Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya hari ini ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi antaranya menyebut;
Selepas diberi peluang 22 bulan mentadbir Putrajaya di bawah kepimpinan Tun Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan telah gagal menunjukkan kepada rakyat akan kesungguhan mereka dalam usaha membanteras rasuah.Apa yang berlaku ialah PH ketika itu hanya lantang mengkritik pentadbiran BN berhubung isu 1MDB, serta rasuah membabitkan pemimpin Umno, sebaliknya mengambil sikap berlembut bila mana ia melibatkan pemimpin sendiri.Ya kita keras dalam isu rasuah, isu 1MDB, rasuah dalam kalangan pemimpin Umno, tapi kita banyak tolak ansur dengan rasuah di kalangan puak-puak kita.Di antaranya menjadi pengkhianat besar, ini yang menyebabkan saya katakan kita hilang paksi perjuangan.
Ketika kita menjadi kerajaan maka harus diperlihat satu sikap berbeza. Kalau program kita semua hampir sama (dengan pentadbiran terdahulu) cuma baik sikit, kalau rasuah kurang sikit berlaku, kalau tolong rakyat lebih sikit, ini bukan reformasi.
Sepatutnya kita letakkan satu asas yang kebih baik, tapi ini tidak lansung memperlihat semangat dan keupayaan reformasi, ini yang menyebabkan rakyat kecewa
Justeru itu, cukup-cukuplah kita beri ruang kepada pihak yang gagal dan telah merosakkan nama baik PH sebelum ini. Telahan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tepat sekali, kegagalan PH membawa agenda reformasi yang sebenar ketika menjadi kerajaan telah menyebabkan rakyat kecewa.
Rakyat memilih PH menjadi kerajaan kerana mereka mahukan perubahan khususnya dalam usaha menangani rasuah. Perubahaan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi menyakinkan rakyat bahawa PH mampu mentadbir lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya.
(Sila rujuk posting: Biar Anwar Bersihkan Nama PH Dari Segala Sabotaj Terdahulu)
Inilah kenyataan yang jujur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akui akan kegagalan PH dalam memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai sebuah kerajaan rakyat yang diidamkan sejak sekian lama.
Kejujuran ini juga harus menjadi batu loncatan buat semua agar kita benar-benar dapat memperbaiki kesilapan terdahulu. Kesilapan kita ialah gagal mengenali watak Tun Mahathir.
Harus percaya bahawa perubahan yang ingin kita lakukan sudah pasti tidak akan berjaya sekiranya meletakkan orang tua yang anti kepada agenda pembaharuan selaku ketua. Enough is Enough!
Rakyat melihat setiap langkah kita!
- Adakah Anda Percaya Kalimah Membalak Secara Terkawal di Kedah?
- HEBOH: Kerajaan PN Benarkan Cabutan 'Special Draw' Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Pada 2021!
- Positif Covid Kuarantin Di Rumah, Sempadan Negara Dibuka Untuk Pelancong - Kerajaan PN Hilang Kawalan Atau Hilang Pedoman?
- Lebih Afdal Jika JKR Minta Maaf Kepada Penduduk Kuala Langat Berbanding KJ
- Biar Anwar Bersihkan Nama PH Dari Segala Sabotaj Terdahulu
- Adakah Mukhriz Lupa Siapa Paling Korup Hingga Keluarga Kaya Berbilion?
- Kegagalan Tun Adalah Kejayaan Reformasi, Di Mana Pendirian Kita?
- ANWAR: Skandal Daging Merosakkan Kepercayaan Umum
- PPBM Tuduh Umno Tidak Relevan di Selangor Sedangkan PPBM Hidup Atas Ehsan Sokongan Umno
- TERKINI: Team Ebit Lew Kemalangan Ketika Pulang Dari Misi Bantuan
4 comments:
Itulah sebabnya perancangam tsmy dan dsazmin keluar dari ph yang gagal untuk membentuk semula malaysia yg sifar rasuah. Rakyat menyokong penuh pimpinan tan sri dan reformasi yg dibawa oleh dsazmin.
Kepada ph teruskan tibai mahathir dan pejuang habisan. Hentam mereka. Kalau boleh tumpukan sepenuhnya untuk kuburkan pejuang dan mahathir sehingga 20 tahun akan datang. Musih ph ialah pejuang sahaja.hehe
Jangan ganggu pimpinan bersatu dan PN sudah.
Hang ingat yidin dan azmin tu bebas rasuah sangat. Terus bermimpi la....
Mana fakta dan bukti? Yg pernah charge di mahkamah anwar. Najib. Semua berkaitan kes jenayah rasuah, salahguna kuasa dan liwat. Tu yg ko nak jadikan dia perdana menteri tanah melayu?
Otak kasi baca sikit
Biarkan pengikut anwar terus menerus bernostalgia dgn takdir ph yg jatuh. Jgn ditegur. Kihkih
Post a Comment