Thursday, May 13, 2010

Alahai Piala Thomas - Pasukan Malaysia Bangkit!! Bik Mama Menjadi Faktor!!

1. Saya berani jamin, semua pemain Malaysia yang bermain longlai ketika menentang Jepun tempoh hari telah menunjukkan kebangkitan yang sangat memberangsangkan! Semua perseorangan dan beregu bermain dengan baik, smart dan bermati-matian!

2. Permainan beregu utama negara Keng Kiat-Boon Heong menaikkan semangat semua penonton di stadium dan juga dirumah. Kedengaran jeritan-jeritan dari rumah jiran ketika beregu ini menghampiri mata kemenangan. Keserasian Keng Kiat-Boon Heong serta kebijaksanaan mereka dalam mencari peluang serta ruang kosong yang ditinggalkan pasangan Denmark sangat mengkagumkan.

3. Wong Choon Han juga menunjukkan prestasi yang sangat baik berbanding permainan lembik ketika menentang pemain Jepun. Choon Han hampir menang lebih awal kerana telah mendahului 3 game point pada set pertama dan menang di set kedua. Rubber set menampakkan kuda tua pasukan Malaysia ini sedikit penat dan tidak dapat menandingi semangat anak muda Denmark. Syabas kepada Choon Han, harap dapat mata ketika bertemu Bao Chun Lai.

4. Menyentuh berkenaan beregu kedua negara iaitu Zakry-Tian How, saya pada mulanya tidak meletak walau setitik harapan pun buat beregu yang pertama kali digandingkan. Ia dilihat bijak dari satu sudut tetapi dilihat juga bahaya dari beberapa sudut. Namun pencaturan Rexy menjadi apabila beregu ini memberi tekanan berbentuk saikologi terhadap beregu kedua Denmark, juga kepada jurulatih2 Denmark dan juga kem Denmark secara keseluruhannya.

5. Setelah mencipta kejutan dengan kemenangan set pertama, beregu Denmark kembali menguasai set kedua setelah tidak lagi underestimate pasangan negara yang baru dilahirkan. Akhirnya pasangan baru Malaysia tewas dengan melawan hingga detik terakhir 21-19!

6. Hafiz Hashim melangkah ke gelanggang dengan tenang, setenang permainannya. Ketika set kedua menentang Shoji Sato di perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Hafiz secara tiba-tiba menukar rentak permainan dengan memperolehi mata demi mata dan akhirnya memenangi set kedua, sebelum tewas di set penentuan.

7. Setelah Melaysia kembali diikat 2-2, senario yang sama ketika menentang menjelmakan detik cemas buat kem negara. Mungkin ramai yang tidak meletakkan harapan kepada Hafiz Hashim memandangkan rekod pertemuan terakhir kedua-dua pemain menyebelahi Shoji Sato dengan kemenangan straight set 21-12 dan 21-13. Mungkinkah fikiran kebanyakkan penonton ketika itu, membayangkan Hafiz Hashim tidak dapat memberi saingan.

8. Saya menjangkakan Hafiz boleh memberi saingan dari segi permainannya ketika bangkit menentang S.Sato, cuma saya risau kesediaan mentel Hafiz yang bermain sebagai perseorangan penentuan.

9. Terkejut! Hafiz membalas setiap bulu tangkis dengan baik dan bijak sekali! Permainan beliau umpama versi perlahan Chong Wei. Akhirnya Malaysia menang perlawanan penting tersebut.

10. Setiap rakyat Malaysia berhak meraikan kemenangan ini kerana permainan baik ditunjukkan oleh semua pemain serta keseluruhan kem badminton Malaysia.

11. Kekalahan terhadap pasukan bukan pilihan seperti Jepun sehari sebelumnya menjadi faktor kebangkitan. Ketiadaan suami perdana menteri iaitu bik mama juga menjadi salah satu faktor semua pemain berjaya menunjukkan prestasi sebenar! Ketika bertemu Jepun, pemain dilihat agak ketakutan setelah melihat susuk tubuh suami kepada PM itu yang juga agak menggerunkan. Pemain juga tidak mahu stadium runtuh sekiranya berjaya mengalahkan Jepun (lonjakkan bik mama amat ditakuti).

12. Oleh demikian, untuk perlawanan separuh akhir menentang China, saya mencadangkan agar bik mama tidak hadir ke stadium agar tidak menimbulkan gerun kepada skuad negara, lantas merencatkan prestasi pemain.

5 comments:

Anonymous said...

setuju..suami najib tu tak payah nak sibuk2 datang..org benci nengok..dia berpuaka, suweeiii...pemain2 sume tu takut dgn dia sebenarnyer kecuali lcw je..sokong BAM bknnya nampak ikhlas pon tapi sbb ada hidden agenda le tuu.

Anonymous said...

aku kalau camera fokas kat dia aku tukar channel rimas

Edyes said...

actually dia nak jadi mcm Tun Siti Hasmah masa Piala Thomas tahun 1992 dulu...

Ada tak sesiapa yang boleh nasihatkan dia supaya tak hadir?

Anonymous said...

Salam Bro, cadangkan dato Nadzmi, arrangkan kehadiran Tun M dan Isteri i.e. Tun Dr Hasmah masa separuh akhir nanti....... lagi bagus suruh diaorg dtg awal, lps zuhur ker? wa pasti Bik Mama tak datang punyer.....

Wa cau lulu

Anonymous said...

kalau bikmama datang. Pemain takut menang. Kerana yang menang akan kelemasan..

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan