Thursday, May 27, 2010

Ayuh Tumbangkan Kerajaan Najib Melalui 'Vote of No Confidence' !

Tanggal 7 Jun merupakan tarikh bermulanya Takwim Dewan Rakyat untuk mesyuarat kedua. Inilah peluang untuk semua ahli parlimen tanpa mengikut fahaman, bersatu menentang kemungkaran terancang!

Kita telah menempuhi satu bulan yang penuh dengan kekecewaan dan ia diterjemahkan dengan baik melalui keputusan pilihanraya Sibu tempoh hari.

Bermula dengan 2 blok carigali gas yang tergadai kepada Brunei, diikuti dengan tindakkan tidak masuk akal kerajaan Malaysia meluluskan judi sukan bolasepak yang akan menghancurkan ummah, dan akhirnya kita dikejutkan berita sedih iaitu kerajaan Najib tunduk kepada tekanan antarabangsa dengan memberi laluan kepada Singapura untuk mengambil tanah berdaulat Tanjung Pagar!

Lebih malang, ketiga-tiga berita sedih di atas bukanlah yang terakhir untuk dilalui oleh rakyat melainkan wakil Parlimen setiap rakyat mempunyai keberanian untuk menumbangkan kerajaan Najib yang ternyata tidak bermaya menghadapi tekanan demi tekanan.

Bangkitlah ahli-ahli parlimen satu Malaysia. Anda adalah harapan bangsa dan negara untuk membetulkan kerajaan melalui kuasa undi yang diperuntukkan. Anda sebagai ahli parlimen yang dikatogerikan sebagai manusia berjaya, tidak harus berasa rugi di atas pembubaran parlimen, malahan satu pengorbanan yang dituntut demi menyelamatkan negara ini dari dijual sehabisnya oleh golongan pengkhianat!

Bangkitlah wahai ahli-ahli parlimen. Siapa lagi yang boleh kami harapkan untuk lakukan satu perubahan drastik yang menyentap keegoan kepala pemerintah. Jika anda ahli parlimen yang benar-benar berjuang atas nama bangsa dan agama, Ayuh lupakan fahaman dan parti!! Inilah masanya untuk bangkit!

Biarkan tanggal 7 Jun menjadi satu sejarah, cetusan satu revolusi menyelamatkan bangsa Malaysia!!

I salute those who have guts to save our country !

edyes - 27 Mei 2010 - 10.34pm


Artikel edyes desak Najib letak jawatan di sini

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan