Tuesday, May 22, 2012

Penahanan Trio Pemimpin Rakyat Buktikan Pihak Polis Terus Diperkuda Regim

Kenyataan Media
22 Mei 2012

Penahanan Trio Pemimpin Rakyat Buktikan Pihak Polis Terus Diperkuda Regim, Ayuh Tolak Umno/Bn PRU Rejim PRU-13

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pendakwaan yang akan dikenakan kepada Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, Ketua Umum PKR YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali di Mahkamah Jalan Duta pada 22 Mei 2012 amatlah tidak logik berdasarkan pendirian awal regim terhadap Perhimpunan BERS✔H.

Mengimbau kembali, dalam BERS✔H 2.0 jawatankuasa pemandu perhimpunan telah memohon menggunakan Stadium Merdeka untuk diadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 tetapi telah ditolak oleh regim dengan pelbagai alasan dan tipu helah. Akhirnya perhimpunan tersebut disuraikan dengan penuh trajis dan zalim dengan memperkudakan pihak polis.

Kali ini pada BERS✔H 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012, jawatankuasa pemandu perhimpunan tersebut telah mengumumkan Dataran Merdeka adalah tapak yang sesuai berhimpun memandangkan segala tuntutan pada BERS✔H 2.0 masih tidak diendahkan oleh regim. Justeru, Dataran Merdeka tetap diumumkan sebagai lokasi perhimpunan dengan mengambil semangat nama memerdekakan rakyat daripada kekotoran sistem pilihanraya di Malaysia ini.

Tinjauan SAMM mendapati, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn sengaja bersilat lidah apabila awalnya mengumumkan bahawa tidak akan menghalang perhimpunan BERS✔H kerana ianya tidak menggugat keselamatan negara. Apabila Dataran Merdeka menjadi pilihan, tiba-tiba regim seperti terkena renjatan elektrik akhirnya pihak polis meminta perintah mahkamah untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebarang aktiviti perhimpunan pada 28 April hingga 1 Mei 2012. Dalam masa yang sama, Stadium Merdeka yang diharamkan kepada rakyat untuk berhimpun pada BERS✔H 2.0 dibenarkan pula untuk perhimpunan 28 April 2012. 
Zulkifli Ibrahim(kiri) Pengarah Seketariat SAMM ketika mengetuai perarakan
Tindakan memagar kawasan jalan memasuki ke Dataran Merdeka juga adalah perancangan licik regim dengan niat menimbulkan suasana kurang senang serta penuh provokasi. 
Akhirnya pihak polis menyuraikan perhimpunan BERS✔H 3.0 pada 28 April 2012 yang lepas paling ganas dan begitu menggila seolah-olah dirasuk hantu. Tindakan polis bukannya menyuraikan perhimpunan tetapi mengejar para demonstran dengan penuh dendam kononnya ada anggota mereka telah meninggal.
Apakah kewajaran pihak polis untuk menyamar sebagai peserta perhimpunan BERS✔H sepertimana yang diakui oleh Menteri KDN turut menjadi persoalan? 
Apakah kewajaran larangan penggunaan Dataran Merdeka? Apakah kewajaran menutup semua akses masuk atau jalan ke Dataran Merdeka?

Justeru, SAMM melihat pendakwaan ke atas ketiga-tiga pemimpin rakyat ini mempunyai muslihat tersembunyi dan cubaan menakut-nakutkan rakyat dengan akta perhimpunan yang baru ini. Kerajaan harus belajar daripada sejarah kebangkitan rakyat di dunia ini. Jika rakyat makin ditekan, rakyat akan terus bangun melawan.

Pendakwaan ini juga hanya cubaan untuk melewat-lewatkan perubahan total pentadbiran negara kepada kerajaan baru dan dalam pada ini juga, regim semakin rakus mengaut sisa-sisa kekayaan negara dengan tamak agar mereka boleh senang lenang jika regim tidak lagi berkuasa.

Ayuh, SAMM mencabar seluruh anak muda untuk bersama-sama menolak regim UMNO/BN pada PRU-13 dan bangun melawan penipuan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Anak Muda perlu bangkit dengan maruah, bukan bacul dengan mengadaikan negara pada regim yang tidak bertanggungjawab


Zulkifli Haji Ibrahim
Pengarah Sekretariat
SAMM Kebangsaan

No comments: