Wednesday, May 26, 2010

Projek Langgar Hadi 28 Mei

Salam hormat salam perjuangan,

Perancangan telah diatur sebaiknya. Kami sepatutnya hadir di Rusila 28hb Mei. Tetapi malangnya orang yang kami nak jumpa untuk minta petunjuk telah berlepas ke Turki atas urusan yang jauh lebih penting. 

 Urusan kami tidaklah sepenting mana, cuma nak pastikan PAS menang besar PRU-13 sahaja. Perjumpaan kami dengan TG Presiden juga tidaklah begitu penting, hanya untuk dapatkan jawapan dari beliau dan jawapan itu akan memberi impak maksima terhadap golongan'atas pagar' yang memastikan kemenangan di mana2 saluran/UPU/DUN/Parlimen.

Kemungkinan wancana ini dibatalkan. Namun ingin saya tegaskan bahawa kami pasti akan berjumpa dengan TG Presiden sebelum terlambat, sebelum maruah PAS tergadai oleh pengidam jawatan menteri pusat. Dan mungkin baru ketika itu anda faham tujuan azali kehadiran kami di Rusila untuk berjumpa TG Presiden.

Anda memarahi anak sekecil itu, kerana sayang. Anda menasihati orang tua anda secara lembut mahupun keras, sebagai tanda anda mahukan terbaik untuk mereka. Samalah seperti seorang guru yang memarahi murid-muridnya. 

Begitu jugalah dengan fenomena Aduka Taruna. Kerana sayangnya beliau dengan perjuangan PAS, maka timbullah idea Wancana Bersama Presiden atau Projek Langgar Hadi. Apakah intisari wancana ini, tunggulah perjumpaan kami dengan TG Presiden. Tidakkah anda semua akan memberi laluan?

Jika tidak sayangkan PAS, masakan kami akan peduli? Jika tidak sayangkan PAS, biarlah TG Presiden tetap bernama Hadi!

2 comments:

Anonymous said...

Aku rasa ini projek balance2 4juta yang tidak dinafi oleh Husam.

Berapa persen diguna untuk lawan umno dan berapa persen diguna untuk mengangkat Husam dan menjatuh musuh politik yang boleh menyekat lauluan politiknya.

Yang hebatnya projek 4 juta ni.. semuanya bukan ahli PAS atau pun jenis tak bayar yuran.

Anonymous said...

berapa banyak husam bagi kat penulis ni...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan