Salam 1Malaysia a.k.a 1Israel,
Sebentar tadi 1Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang mempunyai kesinambungan tersendiri dengan kes yang sedang disiasat-siat, iaitu tragedi kematian adik Aminulrashid. Berita tersebut berbunyi seperti di bawah; dipetik dari utusan online;
KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan
Dapat diperhatikan berita di atas terlalu ringkas dan tiada ending yang menterjemahkan kesimpulan kejadian tersebut. Namun apabila berita ini mencecah ke buletin utama sebentar tadi, bunyi yang diperdengarkan oleh jutaan umat lebih menyeramkan kerana disebut ; sekumpulan remaja berumur 15 tahun merompak kafe siber sekitar jam 3 pagi bersenjatakan parang dan gergaji. Pihak polis juga menunjukkan aksi-aksi remaja tersebut cuba memenggal kepala polis yang bertugas ketika itu.
Apakah yang sebenarnya sedang berlaku di dalam negara bertema 1Malaysia ketika ini? Mari kita imbas kembali, dan lakukan sedikit ulangkaji.
Jika minggu lalu, dada-dada akhbar memaparkan pelbagai coretan berita berbentuk nasihat dan amaran supaya ibu-bapa mengawal tindak-tanduk anak-anak, ia secara terus merujuk kepada betapa bersalahnya adik Aminulrashid kerana keluar malam tengok bola dikedai mamak berlesenkan lesen agong. Disedari atau tidak, berita berbentuk nasihat tersebut adalah satu bentuk propa yang jelas ingin mengalih persepsi rakyat supaya menyalahkan keluarga si mati.
Cuba anda-anda yang bijak pandai lagi celik mendomba sedikit renungan, mengapa tidak di dada-dada akhbar itu menempatkan artikel nasihat kepada pihak polis supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas? Mengapa tidak rencana dalam akhbar tersebut mengimbau kembali segala salahlaku institusi kepolisian yang pernah berlaku sebelum ini supaya dijadikan pedoman kepada pihak polis dan para rekrutinya.
Hanya rencana berita yang mempertikai tanggungjawab ibu-bapa sahaja diputarkan ke seantero malaya melalui akhbar perdana. Bagaimana tanggungjawab polis dalam menjalankan tugas. Mana akauntabilitinya?
Inilah propaganda hebat dari akhbar yang menjadi sayap kanan UMNO dari dulu kini dan sampai bila-bila. Akhbar arus perdana memuntahkan rencana yang memancing persepsi rakyat dengan delegasi berita yang menjadikan sentimen pembaca menuding jari kepada keluarga si mati, agar lebih dipersalahkan dan menjadi punca mutlak kejadian tembak-menembak tersebut. Kita tinggalkan cerita minggu lalu, ayuh kita ke present tense iaitu hari ini.
Hari ini, dengan tidak semena-mena timbul pula satu berita yang signifikasi daripada kejadian yang menimpa Aminulrashid. Sekumpulan remaja ber-parang-bagai, menyamun kafe siber pada jam 3 pagi. Inilah kesinambungan mudah daripada peristiwa sebelumnya. Kejadian samun, berparang, dilalakukan oleh sekumpulan remaja yang sebaya dengan Aminulrashid. Rakyat diajak berfikir bahawa tidak mustahil arwah Aminulrashid boleh terlibat dalam kejadian yang sama, dan kerana itu jugalah penemuan parang dalam iswara putih tersebut perlu di ambil kira dengan serius! Ini adalah satu permainan berangkai yang sangat jahat !!
Kejadian samun siber kafe bersenjata parang berlaku jam 3 pagi kelmarin. Dikhabarkan juga dalam buletin utama bahawa pihak polis melepaskan tembakkan terhadap remaja yang menyamun kafe tersebut kerana pihak polis di dalam kedudukan diserang bersenjatakan parang. Namun tiada pula khabarnya remaja yang ditembak. Tiada gambar atau rakaman susulan terhadap kejadian tersebut. Sepatutnya repoter akan membuat liputan yang menghasilkan gambar remaja tersebut ditembak atau sekurang-kurangnya gambar remaja tersebut terlantar dek tembakkan perluru hidup. Adakah remaja samun itu mati ditembak? Atau berita ini rekaan semata-mata??
Mereka harus merekayasa ceritera dan sandiwara demi untuk membeli persepsi rakyat. Siapa yang mahu membelinya? Jika ramai yang membelinya, terima kasih kepada polis panik yang tergamak menjelmakan parang kepada si penjenayah yang bernama Aminulrashid. Terima kasih juga kerana membelasah rakannya si arwah demi untuk memberi tekanan istimewa agar kesilapan anda-anda semua ditutup dengan bantuan yang maha menguasai Malaysia.
Harus diingat, warga Malaysia pasca Mahathir adalah warga yang bijak dan celik berita. Kita harus bijak menafsir berita arus perdana sebagaimana kita menafsir sebarang berita arus alternatif. Rakyat pasca Mahathir adalah rakyat yang tersedar dari lamunan puluhan tahun, sejak lahir mahupun sejak baligh. Demi agama dan bangsa, bangkitlah menentang yang zalim!
Sepertimana yang sering saya perkatakan dalam rencana sebelum ini, kita rakyat Malaysia dibunuh lebih kejam daripada regim khemer rouge kerana kita dibunuh secara halus dan perlahan dengan menanggung kehidupan yang menjerut pernafasan, perlahan-lahan... sedarlah dan bangkitlah membentuk revolusi Malaysia baru. Malaysia yang berorientasikan kebajikan rakyat! Kerajaan Rakyat !!
4 comments:
kalau kita biaq kes adik aminulrashid ni silap-silap polis akan kaitkan arwah dgn kes rompakan kat cybercafe tu!!! polis ni bukan boleh caya.. abih dah ketua polis negara pun tiga suku!!
Dua kes yang berbeza:
Kes terbaru adalah kes menyerang polis ketika sedang melakukan jenayah berkumpulan. Remaja berumur 17 tahun. Tindakan polis boleh diterima.
Kes Amirulrashid, kes memandu kenderaan tanpa lesen memandu, ingin membantu kawan, berlaku sedikit pergeseran yang merosakkan kenderaan awam, dikejar penunggang motosikal, gabra... lari dengan memandu laju...memotong peronda polis, tidak mahu berhenti sebab dah gabra, terus lari, polis melepaskan tembakan walaupun tidak diserang mahupun dirempuh,... mangsa terkorban... tup...tup... dia mati akibat satu peluru mengenai kepala... versi polis dan versi saksi berbeza, jadi tindakan polis dipertikai....
1) Susah sangatkah pasukan peronda yang terlatih untuk meminta bantuan dari unit peronda lain bagi membuat sekatan, dan susah sangatkah pasukan peronda terlatih untuk menghimpit kereta mangsa ke tepi bagi menghentikan pergerakkannya.
2) Mangsa di tembak di bahagian belakang sudah pastinya tidak menyerang polis.
Setakat ini tiada siapa yang tahu identiti remaja 17 tahun yang ditembak ketika cuba merompak kafe siber
Thanks bang edyes atas ulasan best ni. Byk kemuskilan dlm kes rompak cybercafe ni.
- Ali Baganutama
Post a Comment