Tuesday, May 25, 2010

KOMENTAR TUKAR TIUB - Tanjung Pagar !!

KOMENTAR TUKAR TIUB

Tanah KTM di Tanjung Pagar dilaporkan akan bertukar tangan.

Tanah ini adalah hartanah yang nilainya cukup mahal. Tanah ini dilaporkan akan diganti.

Kenapa ini berlaku?

Justeru PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat wajib mempersoalkan hal ini. Ini bukan jual beli ubi dengan keledek.

Pakatan Rakyat wajib:
- menuntut pekara ini dibincang di parlimen
- menuntut agar semua perjanjian dibuka dengan telus
- memastikan orang ramai tahu hal ini

Jika ada perjanjian beli ini berat selah:

Maka Pakatan Rakyat wajib mengeluarkan kenyataan yang ianya akan menolak perjanjian ini jika Pakatan Rakyat mentabir Malaysia.

 
STESEN KTM TG PAGAR DIPINDAH KE WOODLANDS JULAI 2011 – minsider

Najib Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong bersetuju untuk memindahkan stesen kereta api Tanjung Pagar berusia 78 tahun ke Woodlands, Singapura.

Stesen kereta api itu dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Pemindahan akan berkuat kuasa 1 Julai 2011.

No comments: