Monday, April 14, 2008

Kenapa Pak Lah mengaku dia lemah ?

Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas dan disebabkan perkara tersebutlah beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di Johor baharu beberapa hari lepas.

Persoalannyanya kenapa Pak Lah seolah-lah sangat panik dan hilang pertimbangan untuk mengatakan sesuatu yang terbenak dalam fikirannya yang hanya Tuhan yang tahu? pak lah seolah jika dibandingkan dalam sebuah gelangang tinju sedang diasak oleh lawannya sehingga tersandar ke tali. Dia sekarang tidak dapat bergerak lagi dan diasak bertubi oleh tumbukan-tumbukan kiri kanan , malah ada atas dan bawah.

Kerana tidak tahan dengan asakan yang ganas tersebut nampaknya Pak lah pada anggapan saya ingin meraih simpati rakyat supaya memberi peluang lagi untuknya memperbaiki kelemahannya. " poorah.." kata seorang kawan saya, sekarang kita tidak akan bagi peluang lagi, mari kita tumbuk pak lah sampai dia jatuh tersungkur.

Mana boleh bagi peluang, kita tumbuk terus. Kerana kalau kita bagi peluang dia akan tumbuk kita semula!Taktik ini nampaknya makan diri sendiri, kerana dia tidak pernah terfikir bahawa tidak ada yang kesian kepada dia. khairi pun nampaknya sudah senyap macam "tikus'. siapa lagi yang nak kesian padanya melainkan kita cadangkan dia cepat-cepat turun dalam keadaan UMNO yang semakin reput dan ketinggalan zaman.

oleh cina-islam

edyes wrote :

Tiada apa yang perlu saya komenkan di sini kerana saya sependapat dengan hujah-hujah di atas.
Cuma, yang menjadi persoalan ialah : siapa penggantinya yang layak ???

No comments: