Sejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.
- Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
- Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama teman-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
- Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
- Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
- SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
- Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan menurut sumber kami di sana A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klik http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ juga http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/
- Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
- Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
- terbaru mereka guna media perdana termasuk Buliten Utama TV3 untuk menyerang che'GuBard. Kenyataan Anuar Shaari yang lagaknya umpama setiausaha sulit 'FLOM' menyatakan kononya berlian itu bukan milik Imelda Rosmah sebaliknya milik besannya. Ini menjadikan rakyat tertawa dengan semua hujah mengampu bela Imelda Rosmah dan lebih sedih dan marah dalam kesempitan hidup seharian.
- http://chegubard.blogspot.com/2011/06/ketika-rakyat-susah-jom-tengok-beg.html
- http://chegubard.blogspot.com/2011/01/najib-terus-dipersenda-kerana-rosmah.html