Friday, October 9, 2009

Anwar : Kesedaran Rakyat Tolak Rasuah

Syabas buat rakyat Malaysia yang menitikberatkan kepimpinan bersih dari rasuah sebagai syarat utama menilai pentadbiran yang memerintah!

Berdasarkan bancian dan tinjauan pendapat yang dikelola Merdeka Centre jelas memperlihatkan hasrat rakyat agar rasuah sirna dan tidak membarah seumpama wabak yang membunuh.

Tatkala wacana ekonomi sejagat sarat dengan anjuran mengangkat nilai dan etika sebagai salah satu langkah menjamin kelangsungan kemakmuran, pimpinan negara seakan-akan tuli dari saranan sedemikian.

Kedudukan negara yang merosot dari tempat 43 ke 47 apabila dinilai Indeks Persepsi Rasuah tidak membantu kita pulih dari kelembapan ekonomi.

Janji perubahan tergelincir rebah bukti longgarnya iltizam pemerintah. Rupa-rupanya mantera perubahan hanya demi imbuhan politik.

Mana tidaknya, ketika dicanang segenap pelusuk agenda baru buat negara, bakal calon yang dipilih adalah dari kalangan perasuah. Namun rakyat sedar permainan politik sebegini dan mereka pastinya menghitung waktu untuk menghukum.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan