Saturday, December 26, 2020

TERKINI: Team Ebit Lew Kemalangan Ketika Pulang Dari Misi Bantuan

 


Dimaklumkan sebentar tadi team media Ustaz Ebit Lew telah terlibat dalam satu kemalangan sekembalinya dari misi menyalurkan bantuan. Ayuh kita doakan semoga mereka dipermudahkan urusan dan segalanya baik-baik sahaja.

“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew. 

Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan smart tag lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Estima mereka cuba elak menyebabkan melanggar divider tengah jalan. 

Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit.”

Rupa-rupanya mereka baru sahaja pulang dari menyampaikan bantuan pantas kepada sekeluarga yang mengidap di dalam kenderaan sejak 8 bulan yang lalu. Diharapkan ujian ini tidak sesekali melemahkan semangat pasukan Ebit Lew dalam melaksanakan kerja-kerja amal yang terpuji.

Sumber: @ebitlew

1 comment:

Eddzio said...

Thannks for this blog post