Wednesday, May 12, 2010

Alahai Piala Thomas...

Malaysia Mampu Menjadi Juara (ini bukan satira)

1. Saya tidak mahu mengusul sebarang komen berkenaan kekalahan Malaysia di tangan Jepun sebentar tadi. Apa yang ingin saya katakan ialah, peluang Malaysia untuk merangkul Piala Thomas buat kali ke-6.

2. Saya percaya tidak ada pasukan dari kelompok pilihan yang menjadi juara kumpulan, mahu berjumpa pasukan Malaysia pada peringkat suku akhir kelak. Mereka akan berdoa untuk tidak bertemu harimau yang terluka.

3. Kehadiran bik mama sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pemain Malaysia, penonton di stadium, penonton di rumah, dan juga penjaga garisan. Ada kemungkinan keadaan gelanggang yang berangin berat sebelah adalah berpunca daripada kedudukkan bik mama yang menghalang laluan angin penghawa dingin.

4. Walau sekuat mana pun lawan yang akan ditempuh oleh Malaysia pada saingan suku akhir kelak, Pasukan Malaysia tidak mempunyai pilihan selain daripada memenangi perlawanan tersebut. Pasukan yang ada kemampuan untuk menjadi juara adalah pasukan yang tidak punya masalah untuk mengalahkan mana-mana lawan sekalipun.

5. Oleh demikian, Perlawanan suku akhir adalah merupakan perlawanan akhir bagi pasukan Malaysia. Begitu juga separuh akhir, apatah lagi perlawanan akhir.

6. Saya tidak mengharapkan keajaiban berlaku sepertimana yang Hasbullah Awang selalu harapkan.

7. Saya ulang, sekiranya pasukan Malaysia adalah pasukan juara, maka suku akhir kelak membayangkan samada pasukan Malaysia bingkas menjadi juara atau, tewas di suku akhir disamping menempa sejarah apabila kalah dengan pasukan Jepun kendalian Park Jubong.

9. Semoga kenangan tahun 92 berulang. Ia adalah detik paling manis dalam hidup saya sepanjang mengenali erti sukan.

10. Barang siapa yang ingin bertaruh samada pasukan Malaysia akan layak ke akhir atau tidak, anda boleh berbuat demikian dengan memasuki laman web http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/05/saya-sokong-pengeluaran-lesen-judi.html. Untuk yang bukan Islam sahaja tau, jangan berjudi di lorong-lorong.

 Tolonglah jangan anggap ini satu satira...

4 comments:

merbok said...

bhai betting online boleh ke?? hahaha.. lesen judi dah nak keluar maka berbondong-bondonglah makhluk bernama melayu keluar berjudi nanti dgn niat nak membantu pendapatan negara serta untuk kemajuan sukan negara.. hidup sukan malaysia! malaysia boleh!

Anonymous said...

Ya betol, org sebenarnya tak suka dgn kehadiran suami najib dan bakal mak mentua sofool@para2 konspirator di sana. Saya satu famili pon tak tgk tv, dan elok jugaklah kalah, kalo menang nanti..mesti ada adengan2 sumbang suami najib dgn pemain no. 1 m'sia tuu...

Anonymous said...

GUa setuju team malaysia kalah sebab bik mama tak peluk,dengan izin (special hug) kat semua pemain macam dia buat kat Lee Chong Wei..ek eleh macam dalam parlimen la pulok dengan izin

Edyes said...

special hug?? mungkin pemain lain tak sejambu LCW...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan