Monday, October 19, 2009

GEMPAR : Beberapa Pilihanraya Sebelum PRU13


Sekarang nie, kem Najib pula yang atur gerakkan sepertimana strategi kem Anwar mengadakan PRK setiap 3 bulan. Ini termasuklah PRK di DUN Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Bukit Selambau yang kebetulan-nya jalan serentak dengan Parlimen Bukit Gantang.

Beberapa DUN yang dimaksudkan bakal melalui pilihanraya ialah DUN Lenggeng yang mana YB Lenggeng bakal digulingkan kerana kesalahan rasuah, lagi pula calon itu dipilih oleh KJ sewaktu PRU12. DUN Johol juga berkemungkinan bakal menjadi medan pilihanraya kerana wakil rakyatnya sedang sakit dan tidak dapat berkhidmat.

Seterusnya apabila kedua-dua PRK ini berpihak kepada UMNO (kerana Lenggeng dan Johol adalah kawasan pendalaman), apakah umur kita dapat melihat kejantanan UMNO membubarkan DUN Perak setelah membuat perkiraan selepas mendapat kemenangan dalam 3 PRK?

Berikut adalah berita daripada blog Aduka yang mendapat maklumat berkenaan masalah di DUN Lenggeng;
Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.

ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.

Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.

Baca seterusnya di sini

Saya menganggap UMNO juga juara dalam menyusun strategi apatah lagi rancangan mereka pastinya dibantu oleh SPR dalam menentukan samada wakil rakyat itu telah terbatal perlantikannya atau menggunakan SPRM untuk 'black mail' para YB.

Strategi UMNO sekarang ialah menjadikan kawasan kubu kuat sebagai medan PRK iaitu kawasan yang mereka menang dengan majoriti yang tinggi. Sekiranya ADUN yang terlibat tidak bekerjasama mengundur diri, maka rekod-rekod rasuah YB tersebut akan digunakan sebagai modal yang membolehkan PRK tetap diadakan.

Najib pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk memastikan sentimen yang dianggap 'turning point' di Bagan Pinang akan diperkuatkan lagi dengan satu atau dua kemenangan PRK di kubu sendiri sebelum benar-benar bersedia membubarkan DUN Perak.

Harus diingat, mereka merancang Allah juga merancang, nescaya perancangan Allah itu lebih hebat.

1 comment:

SuperStarRajinikanth said...

no..no..no..semua ahli umno tau najib punya stail politik yang selalu play safe..0.1/100 kalau untuk PRK