Akhirnya Perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu, akan beroperasi buat kali terakhir pada hari ini, 31 Disember 2020. Perkhidmatan Feri Pulau Pinang akan diganti bot penumpang laju bermula esok 1 Januari 2021.
Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal. Tiada lagi pengangkutan untuk kenderaan seperti kereta dan van.
Pagi ini mantan Ketua Menteri Pulau Pinang hadir di perkarangan jeti feri walaupun telah diberi amaran supaya tidak berbuat demikian. Apa yang cuba dilakukan oleh LGE ialah mengucapkan selamat tinggal buat satu ikon warisan budaya yang unik.
Kenyataan LGE semalam adalah seperti berikut;
DAP telah mengambil pendirian yang tegas bagi pihak rakyat Pulau Pinang untuk membantah penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong. Ini merupakan satu kehilangan warisan budaya kita yang unik.Saya dimaklumkan bahawa polis Pulau Pinang telah mengeluarkan amaran terhadap saya mengambil perjalanan feri Pulau Pinang jam 10 pagi hari Khamis, iaitu besok.Saya berasa amat hairan dengan amaran polis untuk mengambil tindakan sedangkan kami hanya ingin mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada feri Pulau Pinang yang ikonik dengan menaiki feri tersebut buat kali terakhirnya.Perkhidmatan feri Pulau Pinang mempunyai kawalan keselamatan tersendiri dan adakah Kementerian Pengangkutan ataupun agensi-agensinya telah menghubungi pihak polis untuk bertindak?Pihak polis boleh datang namun saya tetap akan berada di sana untuk mengambil perjalanan terakhir saya di atas feri Pulau Pinang yang ikonik besok jam 10 pagi di Terminal Feri Pulau Pinang.
Selamat Tinggal Feri Pulau Pinang. Semoga kita berjumpa lagi bila kerajaan pusat sudah bertukar nanti. InshaAllah
Foto: Sinar Harian
- RANGKUMAN | Poster Lebai Membisu Cabutan 'Special Draw' Meningkat Kepada 22 Kali!!
- KANTOI | Muafakat Nasional Telah Didaftar Pihak Lain
- Tun Mahathir Mungkin Tidak Bertanding PRU15 - Mukhriz
- Jika Untuk Jadi PM Perlu Tunduk Dengan Mahathir, Tak Jadi PM Pun Takpa
- Pentadbiran 22 Bulan Mahathir Gagal Banteras Rasuah - Anwar Ibrahim
- Adakah Anda Percaya Kalimah Membalak Secara Terkawal di Kedah?
- HEBOH: Kerajaan PN Benarkan Cabutan 'Special Draw' Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Pada 2021!
- Positif Covid Kuarantin Di Rumah, Sempadan Negara Dibuka Untuk Pelancong - Kerajaan PN Hilang Kawalan Atau Hilang Pedoman?
- Lebih Afdal Jika JKR Minta Maaf Kepada Penduduk Kuala Langat Berbanding KJ
- Biar Anwar Bersihkan Nama PH Dari Segala Sabotaj Terdahulu
- Adakah Mukhriz Lupa Siapa Paling Korup Hingga Keluarga Kaya Berbilion?
- Kegagalan Tun Adalah Kejayaan Reformasi, Di Mana Pendirian Kita?
No comments:
Post a Comment