Friday, December 18, 2020

Lim Guan Eng dan Abang Mat Terlupa Apa Yang Berlaku Dalam Pentadbiran 22 tahun dan 22 Bulan Tun Mahathir?


Masihkah anda ingat bagaimana kerajaan PH gagal melaksanakan pelbagai janji manifesto PRU14 yang lalu? LGE sendiri yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir yang menolak usaha melaksanakan manifesto yang dijanji.

Ini adalah satu bentuk sabotaj yang dilakukan secara halus. PH telah dirosakkan oleh mereka yang gilakan kuasa. Apabila terdedah reputasi PH sebagai sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan agenda Reformasi, maka adalah lebih mudah untuk mereka mengolah persetujuan umum supaya PH dibenci oleh rakyat.

Hari ini kita dapat melihat usaha demi usaha untuk meletakkan Tun Mahathir mengetuai barisan pembangkang dan tidak menolak kemungkinan sekali lagi diangkat sebagai calon PM sekiranya PRU15 berlaku dalam masa terdekat. Adakah rakyat boleh terima semua ini atau PH (PH Plus) akan terus dibenci?


Adakah mereka sudah lupa bagaimana Tun Mahathir meruntuhkan Kerajaan PH pada bulan Februari yang lalu? Perletakan jawatan Perdana Menteri telah menyebabkan Kerajaan PH yang terbina dari kemenangan PRU-14 musnah tanpa sempat dipertahankan. Ianya seperti telah dirancang dengan sangat rapi demi menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tiba masanya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Inilah daulah terpendam bagi mereka yang menidakkan agenda Reformasi. Sedangkan keluarga mereka jelas bergelumang dengan kekayaan berbilion ringgit, hasrat membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM harus mereka gagalkan kerana mereka ini anti kepada pembaharuan sistem (Reformasi).


Apakah LGE atau Abang Mat masih tidak sedar bahawa mereka telah diperalatkan untuk perpecahan PH? Sedarlah bahawa PH telah disabotaj sejak dari awal kemenangan PRU-14 sehinggalah ke hari ini apabila bibit perpecahan itu mula terlihat.

Janganlah diulangi kesilapan yang lama. Tolak Grandpa Coalition!

No comments: