Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa
menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.
Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.
Khairul
Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada
29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah
majistret Kota Baharu.
Beliau didakwa menghina dengan niat untuk
menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25
sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.
Khairul Nizam dituduh
mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang
jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih
RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.Pengantin yang baru
1 comment:
tahniah.. rakyat 1 - raja 0
kita tunggu isu no plat pulak :)
Post a Comment