Wednesday, May 30, 2012

Ahmad Shabery Cheek Harus Minta Maaf dan Mengaku Salah!



Kenyataan Terbuka 
29 Mei 2012

Ahmad Shabery Cheek Harus Minta Maaf dan Mengaku Salah Bukan Berdalih Sehingga Memberi Maklumat Salah

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek agar mohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab penuh atas kejadian kemalangan  yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Bermula dari menyalahkan takdir kononya semua yang berlaku sudah takdir dan kemudian menipu kononya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha, sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman penganjur.

Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia. ini satu maklumat yang salah.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini telah tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor 
theSun.
"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan. 
Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.



SAMM melihat semua ini berlaku kerana terlalu ghairah dan terdesak dalam menganjurkan satu acara bagi menarik seramai mungkin anak muda bagi membina persepsi kononya anak muda bersama Umno Barisan Nasional bagi membantu merena membina momentum pru yang terdekat ini. 

Dalam kegahirahan tersebut maka hiburan disalahgunakan oleh Bn bagi tujuan memperdaya anak muda berkumpul. 

Hiburan tidak salah tetapi disalah guna Bn secara melampau dengan mengenepikan aspek moral termasuk keselamatan bagi tujuan meraih sokongan anak muda. Ternyata kecederaan dan kemalangan sabtu lalu ialah hasil keghairahan dan usaha terdesak tersebut, nyawa anak muda menjadi taruhan untuk meraih sokongan politik.


Penganjuran tanpa aspek keselamatan dan tanpa pemantauan serta kelulusan badan profesional sukan bermotor dalam sambutan hari belia dibawah kementerian, umpama lumba haram dan ia amat memalukan. Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab harus diadili.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments: