BUKAN SATU AMARAN - HANYA SATU JANJI
JIKA NAJIB MENIPU UNTUK MENANG
Orang ramai telah sedar. Orang ramai telah tahu. Orang ramai sudah mendengar. Orang ramai telah membaca. Orang ramai telah melihat bukti. Kini orang ramai yakin bahawa Najib Razak sedang bersekongkol merancang dengan SPR untuk menang menipu dalam PRU13 ini.
Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malays National Organisation sedar bahawa parti ini tidak lagi mendapat sokongan orang ramai. Najib Razak juga sedar suara-suara sumbang dalam partinya yang mempertikaikan kepimpinannya semakin kuat kedengaran.
Di hari pelancaran Tibai bulan lalu – Ibrahim Ali secara terang-terang telah berkata kepada laman Malaysia Kini bahawa telah tersedia pemimpin yang lebih berkeupayan dari Najib Razak untuk mengambil alih. Ibrahim Ali bukan terlepas cakap. Suara Ibrahim Ali adalah suara Mahathir Muhamad. Malah Daim Zainuddin yang kini dalam satu tongkang dengan Mahathir sendiri sedang ‘mengomel’ ke hulu ke hilir. Tanpa berlapik atau bersopan Daim telah mempertikaikan keupayaan Najib untuk memimpin.
Mahathir dan Daim melihat Najib Razak ini amat ‘lembik’. Mereka melihat Najib Razak tunduk kepada pemintaan orang China dan orang India. Malah Mahathir minggu lalu dalam Berita Harian telah berkata yang Najib ini amat lemah. Mengikut harapan Mahathir jika Najib mendapat sokongan kuat maka undang-undang ISA tidak akan dimansuhkan.
Pucuk pimpinan dan kuncu-kuncu gerombolan United Malays National Organisation juga melihat Najib Razak ini sedang menjadi satu beban yang maha berat untuk dipikul. Berat yang dimaksudkan disini bukan berat badan Rosmah Mansor.
Memang betul ramai pemimpin United Malays National Organisation bukan sahaja tidak suka dengan kerenah Rosmah Mansor malah menyampah melihat muka Si Rosmah ini. Sayangnya para pemimpin ini tidak berani bersuara. Malah Mahathir Muhamad yang dikatakan berani bersuara lantang ini pun akan ‘kelu’ bila berhadapan dengan Rosmah Mansor. Mungkin inilah ‘power’ bomoh dari Mumbai yang dilanggan oleh Rosmah.
Walau apa pun dikatakan tentang Rosmah – masih ada pekara lagi yang lebih berat dari berat badan Rosmah yang sedang menghimpit Najib Razak. Berat yang dimaksudkan ini ialah kes Najib Razak yang akan dibuka di mahkamah Peranchis. Ini kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Kes ini telah menjadi berita dunia walau pun akhbar harian di Malaysia telah memadamkan berita ini.
Akhbar Malaysia tidak melaporkan tentang Tuan Hakim Mahkamah Peranchis Monsieur Roger Le Loire telah membuat kenyataan yang beliau akan memanggil : Razak Baginda, Najib Razak dan ayah Altantuya, Profesor Setev Shaariibu – sebagai saksi. Najib Razak ketika jual beli kapal selam ini adalah Menteri Pertahanan akan di sapina. Sesudah disapina , jika Najib gagal datang ke Paris maka nama Najib Razak akan di senaraikan ke dalam nama orang yang dikhendaki oleh Interpol. Saheh kes ini kes berat – lebih berat dari sanggul Rosmah Mansor.
Orang ramai juga telah diberitahu bahawa pada ketika ini - di meja SUARAM ada terlentang satu salinan kopi fax dimana Najib Razak telah meminta 1 bilion dolar atau 3 bilion ringgit sebagai duit komisen dari syarikat DCNS - Direction des Construction Navales – syarikat pembuat kapal selam Scorpene. Ini baru satu fax. Belum lagi muncul gambar-gambar Najib bersama Altantuya bercanda-canda dengan Inang-Inang di kota Paris.
Bayangkan betapa terseksanya ahli United Malays National Organisation memikul dua ekor biawak hidup – saekor benama Rosmah dan sekor lagi bernama Najib.
Justeru, untuk menyelamatkan diri, Najib Razak wajib menang besar di PRU13 yang akan datang ini. Hidup mati Najib Razak dan Rosmah Mansor bergantung kuat dengan keputusan pilihan raya ini. Musuh-musuh politik Najib Razak sedang menunggu untuk menendangkan Najib jika keputusan PRU13 ini tergerlincir.
Cuba perhatikan dengan rapi bagaimana Muhyiddin Yassin yang tidak ada kebolehan untuk tersenyum tetiba telah ketawa terbahak-bahak apabila melihat 300 ribu anak semua bangsa turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Perhatikan betul-betul Timbalan Perdana Menteri ini telah tidak bersuara - senyap bin bisu – tidak mengeluarkan kenyataan mengutuk Bersih 3.0. Maknanya – Muhyiddin amat suka apabila Najib Razak dikepong rakyat kerana ini akan membuka jalan untuk Muhyiddin sendiri naik tahtha.
Najib Razak sedar akan semua ini. Sepenakut dan sebodoh Najib, dia masih cuba menyelamatkan diri. Justeru kita lihat pelbagai perancangan licik sedang disusun oleh kuncu-kuncu Najib. Perancangan ini adalah untuk menipu dalam PRU13 ini. Najib mahu menang besar. Jika Najib menang besar maka geng 3M - Mahathir Mukhriz dan Muhyiddin - akan senyap tidak bersuara.
Cara Najib dan SPR merancang untuk menipu ini bukan tidak diketahui. Satu Malaysia tahu tentang tentang projek kad pengenalan segera yang telah diberikan kepada Mat Bangla dan Mat Indon untuk membolehkan mereka mengundi. Projek kad pengenalan segera ini telah pertama kali digunakan di Sabah. Rakyat asal Sabah cukup marah. Mereka mengugut Najib sehinggakan Najib tunduk bersetuju menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kes kad pengenalan segera ini.
Orang ramai juga tahu bagaimana banyak nama pengundi telah dialih atau dihilangkan terus. Orang ramai juga tahu banyak kawasan pengundian secara haram telah diubah. Orang ramai juga tahu bagaimana secara mendadak lebih dari 1 juta pengundi baru telah didaftar di Selangor. Orang ramai juga tahu bagaimana SPR telah mengubah undang-undang untuk meneruskan undi pos dan memperkenalkan sistem undi awal.
Mungkin orang ramai tidak tahu bahawa undi pos kali ini bukan hanya untuk Sang Suami yang bertugas. Sang Isteri yang duduk mengangkang di rumah pun kini telah menjadi pengundi pos.
Mungkin orang ramai tidak tahu tentang sistem undi awal. Sistem ini akan diperkenalkan untuk pertama kalinya diPRU13 ini. Undi awal ini adalah untuk mereka yang bukan askar atau polis tetapi bertugas pada hari mengundi. Mereka ini terdiri dari pekerja SPR dan pengamal media. Bunyinya cukup demokratik.
Tetapi dibelakang konsep demokratik undi awal ini ialah perancangan jahat SPR untuk menipu.
Orang ramai wajib disedarkan tentang bagaimana dengan licik SPR telah menambah pekerja SPR dari 100,000 ke 240,000. Penambahan ini mungkin bertujuan untuk memantapkan kerja di hari pengundian. Tetapi sebenarnya ini adalah rancangan licik untuk menipu undi.
Bagaimana pengundi awal boleh menipu? Cara penipuan ini dilakukan cukup senang. Semua pengundi awal ini telah dikecualikan oleh SPR dari dicalit dengan dakwat kekal. Mungkin para pembaca akan tertanya-tanya – mengapa ini dilakukan? Kenapa mereka mengundi awal tetapi tidak guna dakwat kekal? Kenapa mereka spesial?
Jika pembaca bertanya maka para pembaca yang budiman telah sedar bahawa penipuan sedang dirancang. Pengundi awal - 240,000 pekerja SPR - tidak dicalit dakwat ini akan mundar mandir ke hulu ke hilir – bertukar-tukar tempat - untuk mengundi berkali-kali. Ini adalah sebahagian dari rancangan jahat untuk memenangkan Najib Razak dan gerombolan United Malays National Organsiation dalam PRU13 nanti.
Pada 28 April lalu 300 ribu anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut diadakan satu pilihan raya yang bersih dan adil. Jumlah 300 ribu yang berdemo dijalan raya adalah jumlah yang paling besar dalam sejarah politik negara. 300 itu adalah mereka yang menyokong 8 tuntutan Bersih untuk memastikan PRU13 ini akan dijalankan dengan bersih dan adil.
Tetapi dari gerak langkah politik Najib Razak kelihatan Si Najib ini akan terus mengadakan PRU13 ini tanpa mempedulikan 8 Tuntutan Bersih. Tanpa mempedulikan tuntutan orang ramai. Suara 300,000 warga yang turun ke jalan raya itu untuk Najib bukan suara rakyat.
Justeru, kita semua wajib mengingatkan Najib Razak bahawa Marcos juga menang dalam pilihanraya dengan menipu. Suharto juga menang dalam pilihan raya dengan menipu. Husni Mubarak dari Mesir juga menang amat besar dalam pilihan raya dengan cara menipu. Apa terjadi kepada mereka semua?
Di Manila Marcos menjangka penipuanya akan memanjangkan kuasanya. Di Jakarta Suharto berharap penipuan dalam pilihan raya akan memberikan dia mandat untuk terus berkuasa. Di Mesir Husni Mubarak membuat congak bahawa dia telah menang walau pun dengan menipu maka dia akan terus menjadi Presiden.
Semua anggapan ini meleset. Orang ramai di Manila turun ke jalan raya untuk menghumbankan Marcos walau pun Marcos menang. Orang ramai di Jakarta turun ke jalan raya walau pun Haji Muhamad Suharto menang. Di Mesir Husni Mubarak menang besar tetapi anak muda turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mubarak.
Sesudah Marcos, Suharto dan Mubarak dihumbankan sebuah lembaga SPR baru ditubuhkan. Pilihanraya baru diadakan sekali lagi. Inilah yang sedang kita lihat berlaku di Mesir pada minggu ini. Rakyat mesir sedang mengadakan pilihan raya dengan SPR yang baru ditubuhkan.
Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah tidak diyakini oleh orang ramai tetapi tidak diganti oleh Najib. Bersih telah menuntut agar ahli-ahli lembaga ini meletakan jawatan. Parti Pas telah memberi amaran kepada lembaga SPR untuk berundur. Parti Keadilan Rakyat telah membuktikan bahawa Pengerusi dan Timbilan Pengerusi SPR adalah ahli United Malays National Organsiation. Semua ini tidak dipedulikan oleh Najib. Amat jelas lorong Marcos, lorong Suharto dan lorong Mubarak sedang diambil oleh Najib Razak.
Jika lembaga SPR ini tidak meletakan jawatan sebelum PRU13. Jika 8 tuntutan Bersih tidak ditunaikan. Jika United National Organisation menang dengan cara menipu. Maka rakyat Malaysia wajib mengikut lorong rakyat Filipina, lorong rakyat Indonesia dan lorong rakyat Mesir. Kita semua – warga Malaysia - wajib ke jalan raya sesudah pilihan raya. Bukan 300 ribu yang wajib turun tetapi berjuta. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji untuk kita mengadakan satu lagi pilihan raya yang bersih dan adil.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
No comments:
Post a Comment