Dato' Yusof Zainal Abidin yang merupakan bekas pendakwaraya kanan (kes
liwat 2), tampil di mahkamah Jalan Duta hari ini sebagai barisan peguam
pembelaan untuk Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai peguambela mengejutkan banyak pihak.
Ternyata angin perubahan yang melanda negara membuatkan golongan yang semakin condong meninggalkan regim bukan sahaja berlegar di kalangan rakyat biasa, artis, bekas polis dan tentera, malah bekas pendakwaraya yang pernah menekan/menuduh Anwar Ibrahim sendiri kini sudah bersama.
Kemenangan Anwar Ibrahim dalam siri kes liwat pada tanggal 901 memberi kesan yang besar untuk rakyat bersama meninggalkan sebuah regim yang zalim dan bersedia untuk sebuah kerajaan yang baru bakal dibentuk sejurus PRU-13.
Kapal sudah semakin usang, badai kebangkitan terlalu besar untuk dihadap. Ayuh semua bersama Pakatan Rakyat, kita bentuk sebuah negara baru di mana rakyat menjadi tuan dan kebajikan menjadi keutamaan.
Tahniah Dato Yusof kerana memilih untuk membela DSAI yang suatu ketika dulu adalah seteru. Samada atas dasar profesionalisma atau sokongan terus, apa yang lebih penting ialah anda bersama di atas tajuk melawan kezaliman!
Edyes Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
6 comments:
apa2 pun masih tetap kena hati2... mana la tau... spy... kna hati2
Berhati hati...jangan mudah percaya..ini adalah perangkap pilihanraya.
jangan cepat melatah bro...
yer hati-hati tetaplah berhati-hati... tapi kita kena ambil semangat perubahan yg dia bawa... mudah...
mintak maaf, aku ada sangka buruk dgn Dato' Yusof Zainal Abidin
mesti ada agenda tersembunyi!
bodonya puak2 anwar ni sebab cepat sangat percaya dgn bekas musuh politik.
maaf, aku lemah, aku manusia.
Ya Allah peliharailah ng ku dari musuh2 yg hendak menjahanamkan negaraku.
Aminnn...
Post a Comment