Thursday, September 4, 2008

Ahmad Tidak Akan Mohon Maaf


Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.


edyes wrote:

Aduh, malunya Najib.

Aduh, malunya pemimpin melayu.

Apabila pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata nista perkauman tidak mahu memohon maaf, tatkala satu lagi pihak yang lebih atasan tergesa-gesa meminta maaf, di manakah kredibiliti pihak-pihak ini?

Jika Najib mewakili UMNO dan sebagai orang nombor dua parti tersebut memohon keampunan, adakah Ahmad Ismail sebagai ketua bahagian mewakili diri sendiri?

Di mana pernyataan berbentuk perkauman itu disebut? - di Permatang Pauh. Bila pernyataan itu diungkapkan ? - 25 Ogos iaitu minit-minit terakhir zon berkempen. Untuk parti mana ceramah atau ucapan itu disampaikan atau untuk calon mana yang dikempenkan pada kejadian tersebut? - Sudah tentu untuk parti UMNO !

Jadi, sudah jelas dan terang bahawa perkara ini merujuk terus kepada UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya. Apa lagi yang perlu diselindung oleh kerajaan regim paklah kononnya Ahmad Ismail hanya mewakili diri sendiri. Sudah menjadi dasar sejak dulu lagi mereka mengamalkan politik perkauman. Itu jelas.

Tindakan Ahmad Ismail yang mempertahankan tindakkan 'racist'nya mencerminkan budaya yang di bawa oleh pemimpin UMNO terarah kepada 'mewujudkan sentimen yang membawa kepada perbalahan kaum'. Apakah yang sebenarnya bermain di kem sana? Mau kami berperang kah?

Kita di Pakatan Rakyat menolak segala bentuk propaganda dan sentimen perkauman. Jangan mainkan api perkauman itu kelak membakar diri. Tidak menjadi kesalahan jika Melayu melindungi Cina, Cina melindungi India dan India melindungi Melalyu. Atau dengan kata lain SALING melindungi antara satu sama lain.

Najib mohon maaf tatkala Ahmad sebagai yang bertanggungjawab mempertahankan tindakanya. Najib selamat, manakala Ahmad pula dijadikan korban barisan hadapan bagi menjayakan apa yang dirancang. Apa sebenarnya yang DIRANCANG? untuk menggagalkan 16September ?

Oleh demikian saya menyeru kepada semua rakan termasuk melayu, cina dan india, ambil langkah berjaga-jaga. Tolak semua unsur perkauman. Nanti yang mati kita, yang untung mereka. Memang perkara ini hampir mustahil memandangkan semua kaum terarah kepada perpaduan, TETAPI harus ingat-mengingat bahawa tiada apa yang mustahil.

2 comments:

Anonymous said...

Senjata makan tuan Eddy,
Saya tetap percaya perkauman tidak akan kemana sebalik akan memusnahkann kita. Saya dah meluat dengan isu sentimen kaum.

Anonymous said...

Pak jib kan ketua pengarah PRKnya...dia kena jawab le....
bottomline nak lagakan melayu dengan bukan melayu...ala takyah layan la bang....tengok muka depa pun hilang selera nak bukak puasa....

nak bagi malu kat hangpa oghang penang kut....sapa lar pilih mamat tu....masa gerakan tak pulak kata apa...awat jadi lagu tu la ni....??
eishhh....akai sapa hang pakai mamu ooi.......