Wednesday, October 7, 2009

Adakah Rakyat Benar-Benar Didahulukan ?

Acap kali saya tertanya-tanya, adakah benar 1Malaysia ini rakyatnya didahulukan? Bagaimana ungkapan "1Malaysia rakyat didahulukan" yang kini terdapat di merata tempat jika dibandingkan dengan realiti yang sebenar.

Di manakah ertinya rakyat didahulukan, apabila kita dipaksa menggunakan minyak RON95 sedangkan pengeluaran minyak negara adalah dari jenis minyak yang sangat berkualiti. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya didahulukan minyak yang berkualiti. Bukan kita ingin minta percuma, tetapi adalah memadai jika harga minyak RON97 kekal pada harga sebelumnya dan harga minyak murah RON95 menggantikan harga minyak RON92.

Tidak saya nafikan, minyak RON95 berprestasi sederhana baik dan bukanlah teruk sangat walaupun enjin akan berbunyi lebih kasar dan minyak RON95 akan cepat habis kerana kadar pembakaran yang kurang sempurna. Namun apabila kerajaan meletakkan RON95 sebagai minyak pilihan untuk diisi oleh rakyat, ia seolah-olah tidak mendahulukan rakyat kerana minyak berkualiti hasil dari bumi Malaysia dibawa keluar untuk kegunaan rakyat eropah. Adakah ini bermakna rakyat eropah didahulukan atau rakyat yang berduit didahulukan?

Boleh atau tidak, minyak yang disedut di Terengganu, Sarawak dan Kelantan di jual dalam negara dengan harga RM2 seliter dan kita hentikan import minyak arab yang busuk itu? Boleh atau tidak? Selebihnya barulah kita eksport minyak negara ke luar. Kita masih lagi net exporter iaitu pengeluaran melebihi penggunaan dan kita masih lagi mempunyai potensi mengeluarkan minyak baru di Kelantan. Jika ini dilakukan, barulah kita nampak ungkapan "1Malaysia rakyat didahulukan" terkesan.

Sekarang ini dapat kita lihat, hampir semua stesen minyak Petronas telah melupuskan penjualan minyak RON97 dan menggantikan dengan minyak RON95. Mengapa tidak beri kami pilihan? Tinjauan saya juga mendapati, terdapat juga beberapa stesen minyak yang mengikuti jejak langkah Petronas dengan hanya menjual RON95 di stesen minyak masing-masing. Saya menjangkakan mungkin trend ini diikuti kerana terdapat margin keuntungan yang lebih apabila menjual minyak RON95 berbanding margin keuntungan sedikit untuk penjualan RON97. Apabila ini berlaku, seolah-olah rakyat dipaksa menggunakan minyak murah semata-mata memberi keuntungan maksima kepada pengusaha minyak yang haloba dan juga tidak dinafikan pasti ada pihak yang mengaut untuk berganda dengan pengagihan minyak murah RON95. Sebabnya ialah, minyak RON95 dijual dengan harga yang melebihi sepatutnya. Dasat bukan? Al-maklumlah, Rakyat Diutamakan.

Bila fasal isi minyak pun kerajaan tak bagi pilihan, paksa isi minyak murah yang mana kadar pembakaran tak sempurna yang boleh menyebabkan enjin diselaputi karbon dengan lebih cepat dan menyebabkan ketukkan pada enjin (bunyi kasar). Akhirnya, kenderaan kesayangan akan lebih kerap menyinggahi bengkel-bengkel kereta yang sedikit sebanyak mencekik hasil rakyat.

Oleh demikian, saya menyeru kepada semua rakyat tidak kiralah penyokong Pakatan Rakyat ataupun penyokong Barisan, agar kembali berfikir akan ungkapan yang sering dimainkan oleh kerajaan pemerintah, adakah rakyat benar-benar didahulukan?

Sepatutnya, apabila kerajaan mencanang ungkapan Rakyat Didahulukan, maka rakyat seharusnya didahulukan dengan telus. Tiada isu yang menunjukkan rakyat tidak didahulukan. Ini baru isu minyak RON95 yang diutarakan, belum lagi termasuk isu-isu lain seperti 'mengapa harga proton jauh lebih murah dijual di luar negara bersama spek yang hebat berbanding harga yang mahal dijual pada rakyat tempatan'.

Sebagai rakyat, kita berhak untuk memiliki kehidupan yang jauh lebih baik. Kehidupan yang tidak tertekan di sebalik kesenangan segelintir gerombolan perompak hasil warisan bangsa. Mungkin kita adalah golongan yang telah selamat dari segi kerjaya, namun sedar atau tidak, ramai lagi anak bangsa kita yang merempat di bumi sendiri. Ada kalanya kita wajar memikirkan nasib orang lain, kerana nasib baik kita adalah mungkin disebabkan nasib kurang baik orang lain.

Hidup yang hanya sekali ini, jadikanlah ia lebih bermakna dengan berjuang menuntut keadilan sejagat, berjuang demi agama, berjuang demi kebajikan rakyat. Marilah sama-sama kita pastikan, pembentukkan sebuah negara yang hebat bukan hanya dengan pembangunan semata-mata, tetapi kebajikan rakyat yang diutamakan.


2 comments:

akbajalil said...

Salam,
Benar pandangan sdra. Isunya kini kenapa masih ada segelintir rakyat yang masih menutup mata, telinga dan suara mereka kepada kebenaran?

Adakah disebabkan oleh sikap tidak peduli dan malas mahu ambil tahu?
Atau
kerana sayangkan jawatan dan pangkat?
Atau
kerana telah banyak sangat makan budi dan subsidi?
Atau
kerana bangsa Melayu tidak mahu menyusahkan diri untuk memikirkan perkara-perkara serius dan mencabar minda?
Atau
sememangnya bangsa Melayu tidak mahu berubah?

Wassalam

Anonymous said...

ya Allah hancurkan lah kerajaan BN yang menindas rakyat ini...