Tukar nama, program jalan. Apakah mereka merestui program tersebut?
Mula-mula PAS mendesak supaya program pada 2 Januari depan dibatalkan dan menyifatkannya sebagai program 'berunsur kemaksiatan'. Namun semalam Pemuda PAS pula hadir menyarankan agar nama program tersebut diubah kepada World Icon.
Aduhai, ratu cantik diubah menjadi pertandingan ikon wanita.
Apakah selepas ini kita akan melihat lebih banyak nama yang diubah menjadi lebih patuh syariah?
Pusat karaoke mungkin diubah menjadi pusat latihan menyanyi, Dangdut menjadi pusat muzik nusantara, rumah urut jadi pusat melegakan otot dan kedai nombor ekor ditukar nama kepada pusat menyusun angka. Maka semua ini akan patuh syariah?
No comments:
Post a Comment