Saturday, May 8, 2010

Najib Harus Letak Jawatan Dan Bubarkan Parlimen !!

Salam Revolusi!

Sudah tiba waktunya yang paling sesuai untuk DS Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah saya merasakan negara Malaysia tercinta ini tidak lagi selamat dari pelbagai faktor. Ikutilah hujah-hujah di bawah dan bangkitlah sekiranya anda berasa tidak selamat lagi di bumi Malaysia.

Desakan ini wujud merujuk kepada ketidak-bertanggungjawaban seorang Perdana Menteri ke atas isu-isu yang sedang melanda negara. Seorang Perdana Menteri walaupun dipilih oleh segelintir perwakilan dari satu parti, seharusnya lebih peka terhadap segala macam isu berbangkit yang dilihat hanya mencapai kebuntuan sedangkan kerajaan melalui menteri-menterinya seumpama tidak berupaya menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Desakan ini juga merupakan peluru pertama yang ditujukan terus kepada Perdana Menteri, agar menimbangkan untuk melepaskan jawatan serta membubarkan parlimen yang serba tidak berdaya. Perlu diingat betapa jawatan terpenting negara itu belum cukup layak diduduki oleh seorang anak bekas Perdana Menteri, membayangkan bahawa tidak cukup dengan hanya mewarisi tahkta daripada seorang bapa kepada seorang anak. Kepintaran dalam membuat keputusan, mempunyai karisma yang cukup untuk mempengaruhi para menteri bawahan dan menjaga kebajikan rakyat merupakan ciri-ciri seorang pemimpin yang layak memegang tampuk pemerintahan negara. Bukan hanya dipilih oleh segolongan elit berharta jutawan semata-mata.

Seorang Perdana Menteri juga harus memberi sepenuh jaminan kepada rakyat bahawa tahap keselamatan negara berada dalam keadaan terbaik. Selamat bukan hanya dari faktor yang membahayakan nyawa, malah definasi selamat untuk rakyat juga ditafsirkan sebagai, selamat dari nahas jalanraya, selamat dari salah-guna kuasa anggota polis, selamat dari terjebak ke lembah maksiat tatkala penguatkuasa tidak menjalankan tugas secara efisyen, selamat dari dibebani hutang akibat daripada aktiviti perjudian yang tidak terkawal, selamat dari terkorban sebagai penagih dadah, selamat dari ancaman globalisasi yang menjerut hasil titik peluh dan juga selamat dari ancaman pencemaran alam sekitar termasuklah cadangan membina reaktor nuklear.

Untuk pengetahuan umum bagi mereka yang hanya membaca akhbar utusan, pagi hari ini sekitar jam 3 telah berlaku satu lagi penyalah-gunaan senjata oleh polis diraja Malaysia. Berita ini hanya dapat dibaca di portal Malaysiakini dan arena blogosfera yang siap dengan ulasan, tetapi tidak di media arus perdana.

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi. Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis kerana enggan berhenti.

Pelik tetapi benar, hanya satu das tembakkan sahaja dilepaskan dan ia menembusi dari belakang hingga ke depan perut remaja terbabit, nescaya menghancurkan usus si mangsa. Adakah satu das tembakkan itu berupa amaran? Atau tembakkan tepat itu memang disengajakan oleh pihak berkuasa?
 
Masih basah merah tanah kuburnya Aminulrashid, kini seorang lagi remaja hampir menemui ajalnya di tangan Polis diraja Malaysia. Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
 
Jika sebelum ini Shah Alam tidak selamat dengan kematian Teoh Beng Hock dan terbaru kematian Adik Aminulrashid, kini tempat tumpah darahku Seremban pula menjadi tidak begitu selamat. Apakah kali ini si mangsa akan dituduh berlumba haram? atau berlumba dengan pihak polis? Perlu diingat bahawa tugas mutlak polis diraja Malaysia ialah menjaga keselamatan dengan anak remaja harus diberi perlindungan.
 
Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak berkuasa yang berpreman polis, menjaga keselamatan awam dari pelbagai ancaman termasuklah pembunuh dan perompak bersenjata. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan kini menjadi amat bahaya kepada orang awam dengan kegilaan pemacu pistol tanpa perkiraan sewajarnya. Negara ini menjadi tidak selamat dengan rentetan peristiwa berdarah yang melibatkan institusi kepolisian. Rakyat bukan hanya takut kepada pembunuh dan perompak, tetapi rakyat juga kian takut dengan anggota polis. Mungkin ramai lagi rakyat yang sanggup menjauhi malah melarikan diri apabila terserempak dengan anggota polis, angkara kejadian berdarah hasil daripada kegilaan memetik belerang besi.
 
Siapakah yang harus bertanggungjawab? Sedangkan Ketua Polis Negara dengan secara tidak profesionalnya mengugut supaya polis berundur dari tanggungjawab sekiranya kritikan terus dilempar kepada pihak polis. Begitulah rendahnya mental dan mentaliti seorang ketua polis apabila berbicara dengan emosi yang tidak terkawal. Mungkin juga wartawan boleh ditembak ketika itu jika soalan yang ditujukan tersilap perkiraan. Rakyat pastinya tidak berasa selamat dibawah kepimpinan tertinggi polis diraja Malaysia dengan ungkapan sadis seorang Ketua Polis Negara.
 
Siapakah yang harus bertanggungjawab sekiranya rakyat berasa tidak lagi selamat dibawah pemerintahan kerajaan kini? Jika Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai kekuatan untuk bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan, saya mendesak Perdana Menteri untuk melepaskan jawatannya.
 
Rakyat kini bukan hanya tidak rasa selamat oleh faktor penyalah-gunaan kuasa sang preman, rakyat juga tidak merasa selamat apabila perjudian dihalalkan walaupun hanya untuk Piala Dunia. Rakyat tidak sanggup menanggung bala sepertimana yang melanda acheh apabila hukum Allah dipermainkan yakni menghalalkan yang ternyata haram!
 
Rakyat tidak lagi berasa selamat apabila melihat kerajaan umpama tiada telur untuk menafikan asakan dunia luar yang mahukan reaktor nuklear dibangunkan di sebuah negara anti-nuklear. Lebih tidak selamat setelah reaktor yang dicadangkan itu akan mula dibina setalah bidaan dibuka dengan kedudukan indeks rasuah yang tinggi negara ini serta kondisi rasuah halal berstatus ikan jerung yang berleluasa, pasti menyebabkan pembinaan reaktor nuklear tersebut tidak cukup sifat. Akhirnya malapetaka letupan Chernobyll di Ukraine pada tahun 1980an mungkin kembali berulang. Kali ini mungkin di Teluk Intan.
 
Nama Perdana Menteri yang masih tidak dibersihkan dari skandal pembelian kapal selam juga menjadi faktor yang mengundang rasa tidak selamat kepada rakyat negara ini. Apabila skandal pembelian kapalselam itu menjadi tekanan antarabangsa, pasti rakyat menjadi mangsa dengan telunjuk dunia luar berbentuk jajahan.
 
Rakyat juga lebih berasa tidak selamat dengan penglibatan firma Israel dalam kepimpinan negara. Menjadi proksi kepada yahudi lakhnatullah adalah sesuatu yang tidak selamat untuk saham akhirat bagi setiap umat Islam di negara ini. Secara langsung atau tidak, kita telah bekerjasama dalam setiap bedilan di masjid suci Al-Aqsa. Setiap kematian anak Pelestin tidak perlu lagi diratapi dengan kerjasama UMNO-APCO ini.
 
Oleh demikian, saya mendesak kepada Perdana Menteri agar mempertimbangkan satu keputusan drastik iaitu dengan meletak jawatan demi menyelamatkan negara ini. Adakah jawatan dan tahta itu lebih disayangi daripada kenegaraan, kebangsaan dan keagamaan? 
 
Semoga Malaysia kita bakal ditabalkan seorang Perdana Menteri yang lebih bertanggungjawab dan penuh akauntabiliti tidak kira dari mana-mana parti asalkan kalibernya, karismanya, kecekapannya, kebertanggungjawabannya dan kebijaksanaannya diiktiraf oleh semua rakyat! Lebih manis sekiranya pertabalan Perdana Menteri baru itu disusuli dengan sebuah kerajaan yang baru, maka di sinilah revolusi itu bermula !
 
Revolusi 308 - Ke Arah Malaysia Baru !!
 
EDYES - 8 MAY 2010 - 7.51pm

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Minta tolong kalau boleh tuan copy & paste kat blog tuan ini article terbaru dari tukartiub. saya kerja kat jubai, arab saudi tapi kat tempat kerja depa dah block tak dapat access blog tt tu. blog tuan no problem tapi on the other hand kira terrer la jugak tt ni kan? sampai blog dia pun pak arab block!
Kat luar tempat kerja memang boleh access blog tt tapi masalahnya internet pula problem!
JAdi kalau tuan boleh buat small favor, I really appreciate it!

Edyes said...

salam...

utk pengetahuan, sy memang kerap memaparkan artikel brader kita TT dalam blog edyesdotcom.

Namun hanya artikel terpilih shj yang sy petik dan tampal di sini, dgn harapan rencana TT yg baik2 dapat dibaca kerana entry baru blog tersebut agak laju.

kalau ada rencana baru dari TT(yg terbaik di mata sy, akan sy tampalkan di sini... di atas permintaan tuan dan segelintir pembaca...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan