Wednesday, September 10, 2008

Berita Baik dan Berita Tak Baik fasal Minyak

Di sini terdapat dua berita untuk saya sampaikan kepada anda semua. Satu berita baik manakala satu lagi berita tak baik atau juga dikenali sebagai berita JAHAT.

Berita baiknya ialah - Harga minyak dunia telah menurun ke paras $102.51 per barrel iaitu paras harga ketika Najib dan kerajaan BN berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak.

Berita tak baiknya atau berita jahat ialah - Paklah tak sedar mengenai penurunan harga minyak global ini. Paklah juga tak sedar bahawa setiap kali beliau menaikkan harga minyak, tiada kajian yang mendalam seraya kenaikkan harga minyak 'glokal' adalah serta merta. Mengapa penurunan pula tidak boleh secara serta merta?

Oleh demikian, saya beranggapan harga minyak glokal ini sepatutnya kembali kepada harga asal iaitu pada paras 192sen per liter. Bagaimana pula dengan rebet yang sudah diberikan? Anggaplah itu satu pemberian ikhlas dari kerajaan BN setelah menipu rakyat bahawasanya tidak ada kenaikkan harga bahan bakar selepas PRU-12.

Cuba saudara ingat balik debat di antara DSAI dan Shabery pada 15Julai yang lalu. Anwar telah menyatakan bahawa harga minyak dunia telah sampai ke 'breaking point' dan akan menurun. Berbuih-buih mulut Shabery untuk menafikan kata-kata Anwar kononnya ia retorik semata-mata. Kini, terbukti kata Anwar ada sohihnya. Anwar seolah-olah lebih bijak dari seluruh kabinet paklah.

Ingin saya ingatkan kembali, jika kerajaan mengambil jalan sedikit bersabar pada bulan Jun lalu dengan menangguhkan kenaikkan harga minyak ke bulan Ogos, sudah pasti pada hari ini harga minyak kekal pada paras 192sen per liter. Maka tiada rakyat negara ini yang menderita akibat inflasi segera.

Maka tiadalah orang ramai berpusu-pusu ke stesen minyak yang menyebabkan jalan raya jem tak hingat, dan tiada juga pergaduhan-pergaduhan kecil sewaktu rakyat berebut-rebut mengisi minyak pada malam 6 Jun. Ingatkah saudara, saya pasti saudara adalah salah seorang yang terlibat.

Harga-harga barang keperluan, makanan dan pelbagai barangan serta perkhidmatan berasaskan logistik masih kekal harga bayarannya ditakuk lama. Semua ini kekal jika kerajaan mengambil sedikit pendekatan berhemah dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menaikkan harga minyak. Itu pasti.

Tetapi segalanya telah terlambat. Kerakusan kerajaan Barisan Nasional telah menyebabkan kerosakkan yang amat teruk kepada ekonomi negara. Menyusahkan rakyat sama sekali. Saya percaya ini semua bukanlah kemahuan rakyat tetapi hanya atas persetujuan menteri kabinet dan ahli parlimen BN sahaja.

Jika saudara mempunyai masa, silalah layari youtube mengenai debat Anwar-Shabery sebagai ulangkaji. Kita akan yakin, apa yang disasarkan oleh DSAI boleh dilakukan dan tidak mustahil harga minyak dalam negara akan berlegar sekitar RM1.50 seliter dalam masa 2-3 tahun lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Akhir sekali, ingin saya mengingatkan kepada semua bahawa PETRONAS adalah hak negara, hak rakyat ! Jadi, adalah menjadi tanggungjawab syarikat gergasi ini bagi mengurangkan beban rakyat sepertimana penubuhan dan permodalan asalnya ialah dari kerajaan itu sendiri.

RE-FOR-MA-SI !


EDYES

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Kalau PETRONAS turunkan harga minyak.

Ia akan mengakibatkan persaingan tidak sihat di antara syarikat minyak

Edyes said...

Brader Pit (Brat Pit pun boleh kan?),

maksud artikel saya ialah, PETRONAS kurangkan beban rakyat, bukan PETRONAS kurangkan harga minyak.

hehe