Sunday, April 13, 2008

Kepada orang UMNO, tak salah ubah haluan...

Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan...

Teringat pulak lagu hijrah yang diputarkan setiap kali menyambut tahun baru Maal Hijrah... berhijrah... kenapa perlu kita berhijrah...? bilakah hijrah itu harus berlaku...?

Saya telah lama jugak ragu2 dengan perjuangan UMNO sebelum ini, memula tu memang la sokong bagai nak rak... masa tu, dibayangkan bahwa UMNO itu adalah segala-galanya... tanpa UMNO kita tak boleh hidup dan melayu akan mundur...

Itu adalah antara pemikiran yang telah diserapkan dalam minda sejak dulu lagi sehinggalah saya tersedar...

Terima kasih paklah... terima kasih... kerana kelemahan paklah itu membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam... kerana kelemahan paklah itu juga, membuatkan saya bertanya " Betul ke UMNO memperjuangkan bangsa...??"

Ianya bermula bukan dari zaman paklah, tetapi zaman TDM. Di satu ketika, terpapar tajuk berita "SAR di sekat" atau dengan lebih jelas "Bantuan Sekolah Agama Rakyat Di sekat". sejak itulah saya mula mempertikai arah tuju UMNO bermula dengan konteks Islamiah...

So, bila dah makin banyak kepincangan yang terserlah terutamanya di zaman paklah, kita sendiri boleh fikir mana yang baik untuk kita, untuk masa depan kita dan untuk masa depan anak kita... takkan kita nak biarkan UMNO rompak duit rakyat selama-lamanya...

Takkan kita nak biarkan pembahagian kekayaan Malaysia nie hanya kepada anak beranak kroni2 mereka sahaja sedangkan masih ramai rakyat yang sengsara kehidupanya...

Kita jangan la taksub kepada satu2 parti tu... kalau parti yang kita sokong tu buat benda tak betul BERULANG KALI... takkan kita still nak butakan mata kita dan menambah sokongan kita...

Manusia jenis apa kita nie kalau masih menyokong pemimpin yang zalim, pemimpin yang membelakangkan keadilan, pemimpin yang cerita projek beratus bilion tetapi mencantas 5 billion subsidi minyak dan menyebabkan harga barang keperluan melambung dan juga menyebabkan rakyat semakin susah tersepit di arus milinium ini.

Jadi, tindakan saya merubah sokongan daripada UMNO kepada keADILan beberapa tahun yang sudah adalah wajar. Bagaimana saya berjuang selama beberapa tahun ini..? Pertama sekali dengan melihat perkembangan senario politik tanah air... juga melihat 'kadar' ekonomi.Kemudian mengambil inisiatif untuk melihat sendiri keadaan masyarakat sekeliling... dan dengan maklumat, kita membuat kesimpulan dan berjuang dengan mempertahankan kebenaran yang dirungkai! dan seterusnya, berjuang habis-habisan sebagai bloggers.

Dapat diterjemahkan, keadaan ekonomi yang semakin terumbang ambing tetapi dicanangkan bahawa ekonomi kita sangat bagus iaitu 6% KDNK... aku tak nampak pun 6% tu... yang aku nampak cuma rakyat semakin susah, ramai yang mula berniaga untuk menambah pendapatan...

Ramai yang nak buat double shif tetapi tak berjaya kerana tiada OT yang lebih kepada pekerja lama... ramai yang mencari jalan mudah mendapatkan wang dengan mencuri besi... kita dah ada pencuri besi yang profesional... tidak kurang pula yang terlibat dengan skim cepat kaya, skim MLM yang menyiksa diri(bagi yang tiada telent), terlibat dengan skim ponzy internet...

Ingin dimaklumkan, bahawa di flat yang berdekatan dengan tempat saya menetap, terdapat pergaduhan antara melayu dengan melayu bagi merebut tapak berniaga... berpuluh gerai haram dinaikkan dalam masa 2-3 hari SETELAH mendapat berita bahwa DBKL akan membangunkan lot kedai di flat berkenaan.

Dari sini kita boleh nampak terdesaknya penduduk flat ini untuk mengambil kesempatan...

Kesempitan ini memang amat disenangi oleh kerajaan, supaya apabila mereka memberikan sesuatu, ianya akan nampak seperti begitu besar pemberianya... sedangkan pemberian itu adalah yang sepatutnya diberi lebih awal... contohnya, apabila diturunkan harga roadtax kereta mengikut CC enjin, penurunan itu tidaklah sebanyak mana... kereta kancil turunnya sebanyak RM 10 dan ianya setahun sekali sahaja, semua rakyat begitu bergumbira...

Dalam masa beberapa hari / minggu selepas itu beberapa tol telah dinaikkan di sekitar selangor!! kanaikkan sebanyak 40%!!! dari RM1.60 kepada RM2.20 !! kesimpulanya, roadtax kita bayar setahun sekali, tetapi tol tersebut kita bayar 2 kali sehari !!! ini bagi mereka yang terlibat dengan tol berkenaan...

Oleh demikian, dapat saya simpulkan di sini... tidak salah kiranya kita berubah arah demi untuk kebaikan kita sendiri dan kebaikan semua... tidak salah rasanya jika kita berfikir dengan lebih mendalam mengenai arus masa depan negara kita sendiri...

Fikir-fikirkan lah... kerana tiada orang lain yang dapat mengubah pendirian seseorang itu melainkan diri sendiri...

No comments: