Saturday, April 12, 2008

Paklah Dijangka Akan Letak Jawatan !!!

Apr 11, 08 6:08pm
kemaskini 7:45pm


PM: Saya juga punca BN merosot

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac. Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau berasa bertanggungjawab berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno."Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. "Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan perhubungan Umno negeri petang ini.

Pertemuan lebih dua jam itu menjadi perhatian utama selepas Umno negeri dilaporkan akan "mendesak secara lembut" pengunduran Abdullah sebagai memikul tanggungjawab kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum ke-12. Umno Johor hari ini mencadangkan Abdullah menyediakan "pelan tindakan peralihan" penggantinya tanpa memberikan tarikh beliau harus berundur - konsensus yang dicapai negeri itu pada mesyuarat 5 April lalu.


Apr 11, 08 9:38pm
kemaskini 10:26pm

Pelan PM letak jawatan disusun

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.

Dalam perjumpaan tertutup dengan Umno Johor, kata Muhyiddin, Abdullah menyatakan beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan penggantian kepemimpinan dengan Datuk Seri Najib Razak."Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci... hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib," kata Muhyiddin, lapor Bernama, selepas menghadiri perjumpaan itu di sebuah hotel di Johor Bahru.

Ketua Puteri Umno negeri Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata, dalam pertemuan itu, badan perhubungan bertanya kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa."Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi (seumpama itu) bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah," Nor Aslina dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, selain mengaku beliau sendiri menjadi satu daripada punca-punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Abdullah juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur."Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu. Saya juga dapat laporan... "Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan Umno Johor.

Menurut satu laporan Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai Najib, semalam. Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya.

BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang.

edyes wrote :

Masa paklah sudah semakin hampir !!

Paklah dari lentok suaranya, seperti mengakui masanya untuk membuat keputusan samada terus kekal atau menyediakan 'pelan peralihan' sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir suatu masa dulu.

Diharap, DSAI dan rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi 'peralihan kuasa' ini !

No comments: