Wednesday, April 2, 2008

Muafakat Berasaskan Kematangan, Hak Rakyat Terjamin


Muafakat Berasaskan Kematangan, Hak Rakyat Terjamin

Pasca PRU-12, tumpuan saya adalah ke arah memperkukuh KeADILan dan memantapkan kerjasama ketiga parti KeADILan, DAP dan PAS. Alhamdulillah akhirnya muafakat tercapai dalam bentuk Pakatan Rakyat.

Muafakat tersebut berlandaskan agenda perubahan - negara hukum, keadilan - serta berteraskan prinsip Perlembagaan. Ini bermakna hak dan kebebasan rakyat terjamin dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera tetap dipertahankan.

Pertemuan pertama dirumah saya di Segambut diantara Azizah, Sdr Lim Kit Siang, Ustaz Abdul Hadi dan saya pada 18 Mac lalu terpaksa diadakan secara tertutup dan tidak digembargemburkan. Tahniah setingginya kepada tokoh-tokoh tersebut. Mereka arif dengan agenda besar dan sekaligus menumpaskan tohmahan Umno-BN yang mengandaikan bahawa kerjasama ini longgar dan rapuh.

Insyaallah kita kini mampu bergerak lebih cergas dan lancar. Saya ulangi penghargaan tinggi kepada pemimpin parti yang matang dan bijak.

Semuga Allah memberkati usaha kita.
ANWAR IBRAHIM


Komen dari Ahmad Sufi :

Saya rakyat malaysia yg kini menjalankan business di mongolia.saya berbesar hati kiranya ketiga2 pimpinan Pakatan Takyat membuat lawatan rasmi ke mongolia. ini kerana kebanyakn rakyat sini amat gembira bila parti najib razak kalah teruk…kami byk kisah tentang najib yg perlu dbongkar. Rakyat mongolia kini mahu keadilan kes Altantuya

edyes wrote :

Tahniah kepada Dato' Seri atas wujudnya pakatan ini setelah sekian lama menanti. Daripada analisis PRU12, dapat saya bayangkan betapa berkesannya pakatan ini seraya menjadi pilihan bagi rakyat Malaysia untuk memberikan mesej kepada kerajaan melalui undi yang dibuang. Percayalah bahawa setiap pangkahan itu telah difikirkan masak-masak oleh si pengundi yang sememangnya nekad untuk perubahan.

Di sini juga kita dapat melihat betapa bersungguhnya permuafakatan antara PKR, PAS dan DAP walaupun satu demi satu cabaran serta 'cobaan' yang melanda seperti apa yang berlaku di Perak dan Selangor. Media perdana tidak putus-putus menabur fitnah dan melontarkan sentimen-sentimen yang amat menguji persefahaman. Namun begitu, Pakatan Rakyat lebih matang dalam menangani masalah dengan menjadikan konsep meja rudingan sebagai jalan penyelesaian.

Kita harus membuktikan bahawa keakraban antara Melayu, Cina dan India bukan hanya bergantung kepada BN semata-mata dan ingatlah, permainan sentimen perkauman yang mereka laungkan untuk menakutkan rakyat sudah tidak diterimapakai lagi.

Akhir kata, tidak salah rasanya jika kita bersatu di bawah Pakatan Rakyat bagi merialisasikan Malaysia yang lebih mapan dan kemajuan berlandaskan Islamiah.

No comments: