan perkembangan terbaru. benci, sedih, meluat pun ada. dalam keadaan sekarang apa yang perlu dilakukan ialah menguat dan menguatkan lagi ikatan bukan menjaja secara umum PR itu pakatan yg lemah dan tak mungkin menterjemahkan 916 menjadi realiti.


lupakah mereka yang Maha Mengetahui ialah Allah SWT.

lagi satu..kalau berterusan nada mereka sebeini..masuk je lah ke dalam BN..itu tempat sesuai untuk orang yang tak menyokong usaha2 untuk berubah.

roslisalem said...

PAS telah berjuang sejak dulu dan tak kisah jadi pembangkang sampai bila-bila pun ..

Ayat biasa otai PAS..kalah tu biasa, menang baru luar biasa ..

Matlamat Perjuangan PAS adalah Islam dan PAS tak letak sasaran bila mesti memerintah Malaysia..

PAS juga wajar bersikap hati-hati dengan sesiapa sahaja, termasuk pakatan rakyat kerana PAS pernah ditipu hidup-hidup oleh BN ..

Aku rasa sikap inilah yang berjaya memanjangkan umur PAS, bahkan kekal dilihat relevan dari dulu..

Bahkan sikap cool, tidak terburu-buru , hati-hati penting kerana PAS bawa dasar Islam ..Islam tidak berkembang denagn terburu-buru ..
tapi dengan sikap rasional dan hati-hati ..

Mcm orang nak masuk Islam la ..takkan kalau ada org minat pasal Islam, kita terburu-buru suruh register .. mesti aka sikap rasional ..beri penjelasan, penerangan dan kefahaman yang jelas ..

Target 16 sept tu elok, tapi jangan sampai terburu-buru..sampai lintang pukang MP BN lari ke Taiwan ..

Kenapa tak nak tunggu hingga dewan bersidang semula, pakat senyap-senyap dan kumpul 148 MP untuk buat undi tak percaya pada Bedolah

Lagi satu, PAS ni dipimpin oleh orang yang berumur ..anggap aja la
level bapak atau tok kita .. sudah tentu banyak pertimbangannya ..dan
tidak gelojoh ..

walaupun aku juga masih muda, tapi usrah campur org tua-tua ..aku diajar untuk rasional tapi tegas ..
hati-hati tapi pro-aktif ..

kepada org PAS, rajin-rajinla hadir usrah peringat cawangan.. cuba belajar dari pengalaman dan ilmu orang lama ..supaya lebih matang dan rasional ..

Edyes said...

rosli,

pandangan anda ada benarnya. Saya tidak menafikan pendapat anda.

cuma semua kena faham, timbul keresahan dan sedikit kekecewaan mengenai apa yang berlaku sekarang terutamanya perkembangan PAS Terengganu.

terima kasih

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan