Thursday, December 31, 2020

TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB





Tan Sri Zeti Akhtar harus tampil membersihkan namanya dari terus dikaitkan dalam siri pertuduhan terbaharu melibatkan transaksi dengan Jho Low.

Selaku pemegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bekas Governor Bank Negara dari 2000 hingga 2016, kita khuatir ada unsur-unsur salah guna kuasa dengan memberi laluan kepada kepincangan yang berlaku khususnya dalam kes 1MDB.

Kenyataan DSAI di bawah ini merungkai persoalan yang wajib dijawab;

KENYATAAN MEDIA
31 Disember 2020

Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini. Imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya. 

Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.

Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan. kebertanggungjawaban dan melawan rasuah.

Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti. 

Beliau yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, dan apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik. 

Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low. Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini. 

Pemerintah Republik Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi dampak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka. 

Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini. Walhal di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan. 

ANWAR IBRAHIM

Selamat Tinggal Feri Pulau Pinang | Amaran Pihak Polis Terhadap LGE Tidak Dipeduli



Akhirnya Perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu, akan beroperasi buat kali terakhir pada hari ini, 31 Disember 2020. Perkhidmatan Feri Pulau Pinang akan diganti bot penumpang laju bermula esok 1 Januari 2021.

Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal. Tiada lagi pengangkutan untuk kenderaan seperti kereta dan van.

Sedang LIVE ketika ini

Pagi ini mantan Ketua Menteri Pulau Pinang hadir di perkarangan jeti feri walaupun telah diberi amaran supaya tidak berbuat demikian. Apa yang cuba dilakukan oleh LGE ialah mengucapkan selamat tinggal buat satu ikon warisan budaya yang unik.

Kenyataan LGE semalam adalah seperti berikut; 
DAP telah mengambil pendirian yang tegas bagi pihak rakyat Pulau Pinang untuk membantah penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong. Ini merupakan satu kehilangan warisan budaya kita yang unik. 

Saya dimaklumkan bahawa polis Pulau Pinang telah mengeluarkan amaran terhadap saya mengambil perjalanan feri Pulau Pinang jam 10 pagi hari Khamis, iaitu besok. 

Saya berasa amat hairan dengan amaran polis untuk mengambil tindakan sedangkan kami hanya ingin mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada feri Pulau Pinang yang ikonik dengan menaiki feri tersebut buat kali terakhirnya. 

Perkhidmatan feri Pulau Pinang mempunyai kawalan keselamatan tersendiri dan adakah Kementerian Pengangkutan ataupun agensi-agensinya telah menghubungi pihak polis untuk bertindak?

Pihak polis boleh datang namun saya tetap akan berada di sana untuk mengambil perjalanan terakhir saya di atas feri Pulau Pinang yang ikonik besok jam 10 pagi di Terminal Feri Pulau Pinang.


Selamat Tinggal Feri Pulau Pinang. Semoga kita berjumpa lagi bila kerajaan pusat sudah bertukar nanti. InshaAllah 

Foto: Sinar Harian

Wednesday, December 30, 2020

RANGKUMAN | Poster Lebai Membisu Cabutan 'Special Draw' Meningkat Kepada 22 Kali!!

 












Hakikat dan faktanya di sini ialah, ketika PH menjadi kerajaan, jumlah cabutan 'Special Draw' telah dikurangkan daripada 22 kali setahun kepada hanya 8 kali setahun. 

Namun setelah Kerajaan Melayu Islam masuk jadi kerajaan tanpa mandat pilihanraya (pintu belakang, tebuk atap dan sebagainya), jumlah cabutan 'Special Draw' kembali dinaikkan kepada 22 kali setahun. Klik di sini untuk laporan asal : HEBOH: Kerajaan PN Benarkan Cabutan 'Special Draw' Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Pada 2021!


KANTOI | Muafakat Nasional Telah Didaftar Pihak Lain

 



Mohd Amar Abdullah selaku Naib Presiden PAS hari ini mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana nama tersebut sudah digunakan oleh pihak lain.

"Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna. Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan."

Lambat sangat usaha mereka untuk mendaftarkan nama Muafakat Nasional kepada pihak ROS, padahal usaha untuk membentuk MN sudah bermula sejak bertahun lamanya.

Atau apakah ia sengaja dilambatkan untuk beri laluan kepada usaha yang dilihat lebih membuahkan hasil iaitu Perikatan Nasional?

Lebai ni ada bermacam helah, dalil dan alasan. Maka sentiasalah berhati-hati jika bekerjasama dengan puak lebai ni. Ini semua alasan untuk terus berselingkuh dengan Bersatu dan meninggalkan Umno barangkali.


Tun Mahathir Mungkin Tidak Bertanding PRU15 - Mukhriz

 


Akhirnya Mukhriz sendiri yang memaklumkan bahawa bapanya tidak lagi akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau berkata sudah tiba masanya untuk ketengahkan tokoh politik baharu menggantikan ayahnya.

Apakah yang dimaksudkan pengganti Tun Mahathir itu ialah Anwar Ibrahim, hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Berikut adalah kenyataan beliau dalam satu temubual bersama Astro Awani;

Menurut Presiden (Penaja) Pejuang Mukhriz Mahathir, Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan dalam menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), namun sudah tiba masanya tokoh politik lebih muda diketengahkan pada PRU akan datang.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam rancangan bual bual bicara Astro Awani semalam ketika ditanya mengenai kemungkinan bapanya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya ingat dah tiba masa kita lihat tokoh-tokoh baru pula, kalau tak nama sama saja yang disebut. Saya rasa this is the time (ini adalah masa) untuk kita mengubah paradigma politik yang kita hadapi ketika ini."

Terima kasih Mukhriz kerana bersikap jujur. Sekiranya PRU-15 akan berlangsung pada tahun 2021, umur ayahanda Tun Mahathir telah mencecah 96 tahun. Maka benarlah kata Mukhriz, kita sewajarnya menampilkan muka baharu. 

Dan adalah menjadi satu perkara yang pelik apabila seseorang yang berumur hampir 100 tahun masih lagi ingin bertanding pilihanraya, dan masih lagi ingin jadi Perdana Menteri. Cukuplah rasanya.

Jika Untuk Jadi PM Perlu Tunduk Dengan Mahathir, Tak Jadi PM Pun Takpa


Bekas setiausaha politik Perdana Menteri ketujuh Zahid Md Arip berkata, kononnya harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan menjadi kenyataan sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan kegagalan Tun Mahathir beberapa kali berhasrat ingin bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar bagaimanapun mengambil sikap yang keras menolak semua pertemuan yang cuba diatur.

Namun begitu, rakyat melihat keengganan DSAI bersama dengan Tun Mahathir sebagai suatu langkah yang amat positif memandangkan sikap Tun yang bermuka-muka dan sudah tidak boleh dipercayai. Ini meresahkan kem Tun yang tidak dipedulikan dan semakin tidak releven.

Zahid Md Arip dalam kenyataanya menyebut;
Selagi dia tak tunduk dan dekat dengan Dr Mahathir, saya ingat dia macam itulah. Dia tak boleh jadi PM
Jika dikatakan Anwar tidak akan jadi PM tanpa Mahathir, dan perlu tunduk kepada Mahathir untuk jadi PM, saya yakin Anwar pasti akan memberi jawapan "𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙋𝙈 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙩𝙪𝙣𝙙𝙪𝙠 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙩𝙝𝙞𝙧, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙋𝙈 𝙥𝙪𝙣 𝙩𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙥𝙖".
Tetapi secara politik DSAI tidak akan jawab sedemikian, malah tidak perlu pun DSAI menjawab sangkalan seorang Zahid Md Arip.

Tuesday, December 29, 2020

Pentadbiran 22 Bulan Mahathir Gagal Banteras Rasuah - Anwar Ibrahim

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya hari ini ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi antaranya menyebut;
Selepas diberi peluang 22 bulan mentadbir Putrajaya di bawah kepimpinan Tun Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan telah gagal menunjukkan kepada rakyat akan kesungguhan mereka dalam usaha membanteras rasuah.  

Apa yang berlaku ialah PH ketika itu hanya lantang mengkritik pentadbiran BN berhubung isu 1MDB, serta rasuah membabitkan pemimpin Umno, sebaliknya mengambil sikap berlembut bila mana ia melibatkan pemimpin sendiri.

Ya kita keras dalam isu rasuah, isu 1MDB, rasuah dalam kalangan pemimpin Umno, tapi kita banyak tolak ansur dengan rasuah di kalangan puak-puak kita.

Di antaranya menjadi pengkhianat besar, ini yang menyebabkan saya katakan kita hilang paksi perjuangan. 
Ketika kita menjadi kerajaan maka harus diperlihat satu sikap berbeza. Kalau program kita semua hampir sama (dengan pentadbiran terdahulu) cuma baik sikit, kalau rasuah kurang sikit berlaku, kalau tolong rakyat lebih sikit, ini bukan reformasi.
Sepatutnya kita letakkan satu asas yang kebih baik, tapi ini tidak lansung memperlihat semangat dan keupayaan reformasi, ini yang menyebabkan rakyat kecewa

Justeru itu, cukup-cukuplah kita beri ruang kepada pihak yang gagal dan telah merosakkan nama baik PH sebelum ini. Telahan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tepat sekali, kegagalan PH membawa agenda reformasi yang sebenar ketika menjadi kerajaan telah menyebabkan rakyat kecewa. 

Rakyat memilih PH menjadi kerajaan kerana mereka mahukan perubahan khususnya dalam usaha menangani rasuah. Perubahaan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi menyakinkan rakyat bahawa PH mampu mentadbir lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya.


Inilah kenyataan yang jujur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akui akan kegagalan PH dalam memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai sebuah kerajaan rakyat yang diidamkan sejak sekian lama.

Kejujuran ini juga harus menjadi batu loncatan buat semua agar kita benar-benar dapat memperbaiki kesilapan terdahulu. Kesilapan kita ialah gagal mengenali watak Tun Mahathir.

Harus percaya bahawa perubahan yang ingin kita lakukan sudah pasti tidak akan berjaya sekiranya meletakkan orang tua yang anti kepada agenda pembaharuan selaku ketua. Enough is Enough!

Rakyat melihat setiap langkah kita!

Adakah Anda Percaya Kalimah Membalak Secara Terkawal di Kedah?

 


Tidak cukup hutan negeri Kelantan yang dibotakkan saban hari, kini hutan di Kedah pula menjadi mangsa kepada kerakusan aktiviti membalak yang mampu menjana puluhan juta ringgit (dan memberi kekayaan kepada pihak yang melobi). 

Seperti yang telah diketahui umum, kehancuran eko-sistem akibat daripada aktiviti pembalakkan akan menyebabkan pelbagai masalah pada masa akan datang. Selain dari habitat liar yang terjejas, kawasan kampung di hilir sungai juga akan berdepan risiko banjir yang lebih kerap.

Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan juga menyebabkan hakisan larian air permukaan dan membawa masuk kelodak serta lumpur ke dalam sungai. Oleh itu, air sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.

Pembalakan akan mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.

Ikuti kenyataan Dato Seri Saifuddin Nasution di laman FB beliau selaku salah seorang Ahli Parlimen di Negeri Kedah;
Berita 28 dis 2020 tentang pembalakan di ulu muda Kedah amat mengejutkan.

Seluas 25,000 hektar telah diluluskan. Lesen tebang balak pun telah dikeluarkan oleh kerajaan Kedah.

MB sanusi masuk tinjau kawasan pembalakan ahad lepas dan katanya kpd media “.. aktiviti membalak terkawal dan tidak jejas kawasan tadahan air”

Kalau dah namanya membalak .. hutan ditebang, tanah terdedah, aliran air bawah tanah bertambah, sungai jadi cetek. Alam jadi musnah, muka bumi terganggu.

Sy saksikan sendiri apabila hutan simpan di kawasan parlimen kulim bandar baharu diberi lesen balak. Kesannya banyak kampung alami banjir biarpun hujan 45 minit ! Sehingga sekarang penduduk tinggal dalam kebimbangan dek masalah banjir.

Masih percaya .. kalimah membalak yang terkawal?
Maka masalah banjir di negeri Kedah yang berlarutan setiap tahun tidak akan ada kesudahannya jika aktiviti balak ini menjadi sumber pendapatan Kerajaan Negeri.


Monday, December 28, 2020

HEBOH: Kerajaan PN Benarkan Cabutan 'Special Draw' Meningkat Hampir 3 Kali Ganda Pada 2021!

 



Senator Dewan Negara berbangsa cina, YB Liew Chin Tong dari parti DAP hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan PN telah membenarkan penambahan jumlah cabutan perjudian 'Special Draw' dari 8 cabutan pada tahun 2020 kepada 22 cabutan untuk tahun 2021.

Peningkatan cabutan bagi tahun 2021 adalah hampir 3 kali ganda berbanding pada tahun 2020. Apakah Kerajaan PN ingin menggalakkan rakyat negara ini bergantung nasib dengan berjudi? 

Sewajarnya, kerajaan 'melayu islam' yang diwakili PPBM, Umno dan PAS lebih peka dengan apa yang telah berlaku dan tidak mendiamkan perkara ini. 

Malah Kerajaan PN harus malu kepada senator dari DAP yang mempersoalkan mengapa mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan sehingga akan ada 156 hari cabutan biasa dan 22 kali cabutan khas.

Kenyataan Cina DAP Liew Chin Tong adalah seperti berikut;


SPECIAL DRAW

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.
 
Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu; cabutan khas dimulakan pada tahun 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu. Kerajaan pada masa itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan. Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.
 
Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan. Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi. Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.
 
Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas.
 
Oleh itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas. Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun. 

Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasioal. 

Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.

Liew Chin Tong

Positif Covid Kuarantin Di Rumah, Sempadan Negara Dibuka Untuk Pelancong - Kerajaan PN Hilang Kawalan Atau Hilang Pedoman?

 


Pesakit Covid-19 tanpa gejala disarankan menjalani kuarantin diri di rumah adalah suatu keadaan yang agak menggerunkan kita. Ia berlaku kerana pihak hospital tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit positive Covid-19 maka hanya mereka yang bergejala dibenarkan masuk ke ward. 

Dengan kata lain, jika seseorang itu telah disahkan positif pembawa wabak Covid-19 tetapi tiada simptom ditunjukkan, maka pesakit positif Covid-19 itu boleh pulang dan kuarantin sendiri di rumah. 

Jawablah dengan jujur, apakah jaminan penyakit ini tidak tersebar dari pesakit Covid-19 yang kuarantin sendiri di rumah?

Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkelfy Ahmad dalam satu kenyataan menyimpulkan bahawa keadaan ini adalah petunjuk amaran bahawa Malaysia mungkin berada di titik terburuk wabak itu setakat ini.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik Portal Malay Mail mengenai peraturan baru itu, yang mengatakan fasiliti kesihatan kini sesak akibat jangkitan baru yang terus melepasi angka 1,000 kes setiap hari. 

Namun begitu pada hari yang sama, pihak kerajaan PN mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi memberi galakan kepada industri pelancongan tanahair. 

Kegilaan apakah yang sedang berlaku? Apakah Kerajaan PN sudah tidak terkawal?

Lebih Afdal Jika JKR Minta Maaf Kepada Penduduk Kuala Langat Berbanding KJ

 


Tidak salah kalau JKR nak minta maaf terhadap KJ yang eksiden berbasikal di atas asbab jalan berlubang. Tetapi adalah lenih baik JKR mohon maaf kepada semua penunggang motorsikal dan pemandu kereta khususnya yang tinggal di Kuala Langat. 
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh
Pertama kerana mereka penduduk di tempat berkenaan dan akan selalu melalui kawasan jalan berlubang itu. Kedua, kerana mereka (penunggang motor dan pemandu) adalah pembayar cukai jalan. Ride basikal tiada bayar cukai jalan.

Lihat juga kenyataan AMK yang dilaporkan oleh Malaysiakini sebentar tadi;

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat digesa bersikap adil dan memohon maaf kepada semua pengguna yang pernah terlibat dalam kemalangan akibat keadaan jalan raya yang berlubang.

Ketua Pemuda PKR (AMK) Kuala Langat Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata, tidak wajar permohonan maaf hanya dibuat ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja.

JKR Kuala Langat semalam memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang mengalami kecederaan selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang.

“JKR Kuala Langat seharusnya bersikap adil untuk turut sama meminta maaf kepada pengguna jalan raya lain yang juga pernah teribat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka.

“Masih banyak tempat kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Khairy cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.

Susulan itu, pihak JKR membuat permohonan maaf itu di Twitter.

"JKR Hulu Langat memohon maaf atas kejadian yang menimpa YB menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh," kata pihak itu.

Sementara itu, Mohd Syah turut menegaskan pihak terbabit supaya tidak berat sebelah antara menteri dan pengguna awam dalam membuat permohonan maaf itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada berat sebelah kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.

“Sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka,” katanya lagi.