Saturday, December 26, 2020

ANWAR: Skandal Daging Merosakkan Kepercayaan Umum





Andainya skandal daging ini berlaku ketika PH sedang mentadbir negara, apakah agaknya hamburan caki maki yang mungkin dilemparkan..

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut;

KENYATAAN MEDIA
26 Disember 2020

Baru baru ini kita digemparkan dengan pendedahan berhubung kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan.

Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan, namun kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat. 

Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam. 

Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut. 

Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan. 

ANWAR IBRAHIM

Gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dalang di sebalik skandal daging ini dibawa ke muka pengadilan adalah tepat sekali. Jangan kita biarkan kes ini sejuk dan hilang ditelan masa.

Semoga kemelut ini berjaya diselesaikan dan menjadi pengajaran buat semua. Cukup²lah makan daging kanggaroo plus.


No comments: