Kenyataan Rasmi
31 Mei 2012
JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012
Jelajah
Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh
sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum
ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan
tersendiri. Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat
mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat
setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang
baru - kemerdekaan rakyat.
Dari sudut
penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar
digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video
dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi
identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup
berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang
mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang
sebenarnya berlaku.
Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang.
Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1.
Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka
Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari
luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka
peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut
berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat
akan datang.
Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;
Oleh
demikian, di atas permintaan ramai, pasukan SJMR bersedia untuk
membawakan siaran langung dalam siri jelajah Merdeka Rakyat seterusnya
iaitu di Pulau Pinang. Kali ini, pasukan SJMR mengambil peluang untuk
menampilkan siaran berbentuk HD yang akan menghasilkan siaran lebih
berkualiti berbanding kejayaan siaran sebelum ini di Pasir Gudang.
Sumbangan pelbagai pihak dan individu juga sangat dialu-alukan bagi
menjamin kelangsungan pada siri-siri akan datang khususnya siri Merdeka
Rakyat.
Selepas kejayaan bermakna di Johor, destinasi seterusnya Jelajah Merdeka Rakyat adalah seperti berikut :
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat P.Pinang
Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam,
Lokasi: Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh.
(pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim)
Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam,
Lokasi: Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh.
(pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim)
Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke utara semenanjung Malaysia bermula dengan Pulau Pinang.
Suatu yang agak berbeza dalam isri jelajah kali ini ialah kemunculan Sdr. Raymond Ahuar, Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR. Ketua Pemuda persatuan yang mewakili ratusan ribu kaum Murut ini akan tampil menerangkan apa rasionalnya tindakan beliau dan ini akan menjadi antara indikasi penting politik nasional kerana Sabah yang semala ini menjadi 'simpanan tetap Umno' sudah berubah wajah.
Menyentuh
mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng
tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya
tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah
regim. Jelajah ini akan memfokuskan semula rakyat dalam isu pokok
khususnya menjelang pilihanraya umum.
Sekian
che'GuBard
Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat
che'GuBard
Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat
No comments:
Post a Comment