Monday, May 28, 2012

Penganjur Cuai Cuba Menyalahkan Mangsa, Menteri Harus Lebih Bertanggungjawab!!

YB Nurul Izzah turut diiring SAMM Selangor dan Wilayah untuk melawat mangsa di Hospital Putrajaya

Kenyataan Terbuka
28 Mei 2012

PENGANJUR CUAI CUBA MENYALAHKAN MANGSA, MENTERI HARUS LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kejadian yang hampir melibatkan kehilangan banyak nyawa dalam sebuah acara sukan permotoran anjuran Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya awal pagi semalam.

Merujuk laporan Portal Malaysiakini, dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti 'drag race ' itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram. 

Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat. Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan menganggap kononnya kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada 'menyalahkan tuhan'.

SAMM juga mengutuk taktik penganjur yang menghalang daripada berita ini tersebar dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian. Kejadian di Hospital Putrajaya lebih menyedihkan apabila pelawat dan waris mangsa disekat daripada masuk ke ruang menunggu kecemasan. Taktik kotor cubaan menutup berita ini walaubagaimanapun tidak berjaya.

Pagi ini, Wakil SAMM Selangor dan Wilayah turut mengiringi Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang hadir bersolidariti melawat mangsa kejadian. Menurut mangsa, kejadian semalam adalah merupakan hari malang buat belia negara apabila penganjur cuai cuba menyalahkan orang awam yang tidak bersalah.

Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



6 comments:

Anonymous said...

Menteri tu menyalahkan tuhan, tak sedar diri lagi ke dengan kemurkaan Allah.

Anonymous said...

Yang YB buat sibuk apahal, ada kena mengenakah? ada ku kisah ini program kerejaan tak yak pembangkang menyibuk..kan ada polis untuk menyiasat...

Anonymous said...

siasat bebaik tak perlu nak kecoh2 konon pakar dalam semua bidang

inilah masanya kita bersatu bukan nak salahkan mana2 pihak.

pembangangkang lah jangan tahu nak sensasikan isu je...

mari garapkan dan tunjukan plan peralihan kuasa andai menang..jgn jadi cam selangor dah arr jgn kita ulangi kesilapan

Pakatan boleh memerintah andai mentaliti YB2 pilihan kita punyai pendapat yang bernas bukanya tangkap muat je..

- anak sabah.

Anonymous said...

tak payah salahkan orang lain... apa kejadahnya korang pergi tengok?? apa yang korang dapat?? bodo piang!!

Anonymous said...

adatlah acara2 bahaya tu.. mmg ada risikonya..tk mahu bahaya menimpa diri tonton TV atau baca papers..jimat kos..mcmanapung kita doakn sama2, moga mangsa2 yg cedera itu cepat sembuh nanti boleh pi mengundi.. salam dr penyokong kerajaan _____..

JAKA said...

penganjur perlu disalahkan.

drag itu kan menggalak org muda berlumba.

kenapa tk sewa sepang f1, lumbalah sampai meletup enjin pun kat sana, takde sapa nak marah.

apa yg jadi acara program tujuan nya nak tarik org kan? dan sekali gus menggalak lah.

mana pergi program agamanya?