Satu gol untuk setiap separuh masa, kedua-dua gol juga dihasilkan pada minit akhir setiap 'half'. Ini membuktikan pemain Malaysia mempunyai kekuatan mental yang baik bagi mengatasi tekanan minit-minit akhir permainan.
Kemenangan 2-0 cukup memuaskan, walaupun meleset sedikit jangkaan saya iaitu 3-0. Apa yang penting adalah kemenangan dan sekaligus memberi markah yg baik untuk ranking bolasepak negara. Bonusnya ialah, permainan Malaysia menghiburkan dengan beberapa kali palang menjadi penghalang tambahan gol.
Penguasaan bola juga milik Malaysia, ini perkembangan yang baik untuk kemajuan bolasepak kita. Malaysia bukan lagi pasukan bertahan, apatahlagi pasukan belasahan. Menguasai rentak permainan sepanjang 90 minit menebalkan lagi kegugupan pihak lawan. Cuma 20 minit terakhir tadi, kita dapat lihat permainan Hongkong sedikit bangkit.
Tahniah juga kepada FAM kerana mengaturkan perlawanan persahabatan dengan seteru yang hampir setara dengan kekuatan Malaysia. Bezanya, kita juara asia tenggara! Bertemu Hongkong adalah jauh lebih baik daripada bertemu pasukan Manchaster United atau Brazil sebagai friendly game. Bukan 'making money game' semata-mata. FAM dilihat belajar dari kesilapan lampau.
Harap dapat aturkan lagi perlawanan persahabatan bertemu pasukan setaraf. Sebaiknya kali ini dari Asia Selatan seperti pasukan India. Aturkan perlawanan sebegini sebulan sekali kalau mampu, dua bulan sekali kalau tak berapa mampu.
Tahniah sekali lagi pasukan Harimau Malaya!! Sedar atau tidak duhai penghuni benua Asia, bahawa Harimau Asia yang hilang beberapa dekad lamanya, kini muncul kembali... Kali ini dengan warna kebiruan, dengan belang sang saka bangsa malaya.
Malaysia!! Tanah Tumpah Darahku!!
EDYES @ edyesdotcom
Blogger Sukan Anda!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
1 comment:
cayalah Malaysia,gol celah2 kaki tu,.
Post a Comment