Apalah malang nasib rakyat negara ini. Secara tiba-tiba satu cadangan tanpa perbincangan parlimen bakal dilaksanakan secara tergopoh-gapah.
Saya memetik kata-kata yang amat selalu didendangkan oleh Tukar Tiub yang berbunyi ;
bayangkan buat stadium – stadium runtuh.
buat jalan - jalan runtuh
buat empangan – empangan runtuh
buat hospital – hospital runtuh
buat sekolah – sekolah runtuh
buat jambatan – jambatan runtuh
loji nuklear jika runtuh - bahayanya berjuta tahun
Mengapa isu loji nuklear ini secara tiba-tiba muncul?
Difahamkan, cadangan membangunkan loji nuklear ini melibatkan firma dari Peranchis. Sentimen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri kita juga datangnya dari negara Peranchis.
Adakah telah timbul satu ugutan? atau telah dikemukakan satu tawaran bagi menyelamatkan airmuka dan tahta??
Demi menyelamatkan maruah seorang pemimpin, maka nasib rakyat 1Malaysia menjadi galang-ganti. Dengan terbinanya loji nuklear kelak, seluruh tanah melayu akan berdepan dengan ibu segala punca penyakit iaitu - sinar radioaktif tercemar.
Jika difikir secara proaktif, semua negara maju mempunyai reaktor nuklear dan mereka masih hidup dengan tenang dan selamat. Malah penggunaan tenaga nuklear sangat efisyen.
Namun kontranya pula ialah, negara kita dengan kadar rasuah dan pelbagai bentuk penyelewengan 'kelas pertama'nya, akan menyebabkan negara ini lebih berisiko tinggi sekiranya mempunyai walau satu reaktor nuklear yang aktif.
Kesimpulannya, atas ketelanjuran antarabangsa, rakyat dan bangsa glokal ini bakal menghadapi hukuman daripada perjanjikan kapitalis yang begitu iblis.
Dengan segala kesedaran, kami rakyat akan menentang habis-habisan pembikinan loji nuklear yang akan menjahanamkan tujuh keturunan.
Demi Rakyat, Untuk Rakyat !!! Ayuh bangkit menggapai Revolusi Malaysia Baru!! Malaysia yang lebih selamat !!!
Revolusi itu bermula ketika jatuhnya sebuah kerajaan zalim !!
3 comments:
Salam,
1.Akupun harian...kerajaan zalim...kerajaan zalim.....
2.Eh kalau zalim...tak kan kau 'mampu' seperti ni...kalau zalim dah lama kau dan keturunan kau dah dikuburkan...
3.Bukala minda sikit...org lain dah bercakap pasal kecekalan dan kecekapan utk bersaing dalam dunia sekarang...kau masih dengan minda dulu ....kerajaan zalim ...kerajaan zalim...
4.Kalau tak nak bantu kerajaan pusatpun tak pa....tapi bantulah kerajaan PR tunaikan janji2 PRU 12 dulu...dah dekat PRU 13 ni...
5.Tulisla sesuatu yang boleh mencerdikan pembaca..bukannya yang mencelakan rakyat dan kerajaan
adibeta,
layarbiru15@gmail.com'
kubang kerian,kelantan
salam,
1. terima kasih atas pandangan.
2. definasi zalim pun ikut peredaran zaman... zalim sekarang tak sama zalim zaman pol pot.
3. kau tak rasa dizalimi ke bila kau nampak harga proton 'cars' di united kindom hanya sekitar 2k pound sterling?
4. kecekapan? kecekapan pihak polis menahan sebuah iswara?
5. Kerajaan PR dah jalankan tanggungjawab dengan baik. Cuma dihalang dan didalang oleh kerajaan zalim.
5. sy mungkin tidak begitu cerdik untuk mencerdikkan pembaca... tetapi kesedaran sy sejak 2005-06, ingin sy kongsikan dengan semua.
6. semoga kita tergolong dalam pejuang yang menghampiri syahid, sekurang-kurangnya...
adibeta,
penulis mengulas tentang bahayanya penggunaan tenaga nuklear. penulis menggelar kerajaan itu zalim kerana pembaziran wang rakyat tanpa pengetahuan rakyat.
kerajaan zalim tu salah satunya membazirkan duit rakyat dengan sesuka hati (perbelanjaan secara tak bijak). sebagai contohnya program angkasawan negara yg dah perabih duit rakyat sampai mencecah angka ratusan juta ringgit.. apa pulangannya?? apa hasil dari penerokaan angkasalepas tersebut yg boleh dimanfaatkan oleh negara?? orang kampung kais pagi, makan pagi jugak! tak sedih ke kau tengok angkasawan kita berlepas ke angkasa pada masa yg sama kat tv ada disiarkan rancangan "...bersamamu" yg menunjukkan betapa dhaifnya manusia yg hidup di bumi malaysia.
aku bukan anti pembangunan tapi masanya belum sesuai untuk buat program yg membazir macam tu. kerajaan kena tunaikan t/jawab untuk basmi kemiskinan dulu, bila t/jawab tu dah selesai tengok laa kot-kot ada masalah lain macam bidang akademik dan sebagainya. bila semua tu dah beres baru boleh buat program mega.
bila tengok pembelian kapalselam (yang tak menyelam) pun aku dah gayat.. melampau betul harganya!! ada ketirisan. Apakah manfaat pada negara sekiranya kapal tu tak berfungsi?
adibeta,
negara kita berada di khatulistiwa (kat garisan melintang tengah-tengah bumi kalau kau tak tau leer)maknanya kita banyak sumber matahari kenapa tak gunakan tenaga solar je.. Allah memang anugerahkan negara kita ni bermacam sumber untuk dapatkan tenaga.. selain itu ada angin. tenaga ombak pun apa kurangnya?? semua tenaga tu terbukti mesra alam. kenapa masih nak menggunakan tenaga yg berisiko tinggi macam tenaga nuklear??
lagipun membuka minda tanpa tapisan untuk semata-mata bersaing dan menunjukkan bahawa kita sudah maju bagi aku mereka tu adalah manusia bodoh yg tak gunakan akal!(maaf)kerana ingin majulah maka banyak kerosakan terhasil di bumi Allah. (hasil dari membuka minda tanpa tapisan akal)
terus terang aku yakin malaysia mampu membuat dan menghasilkan loji nuklear tapi aku tak yakin malaysia mampu menjamin keselamatan loji tersebut tapi aku yakin akan berlaku lagi ketirisan yang melibatan berbillion ringgit wang rakyat dalam pembinaan loji tersebut dan aku tak yakin dengan mentaliti rakyat Malaysia macam engkau.
Post a Comment