Saturday, October 10, 2009

Maruah Atau Rasuah ?

Salam Reformasi,

Pertama sekali, dukacitanya dimaklumkan bahawa saya tidak dapat bersama rakan-rakan di Bagan Pinang atas sebab-sebab yang tak mampu dielakkan. Jelas saya agak terkilan kerana tidak dapat membantu jentera pilihanraya pada PRK kali ini yang signifikasinya ia berlaku di Negeri Sembilan, tanah tumpahnya darahku. Di negeri orang kita turun, tapi tak dapat berjuang di negeri sendiri.

Mengenangkan anak sulung yang baru baik dari pembedahan pembuangan tonsil (baru discharge petang tadi), saya mengambil keputusan untuk stay online memandangkan adalah terlalu suntuk untuk saya bertolak selewat hari ini. Lagipun, PRK kali ini tidak ada lagi barong pilihanraya, tiada lagi peraih undi, tiada lagi kidung si perayu undi. Kerana negara kita ini sangat demokrasi, maka kita tidak dibenarkan walaupun menampal sticker parti pada kenderaan sendiri. Diulangi - kenderaan sendiri.

Walaupun mukadimah di atas agak panjang, tetapi terus terang saya katakan, tiada hujah untuk malam ini. Kerana malam ini, kita ingin beri peluang kepada pengundi Bagan Pinang untuk berfikir sejenak dua sebelum melelapkan mata. Apakah mereka akan memilih untuk memelihara maruah, atau memelihara perasuah. Di manakah letaknya maruah diri dan integriti dalam menentukan siapakah pemimpin tempatan mereka, yakni siapa wakil rakyat mereka.

Pilihlah pemimpin kamu dikalangan orang yang bersih, nilaikanlah. Setiap insan punya maruah dan harga diri, letakkanlah nilai maruah dan harga diri itu melebihi kepentingan yang membawa rebah. Kita mampu melakukan perubahan, arus reformasi tidak dapat lagi dibendung, badai perubahan tidak mampu lagi di hadang.

Jika kita benar-benar ingin bejuang menegakkan agama Allah di bumi melayu ini, peluangnya telah terhidang. Apakah kita rela melepaskan peluang untuk berjuang menegakkan syiar Islam? Tiada lagi platform yang lebih baik, demi anak bangsa kita. Bersama kita mencipta perubahan, membina sebuah negara rakyat. Dari rakyat kepada rakyat, untuk rakyat.

Sekali lagi saya menyeru kepada pengundi Bagan Pinang, peliharalah maruah dari dicemari unsur rasuah.

2 comments:

MK IV said...

TAKEBEER.....
TAKEBEER.....
TAKEBEER.....

http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/militan-pas-mengganas.html

Anonymous said...

det kat atas...lebihkan beer drpd bertakbir...
nah tunggu la masanya... sooner or later.