Thursday, April 3, 2008

Pemuda PKR Gesa Abdullah Jangan Letak Jawatan ?

Oleh Mohamad Mukhreez


Ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta semua pihak terutamanya ahli-ahli Umno agar tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini kerana menurut Shamsul, Abdullah merupakan aset paling berharga kepada pembangkang ketika ini. "Lebih lama beliau berkuasa, lebih baik kepada kita (pembangkang)," katanya kepada KLpos.com. Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Abdullah bahawa beliau akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat.

Mengenai peluang pembangkang membentuk kerajaan pusat, kata Shamsul, "Insyallah dengan Abdullah memimpin BN, dan Anwar (Ibrahim) memimpin Pakatan Rakyat, saya beri tempoh empat bulan dari 15 April ini," "Selepas 15 Ogos, kerajaan pusat akan berubah tangan dan kita akan mengumumkan Pakatan Rakyat mengantikan Barisan Nasional," katanya.
>
edyes wrote :
>
Reverse Psychology ! Seperti yang pernah dinyatakan, dari mana sudut sekali pun UMNO dan BN telah lemah dan hanya menunggu masa untuk tumbang berkecai. Walaupun paklah kekal, mahupun digantikan oleh Najib monggolia, ataupun diambil alih oleh Muhyiddin, semuanya serba tidak kena.
>
Pemimpin yang menangguk di air yang keruh, Ku Li, menawarkan diri untuk merawat UMNO 'sambil' menawarkan diri juga untuk menjadi presiden UMNO melalui AGM. Di tempelak pula oleh Najib melalui bahasa kasarnya "Rawat UMNO Kelantan dulu sebelum merawat UMNO federal" dan bahasa halusnya "Turn aku pula untuk jadi presiden, turn kau Ku Li dah berakhir tahun 1988 dulu...".
>
Oleh demikian, paklah kekal atau berundur tidak akan memberi kesan yang banyak kepada arus perubahan yang berlaku kerana rakyat semakin hari semakin jelak dengan permainan politik UMNO yang kuno itu.

No comments: