Akhirnya Mukhriz sendiri yang memaklumkan bahawa bapanya tidak lagi akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau berkata sudah tiba masanya untuk ketengahkan tokoh politik baharu menggantikan ayahnya.
Apakah yang dimaksudkan pengganti Tun Mahathir itu ialah Anwar Ibrahim, hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Berikut adalah kenyataan beliau dalam satu temubual bersama Astro Awani;
Menurut Presiden (Penaja) Pejuang Mukhriz Mahathir, Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan dalam menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), namun sudah tiba masanya tokoh politik lebih muda diketengahkan pada PRU akan datang.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam rancangan bual bual bicara Astro Awani semalam ketika ditanya mengenai kemungkinan bapanya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya ingat dah tiba masa kita lihat tokoh-tokoh baru pula, kalau tak nama sama saja yang disebut. Saya rasa this is the time (ini adalah masa) untuk kita mengubah paradigma politik yang kita hadapi ketika ini."
Terima kasih Mukhriz kerana bersikap jujur. Sekiranya PRU-15 akan berlangsung pada tahun 2021, umur ayahanda Tun Mahathir telah mencecah 96 tahun. Maka benarlah kata Mukhriz, kita sewajarnya menampilkan muka baharu.
Dan adalah menjadi satu perkara yang pelik apabila seseorang yang berumur hampir 100 tahun masih lagi ingin bertanding pilihanraya, dan masih lagi ingin jadi Perdana Menteri. Cukuplah rasanya.
- Jika Untuk Jadi PM Perlu Tunduk Dengan Mahathir, Tak Jadi PM Pun Takpa
- Pentadbiran 22 Bulan Mahathir Gagal Banteras Rasuah - Anwar Ibrahim
- Adakah Anda Percaya Kalimah Membalak Secara Terkawal di Kedah?
- HEBOH: Kerajaan PN Benarkan Cabutan 'Special Draw' Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Pada 2021!
- Positif Covid Kuarantin Di Rumah, Sempadan Negara Dibuka Untuk Pelancong - Kerajaan PN Hilang Kawalan Atau Hilang Pedoman?
- Lebih Afdal Jika JKR Minta Maaf Kepada Penduduk Kuala Langat Berbanding KJ
- Biar Anwar Bersihkan Nama PH Dari Segala Sabotaj Terdahulu
- Adakah Mukhriz Lupa Siapa Paling Korup Hingga Keluarga Kaya Berbilion?
- Kegagalan Tun Adalah Kejayaan Reformasi, Di Mana Pendirian Kita?
- ANWAR: Skandal Daging Merosakkan Kepercayaan Umum
No comments:
Post a Comment