Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Tuesday, August 31, 2010
PERHATIAN! Sila Halang Perempuan Ini Masuk Masjid, Ditakuti Mendatangkan Murka Sultan !!
Apa bezanya atas faktor mencemar rumah ibadah?
Jika perbezaan anutan agama menjadi faktor pencemaran rumah ibadah, apakah pula hukumnya menutup aurat di dalam Islam ?
Jika mereka boleh politik, kami seribu kali berpolitik - politik Islam !
Monday, August 30, 2010
Mengapa Tidak Orang Islam Memenuhi Surau / Masjid ?
Kepada UMNO yang bedebah, walau seribu orang bukan Islam masuk ke dalam surau ataupun masjid, ia tetap tidak akan mengurangkan berita penemuan bayi hidup dan bayi mati, dan masih kedengaran berita seumpama ini setiap hari.
Walaupun masjid atau surau itu tidak langsung dikunjungi oleh orang bukan islam, berita mutakhir masih mendendangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di kalangan orang melayu beragama islam. Justeru, di manakah rasionalnya persoalan ini dibangkit sedangkan bayi tidak berdosa masih dibuang merata-rata.
Siapakah yang sebenarnya betul-betul marah dengan isu YB Teo masuk surau? Saya percaya, kebanyakkan orang yang ambil pusing terhadap isu kehadiran YB bukan islam ke dalam surau Al-Huda di Kajang tempohari adalah merupakan orang yang tidak ke surau atau masjid manakala ahli surau dan masjid tidak berkata apa.
Orang yang mengaku bahawa islam adalah ad-din, orang yang mengaku mempertahankan islam sepatutnya memenuhi setiap surau dan masjid supaya tiada ruang untuk orang bukan islam memasuki masjid. Biarlah YB Teo atau sesiapa sahaja orang bukan islam hanya berlegar di ruangan luar surau kerana surau atau masjid tersebut penuh dengan jemaah.
Jika setiap orang islam rasa tercabar dengan kelibat bukan islam di rumah Allah, mengapa tidak orang islam itu sendiri yang memenuhi surau atau masjid, daripada melontarkan kekecewaan hanya kerana surau atau masjid dikunjungi orang bukan islam. Adakah kerana perasaan cemburu yang membuak-buak, orang islam itu bangkit mempersoal suraunya tercemar ?
wallahualam...
Friday, August 27, 2010
RAYUAN DERMA ramadhan untuk famili tahanan ISA
oleh ali :
Previously on Pembebasan Abg Sudin dari Kem Kamunting : http://www.facebook.com/#!/photo.php?pid=527282&id=100000105053006&ref=fbx_album
Semalam Bro DAP Melayu KL telah menulis kt wall den utk bagi sumbangan sama ado dlm bentuk sedekah atau zakat kpd salah seorang mangsa ISA yg dikonokan tahanan terhad dalam rumah. Den cek-cek, ado laie 20 tahanan ISA yg sedang dikurung bersamo-samo dgn Abg Sudin di kem Kamunting. Tapi tahanan yg paling lamo dah tontu la Abg Sudin (8 tahun). Yang lain-lain tu belum sampai 2 tahun (kalau salah tolong betulkan den).
Previously on Pembebasan Abg Sudin dari Kem Kamunting : http://www.facebook.com/#!/photo.php?pid
Semalam Bro DAP Melayu KL telah menulis kt wall den utk bagi sumbangan sama ado dlm bentuk sedekah atau zakat kpd salah seorang mangsa ISA yg dikonokan tahanan terhad dalam rumah. Den cek-cek, ado laie 20 tahanan ISA yg sedang dikurung bersamo-samo dgn Abg Sudin di kem Kamunting. Tapi tahanan yg paling lamo dah tontu la Abg Sudin (8 tahun). Yang lain-lain tu belum sampai 2 tahun (kalau salah tolong betulkan den).
1] Sumbang terus pada GMI
Jadi, den ingat baik terus sumbang kpd NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA). Diorg pun dah pakar nak agih-agihkan duit pado famili tahanan ISA. Bendahari GMI yg dalam banner yg den cilok dari internet tu, den tag kan sekali dlm thread ni. Kalau ado apo-apo persoalan, korang terus ke facebook Nashita Md Noor. Jgn risau, dio lah org pertamo yg den tag dalam gambar ni. Korang nak sumbang Gold Dinar Nubex, Gold Dinar Kelantan, tanah, kereta, stall burger, beras, lori 2 tan dan lain-lain selain dari duit kertas RM boleh terus tanyo kt fb Puan Nashita Md Noor. Jgn tanyo den. Kalau den, barang-barang tu takkan sampai kt famili tahanan ISA, sampai kt rumah den dulu. Ha Ha Ha. Kalau bagi duit, terus bank in kan ke akaun Maybank macam dalam banner (gambar) kt atas. Kalau pemaleh copy paste nombor ni : Maybank 162209939776 atas namo Puan Nashita Md Noor.
2] Antara kelemahan ISA
Seperti yg diberitahu, nak sumbang/sedekah/zakat kalau boleh biarlah sebelum raya. Faham-faham la, kebanyakkan famili ni susah dan diorg pun teringin nak berhari raya mcm kita. Diorg menjadi susah bilo penyara utamo famili tu ditahan dan dikurung dalam kem Kamunting. So, hilang lah mata pencarian famili tu. Ini lah di antara kelemahan ketara ISA. Kalau seseorang itu pencuri atau pembunuh, dihadapkan ke mahkamah, lalu bukti mengatakan dia bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara atau gantung sampai mati, so kita tak heran. Apo nak jadi dgn famili dio tu dio punyo pasal. Sapo suruh jadi jahat.
Tapi bilo org tu kono ISA, ia tidak dibicarakan dalam mahkamah. Pihak kerajaan takdo bukti pun nak sabitkan dio bersalah atau tidak. Famili pun tak tahu apo salah dio. Yang kono tahan pun tak tahu apo salah dio. Tahu-tahu je kono tahan dalam Kamunting. Sudah lah dikurung tanpo bukti nak sabitkan dio bersalah, kos sara hidup famili org yg kono ISA tidak ditanggung oleh kerajaan. Kalau korang cakap kerajaan adil dlm bab ni, den tak tahu la apo bahaso yg sesuai utk korang.
Dan lebih menyeksakan, orang yg kono ISA tidak tahu berapo lamo dio akan ditahan. Famili dio lagi la tak tahu. Untung lagi kalau dio jadi pencuri. Kalau dipenjarakan paling bangsat pun 5 tahun. Mcm Abg Sudin dah kono 8 tahun dan 1Malaysia tak tahu bilo dio akan dibebaskan. Tapi den ingat yg paling untung kalau korang makan rasuah. Tak kono jel bai. Paling koman boleh jadi Yb. Kalau pandai menipu rakyat, boleh jadi Menteri. Itu lah kelebihan korang kalau jadi rakyat Malaysia. Selamat Hari Merdeka yg ke-53! Jgn lupo kibarkan Jalur Gemilang anda :-)
3] Harta yg tak ternilai
Jikalau tuan-tuan sumbangkan RM 1 juta sekali pun pd famili tahanan ISA, ia masih tidak samo dgn kehilangan kasih sayang seorang anak kpd ayahnya. Den teringat satu kisah yg den baco dari satu buku. Buku apo den dah lupo tajuk. Ado seorang budiman telah ke pasar. Kat pasar tu dio nampak seekor ibu kucing bersamo-samo dgn 2 ekor anaknya. Ibu kucing dan anak2nya tu kurus kering.
Jadi org budiman tadi amik seekor anak kucing tadi utk dipelihara kt rumah. Ikut logic akalnya, kalau dio bela seekor, maka ibu kucing tadi sonang nak bela lagi seekor anaknya. Maka anak kucing tadi dibela dgn semahunya oleh orang budiman tadi. Di bagi makan dgn secukupnya. Sampai gemuk anak kucing tadi. Tapi tak lamo kemudian anak kucing tadi mati. Org budiman tadi terkejut. Lalu bodah post mortem dibuek. Doktor pakar dipanggil. Selesai post mortem, doktor mengesahkan yg anak kucing tadi mati bukan disebabkan oleh obesiti. Terpinga-pinga org budiman tadi. Wadehel?!
Satu hari, org budiman tadi kembali semula ke pasar. Dio terkejut bilo seekor ibu kucing mencakar kakinya. Oh, ini ibu kucing yg aku ambil anaknya aritu. Getus hatinya. Anak kucing yg lagi seekor juga mencakar kakinya. Insiden tersebut membuekkan org budiman tadi terfikir sesuatu. Oh rupanya anak kucing yg aku bela tadi mati krn tiada kasih sayang. Aku lah yg bersalah krn memisahkan mereka. Ibu dan anak kucing itu totap kurus sepertimano yg org budiman itu temui dahulu. Walaupun kurus, mereka kekal hidup. Moral of the story, kalau binatang pun mati disebabkan hilang kasih sayang dgn ibubapa mereka, apotah lagi dgn manusia. ISA ZALIM kerana MEMISAHKAN kasih sayang seorang anak dengan bapanya!
4] Sapa lu
Dalam thread yg lalu, ado mangkuk yg berhujah mempertahankan ISA. Berhujah la macam mano pun, ekau totap salah. Ini hujah den. Hari akhirat nanti, Allah S.W.T boleh je humban den dan korang semuo dalam nerako. Tapi dgn rahmat Allah, kito semuo dibicarakan di mahkamah Padang Mahsyar nanti. Di mahkamah itu Allah akan select sapo ahli nerako dan sapo ahli syurga. Kalau tuhan pun masih nak bagi maso utk membicarakan hambanya, jadi sapo kito nak halang pembicaraan yg adil bagi seorang warganegara Malaysia yg bebas merdeka. Takkan kerajaan Malaysia lagi hebat dari Allah S.W.T kot?
Untuk rayuan pembebasan Abg Sudin (tahanan ISA paling lamo, 8 tahun), tuan-tuan boleh klik link ni : http://www.facebook.com/photo.php?pid=527282&id=100000105053006&ref=fbx_album
* Sahabat-sahabat boleh kongsikan gambar/thread ini dengan klik ‘share’ di tepi kanan skrin anda. Dalam kotak share itu nanti anda boleh tag seramai 50-60 orang rakan-rakan anda yang lain. Jangan lupa letak tanda ‘@’ sebelum taip nama rakan anda. Sharing is caring. Janganlah sogan share amal kebajikan ni. Dio punyo pahalo berlipat kali gando. Nak-nak bulan poso ni :-)
Klik utk ke posting asal
Jadi, den ingat baik terus sumbang kpd NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA). Diorg pun dah pakar nak agih-agihkan duit pado famili tahanan ISA. Bendahari GMI yg dalam banner yg den cilok dari internet tu, den tag kan sekali dlm thread ni. Kalau ado apo-apo persoalan, korang terus ke facebook Nashita Md Noor. Jgn risau, dio lah org pertamo yg den tag dalam gambar ni. Korang nak sumbang Gold Dinar Nubex, Gold Dinar Kelantan, tanah, kereta, stall burger, beras, lori 2 tan dan lain-lain selain dari duit kertas RM boleh terus tanyo kt fb Puan Nashita Md Noor. Jgn tanyo den. Kalau den, barang-barang tu takkan sampai kt famili tahanan ISA, sampai kt rumah den dulu. Ha Ha Ha. Kalau bagi duit, terus bank in kan ke akaun Maybank macam dalam banner (gambar) kt atas. Kalau pemaleh copy paste nombor ni : Maybank 162209939776 atas namo Puan Nashita Md Noor.
2] Antara kelemahan ISA
Seperti yg diberitahu, nak sumbang/sedekah/zakat kalau boleh biarlah sebelum raya. Faham-faham la, kebanyakkan famili ni susah dan diorg pun teringin nak berhari raya mcm kita. Diorg menjadi susah bilo penyara utamo famili tu ditahan dan dikurung dalam kem Kamunting. So, hilang lah mata pencarian famili tu. Ini lah di antara kelemahan ketara ISA. Kalau seseorang itu pencuri atau pembunuh, dihadapkan ke mahkamah, lalu bukti mengatakan dia bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara atau gantung sampai mati, so kita tak heran. Apo nak jadi dgn famili dio tu dio punyo pasal. Sapo suruh jadi jahat.
Tapi bilo org tu kono ISA, ia tidak dibicarakan dalam mahkamah. Pihak kerajaan takdo bukti pun nak sabitkan dio bersalah atau tidak. Famili pun tak tahu apo salah dio. Yang kono tahan pun tak tahu apo salah dio. Tahu-tahu je kono tahan dalam Kamunting. Sudah lah dikurung tanpo bukti nak sabitkan dio bersalah, kos sara hidup famili org yg kono ISA tidak ditanggung oleh kerajaan. Kalau korang cakap kerajaan adil dlm bab ni, den tak tahu la apo bahaso yg sesuai utk korang.
Dan lebih menyeksakan, orang yg kono ISA tidak tahu berapo lamo dio akan ditahan. Famili dio lagi la tak tahu. Untung lagi kalau dio jadi pencuri. Kalau dipenjarakan paling bangsat pun 5 tahun. Mcm Abg Sudin dah kono 8 tahun dan 1Malaysia tak tahu bilo dio akan dibebaskan. Tapi den ingat yg paling untung kalau korang makan rasuah. Tak kono jel bai. Paling koman boleh jadi Yb. Kalau pandai menipu rakyat, boleh jadi Menteri. Itu lah kelebihan korang kalau jadi rakyat Malaysia. Selamat Hari Merdeka yg ke-53! Jgn lupo kibarkan Jalur Gemilang anda :-)
3] Harta yg tak ternilai
Jikalau tuan-tuan sumbangkan RM 1 juta sekali pun pd famili tahanan ISA, ia masih tidak samo dgn kehilangan kasih sayang seorang anak kpd ayahnya. Den teringat satu kisah yg den baco dari satu buku. Buku apo den dah lupo tajuk. Ado seorang budiman telah ke pasar. Kat pasar tu dio nampak seekor ibu kucing bersamo-samo dgn 2 ekor anaknya. Ibu kucing dan anak2nya tu kurus kering.
Jadi org budiman tadi amik seekor anak kucing tadi utk dipelihara kt rumah. Ikut logic akalnya, kalau dio bela seekor, maka ibu kucing tadi sonang nak bela lagi seekor anaknya. Maka anak kucing tadi dibela dgn semahunya oleh orang budiman tadi. Di bagi makan dgn secukupnya. Sampai gemuk anak kucing tadi. Tapi tak lamo kemudian anak kucing tadi mati. Org budiman tadi terkejut. Lalu bodah post mortem dibuek. Doktor pakar dipanggil. Selesai post mortem, doktor mengesahkan yg anak kucing tadi mati bukan disebabkan oleh obesiti. Terpinga-pinga org budiman tadi. Wadehel?!
Satu hari, org budiman tadi kembali semula ke pasar. Dio terkejut bilo seekor ibu kucing mencakar kakinya. Oh, ini ibu kucing yg aku ambil anaknya aritu. Getus hatinya. Anak kucing yg lagi seekor juga mencakar kakinya. Insiden tersebut membuekkan org budiman tadi terfikir sesuatu. Oh rupanya anak kucing yg aku bela tadi mati krn tiada kasih sayang. Aku lah yg bersalah krn memisahkan mereka. Ibu dan anak kucing itu totap kurus sepertimano yg org budiman itu temui dahulu. Walaupun kurus, mereka kekal hidup. Moral of the story, kalau binatang pun mati disebabkan hilang kasih sayang dgn ibubapa mereka, apotah lagi dgn manusia. ISA ZALIM kerana MEMISAHKAN kasih sayang seorang anak dengan bapanya!
4] Sapa lu
Dalam thread yg lalu, ado mangkuk yg berhujah mempertahankan ISA. Berhujah la macam mano pun, ekau totap salah. Ini hujah den. Hari akhirat nanti, Allah S.W.T boleh je humban den dan korang semuo dalam nerako. Tapi dgn rahmat Allah, kito semuo dibicarakan di mahkamah Padang Mahsyar nanti. Di mahkamah itu Allah akan select sapo ahli nerako dan sapo ahli syurga. Kalau tuhan pun masih nak bagi maso utk membicarakan hambanya, jadi sapo kito nak halang pembicaraan yg adil bagi seorang warganegara Malaysia yg bebas merdeka. Takkan kerajaan Malaysia lagi hebat dari Allah S.W.T kot?
Untuk rayuan pembebasan Abg Sudin (tahanan ISA paling lamo, 8 tahun), tuan-tuan boleh klik link ni : http://www.facebook.com/photo.php?pid=52
* Sahabat-sahabat boleh kongsikan gambar/thread ini dengan klik ‘share’ di tepi kanan skrin anda. Dalam kotak share itu nanti anda boleh tag seramai 50-60 orang rakan-rakan anda yang lain. Jangan lupa letak tanda ‘@’ sebelum taip nama rakan anda. Sharing is caring. Janganlah sogan share amal kebajikan ni. Dio punyo pahalo berlipat kali gando. Nak-nak bulan poso ni :-)
Klik utk ke posting asal
Wednesday, August 25, 2010
Kalau Tak Betul, Sila Saman !! Bukan Buat Penafian BODOH Pusing-Pusing !!
Pertama sekali, saya rasa pahala puasa saya banyak yang telah dicantas untuk hari ini.
Memang benar, saya difahamkan ucapan Nik Nazmi telah diputarbelitkan. Namun harus diingat, tuduhan pernyataan berkenaan hudud tersebut amatlah berat sekali memandangkan Nik Nazmi adalah seorang YB dan juga pengarah komunikasi PKR.
Kita ambil pendekatan mudah, jika BERNAMA telah menyebarkan fitnah yakni perkara yang tidak betul terhadap Nik Nazmi, maka Nik Nazmi harus bangkit membuat penafian yang sewajarnya dan WAJIB menyaman sumber penipu tersebut. Saman bukan sahaja bertujuan untuk menentukan kebenaran, saman antaranya ialah demi membersihkan nama Nik Nazmi dan PKR kerana apa yang tertulis dalam kenyataan tersebut adalah begitu melukakan hati para penyokong Pakatan Rakyat - sekiranya benar !
Kepada YB Nik, sila saman BERNAMA demi membersihkan nama YB yang berkapasiti pengarah komunikasi parti dan juga membersihkan nama PKR itu sendiri. Saya sendiri akan membetulkan apa sahaja kenyataan saya yang mencemarkan nama baik PKR setelah melihat kenyataan tersebut.
Janganlah hanya membuat kenyataan penafian yang membuatkan lebih ramai keliru, samada ada nafi atau pun tidak, seperti di sini.
Kepada mereka yang baru mengikuti perkembangan ini, sila ke entri di sini dan di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Full stop, noktah!
Adakah PKR Anjing Kepada DAP ??
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. - Nik Nazmi (Pengarah Komunikasi PKR)
Jika benarlah kenyataan di atas hadir dari Pengarah Komunikasi PKR, maka adalah begitu sayang sekali kerana 'orang dalam' membenarkan Barisan Nasional maju beberapa langkah ke hadapan. Inilah yang dinamakan kejayaan politikal mileage untuk jangka masa panjang, cukup untuk sampai ke detik PRU13. Modal ini akan digunakan secara meluas dan ia pastinya mengundang kebencian daripada pengundi yang cintakan Islam.
Jika inilah jawapan seorang Pengarah Komunikasi PKR apabila dibentangkan isu hudud, maka bibit-bibit sesalan pastinya terserlah di kalangan mereka yang telah memberi kepercayaan terhadap parti yang bertekad membawa perubahan. Adalah begitu memalukan untuk seorang yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, adalah lebih baik sipolan ini mengucap kembali dua kalimah syahadah kerana ditakuti terpesongnya akidah apabila menidakkan hukum yang dituntut Allah.
Seperti yang telah saya usulkan artikel berkenaan hudud dalam entri sebelum ini, Nik Nazmi boleh menyertai Karpal dan Kit Siang dalam memenuhi kehendak mewujudkan negara berteraskan undang-undang konvensyen sekular, iaitu undang-undang yang diperkenalkan oleh penjajah.
Saya berasa amat kecewa dengan situasi yang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh seorang yang dilantik sebagai Pengarah Komunikasi. Di harap, Pakatan Rakyat berjaya mengatasi masalah ini dengan bijak, atau mengenakan tindakkan yang keras kepada penentang penubuhan negara Islam Malaysia.
Terus terang saya katakan, tidak sedikit pun masalah bagi saya sekiranya kenyataan fakap ini hadir dari orang bukan Islam seperti Karpal dan Kit Siang, kerana mereka belum khatam pemahaman Islam. Malang sekali apabila ia hadir dari seseorang yang sepatutnya arif tentang keperluan hukum hudud dilaksanakan.
Justeru, saya memohon agar sekiranya kenyataan itu bukanlah maksud sebenar dari saudara Nik Nazmi yang saya sanjung sebelum ini, atau telah ditokok tambah oleh media, silalah buat penafian dan penegasan semula berkenaan tajuk hudud. Apakah Nik Nazmi juga menolak hudud sepertimana 50tahun pemerintahan UMNO?
Sila buat satu kenyataan rasmi, untuk menafi atau membuat penjelasan. Atau memang benar-benar memaksudkan 'penubuhan negara Islam adalah sia-sia'.
EDYES
Karpal dan Kit Siang Bersama UMNO Menentang Hukum Hudud !!
Pertama sekali ingin dijelaskan di sini bahawa saya bukan orang yang ahli untuk membicarakan soal hukum hakam agama. Tetapi terpanggil untuk bertanya, apakah hukum hudud akan dilaksanakan sejurus selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara di sebalik undang-undang sekular yang dituntut oleh segelintir pemimpin pakatan?
Itu adalah ceritanya yang sedikit sebanyak menimbulkan ombak komplikasi di arena meja bulat di antara PAS dan DAP. Perlu di ingat, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam Pakatan Rakyat. Hudud adalah perkaranya.
Namun apa yang pasti ialah sejak kita merdeka, tidak sedikit pun usaha untuk melaksanakan hukum hudud diketengahkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti melayu UMNO. Mereka hanya berani mencabar parti Islam PAS melaksanakan hudud di Kelantan sedang mereka tahu hanya dengan menguasai kerajaan pusat sahaja membolehkan hukum hudud dilaksanakan secara efektif.
Mereka(UMNO) mengumpan supaya hudud itu disebut oleh kepimpinan PAS, kemudian mereka mencari Karpal Singh supaya kenyataan bercanggah dapat dihasilkan. Itu kerja mereka. Bukankah lebih baik mereka sendiri yang mencadangkan hukum hudud, daripada menentangnya dengan meneruskan legasi undang-undang penjajah?
Saya percaya sekiranya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah pada PRU akan datang, perkara pertama yang akan dibangkitkan oleh UMNO ialah perlaksanaan hukum hudud. Ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memporak-perandakan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan dari reformasi rakyat. Ingin saya tegaskan, peluang yang diperolehi UMNO selama 50 tahun sebagai majoriti pemerintahan beragama islam, tidak langsung digunakan bagi mendekati hukum ciptaan Allah, tetapi hanya menggunakan undang-undang ciptaan orang kafir malah, menyalahgunakan undang-undang tersebut demi kepentingan mereka!
Saudara dan saudari sekalian, samada kepimpinan UMNO itu sedar atau tidak, bahawa mereka juga mengaku menganut ugama Islam yang menuntut hukum hudud dilaksanakan ke atas umat Islam. Seraya mereka memberi alasan yang sinonim dengan kebodohan mereka dengan statment lapuk - Malaysia adalah negara berbilang kaum. Padahal seperti yang dikatakan sebentar tadi, hukum hudud bukan terbahagi kepada kaum, tetapi ia hanya diperuntukkan kepada setiap individu yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Tidak kira apa kaum sekalipun asalkan berugama Islam, hukum hudud itu terpakai seadanya.
Masyarakat negara ini mempunyai pelbagai anutan dan kepercayaan agama. Di sebalik perlaksanaan hukum hudud, peruntukkan perundangan untuk penganut agama lain tetap terpelihara. Jadi di manakah masalahnya dalam konteks persetujuan penganut ugama lain sekiranya hudud dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat?
Adalah sebab itu, UMNO tetap dianggap memperjuangkan hanya bangsa melayu, yang menjadikan masalah sosial yang kian teruk melanda negara sebagai masalah sekunder. Apa yang menjadi keutamaan pemerintah hari ini ialah, kemajuan demi kemajuan tanpa diselaraskan dengan keperluan rohani bagi mengatasi masalah sosial. Akhirnya, orang-orang melayu yang berugama Islam menjuarai pesta pembuangan bayi, menjadi penduduk majoriti di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik, dan juga menjadi pemenang dalam setiap perlumbaan haram yang dijadualkan setiap malam minggu. Inilah hasil ungkapan keramat 'hidup melayu' yang akhirnya 'hidup segan mati tak mahu' apabila terjebak dengan najis dadah.
Jadi siapakah di antara kita yang ingin menafikan bahawa hukum hudud adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah yang melanda umat Islam di negara ini ?
Mursyidul Am telah memberikan jawapan yang paling tepat dalam menangani masalah sosial yang dijuarai melayu Islam. Karpal Singh pula langsung tidak berkaitan untuk menolak hukum hudud, begitu juga dengan Lim Kit Siang. Melainkan Karpal dan Kit Siang berugama Islam, mereka berdua boleh bersepakat dengan kepimpinan UMNO untuk menjadi orang-orang Islam yang menentang hukum hudud.
Jika 50 tahun lamanya masa yang diberikan untuk memartabatkan agama Islam dengan perlaksanaan hukum hudud, tidak berjaya dilakukan oleh UMNO. Maka setiap umat Islam yang inginkan masa depan anak-anak mereka bercambah melalui didikan Islam dan membesar cara Islam sebenar, berikanlah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuka ruang transformasi ke jalan serta cara hidup yang diredhai Allah. Kita sayangkan anak-anak, kita sayangkan Islam, kita cintakan Rasulullah dan kita cintakan Allah, justeru kita wajar menyokong perjuangan menegakkan hukum Allah. Pastinya umat dan keturunan kita selamat.
Untuk bertindak adil dan saksama, hukum hudud hanya akan berkuat-kuasa setelah semua penganut agama lain memahami konteks-konteks dalam perlaksanaan hukum hudud. Perbincangan demi perlaksanaan bukanlah bermakna meminta persetujuan, ini kerana hudud itu satu arahan, bukan satu tawaran.
Mungkin setelah kefahaman terhadap hukum hudud ini diperkenalkan dengan sistem penerangan yang terbaik seperti melalui media perdana yang ketika itu dikuasai Pakatan Rakyat, melalui pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti, tidak mustahil ianya boleh dilaksanakan malah disokong oleh penganut agama lain kerana hebatnya Islam itu dan adilnya Islam itu, agama pencipta sekalian alam. Setiap dari kita harus percaya jalan Allah, nescaya itulah satu-satunya sumber kebangkitan Islam akhir zaman. Semoga nasib anak-anak kita selepas era kehidupan kita, lebih selamat dari segala kepincangan dunia yang telah kita lalui.
Persetankan Karpal Singh, persetankan Kit Siang. Mereka adalah berkecuali dalam peruntukkan hukum hudud dan mereka mempunyai peruntukkan undang-undang khas sebagai orang bukan Islam yang menyokong kerajaan Islam. Tidaklah saya pasti kiranya ada ahli UMNO yang inginkan peruntukkan berkecuali dari hukum hudud.
Akhir kata, saya sekali lagi memohon ampun sekiranya terdapat kesilapan maklumat di atas kejahilan saya dalam bidang agama. Harap diperbetulkan jika tersalah tafsiran kerana ini bicara agama, adalah amat penting untuk memastikan penyampaian di atas adalah benar.
Takbir !!
Edyes - 25 Ogos 2010 - 12.15am
Takbir !!
Edyes - 25 Ogos 2010 - 12.15am
Tuesday, August 24, 2010
Rayuan PEMBEBASAN Abang Sudin sempena Syawal 2010
oleh ali :
Di bawah adalah printscreen email den kpd Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, merayu supaya membebaskan Abg Sudin dari Kem Tahanan Kamunting.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai Abg Sudin :
1] Nama sebenar Shamsuddin bin Sulaiman
2] Ditahan dibawah akta ISA pada 18 April 2002
3] Disyaki sebagai ahli JI
4] Duda setelah diceraikan (fasakh) oleh isterinya
5] Mempunyai beberapa orang anak
6] Tidak pernah dibuktikan sbg bersalah oleh mana-mana mahkamah dalam persekutuan Malaysia
7] Ditahan ketika berusia 32 tahun. Sekarang sudah berumur 40 tahun.
8] Sudah 8 tahun merengkok di Kem Tahanan Kamunting kerana ISA (Tahanan ISA paling lama)
Di bawah adalah printscreen email den kpd Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, merayu supaya membebaskan Abg Sudin dari Kem Tahanan Kamunting.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai Abg Sudin :
1] Nama sebenar Shamsuddin bin Sulaiman
2] Ditahan dibawah akta ISA pada 18 April 2002
3] Disyaki sebagai ahli JI
4] Duda setelah diceraikan (fasakh) oleh isterinya
5] Mempunyai beberapa orang anak
6] Tidak pernah dibuktikan sbg bersalah oleh mana-mana mahkamah dalam persekutuan Malaysia
7] Ditahan ketika berusia 32 tahun. Sekarang sudah berumur 40 tahun.
8] Sudah 8 tahun merengkok di Kem Tahanan Kamunting kerana ISA (Tahanan ISA paling lama)
Mengapa den menulis email kpd Menteri KDN?
-> Dalam 2-3 ari den tak berapo lalu nak berbuko puaso. Bukan la sobab lauk kat masjid tak sodap. Tapi den asik terkonangkan abg Sudin. Bagaimano lah dio berbuko puaso tanpa anak-anak dan isteri disisinya selamo 8 tahun. Ia tentu amat menyedihkan. Den cubo berdiri di dalam kasut abg Sudin. Cubo menjadi empati. Oh amat teraso kesayuaannya.
-> Jadi, petang tadi den amik inisiatif menulis sendiri email kpd Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein iaitu Menteri Keselamatan Dalam Negeri merayu bagi pihak anak-anak abg Sudin supaya bapa mereka dibebaskan dan pulang berhari raya bersama-sama mereka.
-> Untuk memberikan harapan supaya impian anak-anak abg Sudin menjadi kenyataan, den menyeru Yb-Yb, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan kawan-kawan menulis email kepada Dato’ Seri Hishammuddin bagi memohon pembebasan bapa mereka. Ini email beliau : hishammuddin@moha.gov.my
-> Jika tuan-tuan ado inisiatif lain, boleh kongsikan bersamo kami di thread ini. Dato’ Seri Hisammuddin juga adolah Menteri yang paling aktif berfacebook. Tetapi malangnya akaun facebook den tidak membenarkan den berhubung dgn facebook beliau (fb tak bagi klik ‘like’). Kawan-kawan juga boleh sampaikan hasrat thread ini ke akaun facebook beliau di sini : http://www.facebook.com/pages/Hishammuddin-Hussein/72613804354?v=wall
* Sahabat-sahabat boleh kongsikan gambar/thread ini dengan klik ‘share’ di tepi kanan skrin anda. Dalam kotak share itu nanti anda boleh tag seramai 50-60 orang rakan-rakan anda yang lain. Jangan lupa letak tanda ‘@’ sebelum taip nama rakan anda. Sharing is caring :)
Klik untuk ke posting asal di facebook den
-> Dalam 2-3 ari den tak berapo lalu nak berbuko puaso. Bukan la sobab lauk kat masjid tak sodap. Tapi den asik terkonangkan abg Sudin. Bagaimano lah dio berbuko puaso tanpa anak-anak dan isteri disisinya selamo 8 tahun. Ia tentu amat menyedihkan. Den cubo berdiri di dalam kasut abg Sudin. Cubo menjadi empati. Oh amat teraso kesayuaannya.
-> Jadi, petang tadi den amik inisiatif menulis sendiri email kpd Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein iaitu Menteri Keselamatan Dalam Negeri merayu bagi pihak anak-anak abg Sudin supaya bapa mereka dibebaskan dan pulang berhari raya bersama-sama mereka.
-> Untuk memberikan harapan supaya impian anak-anak abg Sudin menjadi kenyataan, den menyeru Yb-Yb, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan kawan-kawan menulis email kepada Dato’ Seri Hishammuddin bagi memohon pembebasan bapa mereka. Ini email beliau : hishammuddin@moha.gov.my
-> Jika tuan-tuan ado inisiatif lain, boleh kongsikan bersamo kami di thread ini. Dato’ Seri Hisammuddin juga adolah Menteri yang paling aktif berfacebook. Tetapi malangnya akaun facebook den tidak membenarkan den berhubung dgn facebook beliau (fb tak bagi klik ‘like’). Kawan-kawan juga boleh sampaikan hasrat thread ini ke akaun facebook beliau di sini : http://www.facebook.com/pages/Hishammudd
* Sahabat-sahabat boleh kongsikan gambar/thread ini dengan klik ‘share’ di tepi kanan skrin anda. Dalam kotak share itu nanti anda boleh tag seramai 50-60 orang rakan-rakan anda yang lain. Jangan lupa letak tanda ‘@’ sebelum taip nama rakan anda. Sharing is caring :)
Klik untuk ke posting asal di facebook den
Beranikah Kita Pijak Bendera Indon ??
JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.
Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.
Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.
Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit. - utusan
Mana PERKASA ? Adakah sekadar jaguh kampung atau jaguh melayu ??
Di manakah kredebiliti kerajaan apabila hanya membiarkan kedutaan negara dilontar najis, dan bendera Malaysia di pijak-pijak!
Mari kita imbas kembali apakah punca yang menyebabkan mereka merusuh. Di manakah sebenarnya kejadian tangkapan penguatkuasa indon itu ditanggap, adakah di perairan Malaysia atau di perairan indon ? Apakah rasionalnya polis marin menangkap 3 penguatkuasa tersebut? Bukankah ini namanya mencari pasal ??
Di manakah Zahid Hamidi ? Adakah sibuk untuk belajar bahasa arab bagi mentafsir doa dalam khutbah ??
Di manakah Chua Soi Lek ? Di manakah Sami Vellu ? Di manakah Karpal Singh ? Di manakah Guan Eng? Di Manakah Anwar Ibrahim ? Apabila maruah negara ini di telapak kaki mereka, adakah ia tidak langsung dipertahankan pemimpin-pemimpin di atas?
Saya lebih menyalahkan pemimpin pemerintah kerana masalah ini tidak diselesai dengan bijak, mungkin hanya selepas kedutaan dan bendera kita dicemar barulah terhegeh-hegeh buat pembetulan. Namun begitu, itu bukan bermakna kepimpinan Pakatan Rakyat juga harus berdiam diri membiarkan maruah negara dicemar !
Apa nak jadi dengan negara kita nie? Hari nak merdeka, patutnya bendera berkibar! Tetapi yang berlaku ialah, bendera kebanggaan kita dipijak-pijak oleh indon lahanat.
Saya berkata benar, saya tidak menyuruh semua orang pijak bendera indon! Tapi saya nak tanya, berani ke pijak bendera indon ? Pemuda, sila jawab!!
Monday, August 23, 2010
Senjata Mereka Sudah Semakin Tumpul! Rakyat Celik dan Bijak !!
Politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini.
Semua lapisan rakyat dalam negara kita agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan... api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan UMNO dan BN. - Tuan Guru Hadi Awang
Saya tidak punya masa yang lumayan untuk ulas berkenaan isu perkauman yang semakin dicanang, semakin tidak mendapat sambutan oleh semua golongan masyarakat di negara ini.
Janganlah sesekali kita meletakkan diri ini terdedah kepada api perkauman yang dipupuk oleh mereka, hanya kerana semangat assobiyah yang tidak membawa faedah. Mari kita tinggalkan segala sentimen perkauman itu nun jauh di dasar Jurang Mariana. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, semua boleh hidup dengan adil di muka bumi Malaysia.
Sesungguhnya, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk bermusuhan antara kaum demi sebuah pemerintahan.
Sunday, August 22, 2010
Tolong Bagi Tahu, Apa Yang Pelik Dalam Ini Gambar ?
Ada dua keping gambar lagi yang menunjukkan betapa dungunya 'mereka' dalam entri sahabat di sini, harap pengunjung jangan tengok gambar sahaja tetapi menghayati isinya sekali. Dua keping gambar yang saya maksudkan mungkin pernah dilihat merata-rata dalam blogosfera sepanjang minggu ini.
Sumber gambar di atas telah didermakan oleh seseorang.
salam sahur...
Saturday, August 21, 2010
Kenapa Jalur Gemilang Tidak Berkibar di Kenderaan Anda ?
Buletin Utama hari ini memaparkan sebuah berita yang memujuk rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang. Berita tersebut menggambarkan walaupun hanya tinggal 10 hari menjelang kemerdekaan, tiada kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang melainkan teksi, dan tidak banyak bendera Malaysia yang kelihatan di bangunan-bangunan seluruh negara melainkan bangunan agensi kerajaan dan syarikat GLC.
Apakah faktor yang menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kalangan rakyat semakin pudar ?
Semangat nasional dan cintakan negara itu seharusnya menebal pada setiap rakyat Malaysia. Namun apa yang berlaku ialah, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional tidak lagi mempunyai 'aura' untuk membentuk jatidiri yang cintakan negara. Apalah gunanya jika kita cintakan negara melalui kerajaan yang ada, tetapi kasih sayang rakyat itu dibalas dengan pemerintahan yang penuh cacat-cela.
Kerajaan hari ini tidak lagi dilihat popular untuk diraikan. Itulah jawapan secara keseluruhan. Faktor seterusnya ialah, kerajaan tidak mengotakan janji berbentuk slogan mendahulukan rakyat apabila banyak isu-isu yang mengguris hati dan perasaan rakyat. Ianya termasuklah isu judi bola, saman ekor, cubaan untuk mencetus ketegangan kaum, kenaikkan harga petrol dan gula, dan berbagai lagi isu yang tidak sempat disebut di sini.
Rakyat sudah jelak dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemimpin yang ada sekarang. Maka sebagai tanda protes, semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sudah luntur melainkan negara benar-benar 'perform' di atas landasan yang betul demi memastikan keperluan rakyat kebanyakkan itu diberi perhatian.
Jangankan bendera itu dijual murah, malah jika diberi percuma sekalipun, ia sekadar muat-muat untuk diletakkan dalam 'dashboard'.
Saya percaya, semangat cintakan negara itu tetap tinggi di setiap kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkanya secara terus dan terang. fikir-fikirkanlah sebabnya kerana anda juga berkelakuan sama.
Friday, August 20, 2010
Korang Berani Ke Isi Minyak RON95 ??
20/08/2010 MARANG: Dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki meletup dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Putih, Jambu Bongkok, pagi tadi.
Asal berlanggar jer, terbakar... Asal bertembung jer, terbakar...
Mungkin kalau kebakaran atau letupan tidak berlaku, maka nyawa dapat diselamatkan ? Saya kata mungkin...
Mungkin kalau petrol yang digunakan jenis RON yang lebih selamat, maka dentuman tidak berakhir dengan letupan ataupun kebakaran ? Saya juga kata mungkin...
Hanya kerana perbezaan 25sen seliter, sanggupkah anda mempertaruhkan enjin kenderaan anda? Hanya kerana perbezaan RM5 untuk isian 20liter RON95 berbanding RON97, sanggupkah anda membenarkan risiko letupan dan kebakaran kereta itu berlaku apabila kenderaan anda mendentum tiang lampu?
Banyak kemungkinan yang bermain di fikiran, sekiranya ada pakar-pakar automotif atau pakar-pakar hidrocarbon petrolium singgah di sini, sila beri pandangan... Saya difahamkan cara pembakaran RON95 tidak begitu selamat berbanding RON97.
Pengguna RON95 tegar juga boleh kongsi pengalaman penggunaan minyak tersebut di ruangan komen, dan saya harap komen-komen yang diberikan adalah ikhlas dan benar.
Banyak kebarangkalian bermain di fikiran, tetapi yang pasti - Say No to RON95 !!
Entri Sekuel - Status Sebenar Ustaz Kazim
Salam semua,
Entri sebelum ini yang saya sangkakan suam-sejuk, kini dah jadi sangat panas bila didedahkan siapa sebenarnya Ustaz Kazim Alias. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru tahu siapa al-buaya. Sila ke entri sebelumnya di sini.
Bila difikirkan kembali, memang ustaz Kazim lebih banyak berlawak dalam ceramahnya dan saya beranggapan itu adalah satu pendekatan saikologi supaya audience boleh dengar, ingat (dan melaksanakan ibadah) dengan lebih mudah. Ia pasti menarik minat dan juga perhatian kepada sesiapa yg mendengarnya.
Selingan dalam ceramah agama asalkan tidak melampau, pasti boleh diterima. tetapi jika sebaliknya, adalah lebih baik aduan dilakukan kepada badan yang bertanggungjawab.
Berkenaan maklumat yang didedahkan oleh abang saya di blogosfera ManjungMari, Ustaz Kazim adalah adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz ADUN Batu Kurau merangkap penasihat agama MB Zambri, manakala ada seorang lagi adik kepada Ustaz Kazim adalah SU UMNO bahagian Larut. Pada saya, ia sedikit sebanyak menggambarkan begitu pekatnya darah UMNO yang terkandung dalam jasadnya, tetapi samada terkandung pada rohaninya tidaklah diketahui.
Marilah kita mengambil sedikit contoh yang wujud dalam Parlimen negara kita sendiri, di mana seorang abang menjadi ahli parlimen di pihak pemerintah zalim, manakala si adiknya pula juga ahli parlimen tetapi tegak beristiqomah berjuang di atas jalan Allah.
Justeru, saya ingin bersikap tidak prejudis dan berdoa kepada Allah supaya ustaz Kazim atau siapa sahaja pendakwah / penceramah agama mengiktiraf PAS sebagai wadah yang paling berkesan untuk melaksanakan sebuah negara Islam seperti yang dituntut.
Sesungguhnya, adalah satu kerugian bagi mereka yang punya ilmu agama yang tinggi tetapi menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi, apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah yang zalim.
Thursday, August 19, 2010
Inilah Pengganti Ustaz Ismail Kamus !
Salam hormat,
Saya mula mengenali penceramah ini sejak dari tahun lepas. Selalu kedengaran ceramah beliau ketika berniaga di pasar malam kerana penjual vcd acap kali memutarkan vcd penceramah yang sama setiap minggu. Penceramah yang saya maksudkan ialah adalah Ustaz Kazim Alias.
Lenggok ceramah Ustaz Kazim saling tak tumpah seperti penceramah yang paling saya minati iaitu Ustaz Ismail Kamus. Mengikut sefahaman saya, sebelum Ustaz Ismail Kamus menjadi ADUN Gombak-Setia, beliau kerap berceramah tetapi bukan atas tajuk politik, hanya sesekali menyelitkan sedikit-sebanyak kepincangan kerajaan pimpinan Tun Mahathir pada waktu itu.
Kini lahir seorang penceramah baru yang jauh lebih muda. Saya tidak tahu apakah Ustaz Kazim berhaluan kiri atau kanan. Tetapi dalam klip video ceramah di atas, beliau telah sedikit menyindir pada minit ke 5.30.
Diharapkan cara ceramah beliau yang bersahaja dan penuh humoristik ini memberi banyak kelebihan dan kesedaran kepada pendengar terutamanya dari sudut 'saikologikal terbalik'. Dan diharapkan juga agar Ustaz Kazim akan diberikan peluang menjadi calon bagi parti PAS, kerana ia pasti memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Wednesday, August 18, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Monday, August 16, 2010
Hubungan Saiful-Farah - Mahkamah Nafi Pun Tidak, Setuju Pun Tidak !!
Trial judge Mohd Zabidin Mohd Diah says prosecution did not deny or agree about alleged affair between Saiful, DPP Farah Azlina
Laporan selanjutnya perbicaraan Anwar 16 Ogos di sini !!
Sunday, August 15, 2010
Mungkin Ini Antara Punca Felda Bankrap !
PETALING JAYA 14 Ogos - Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.
Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun.
“Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?
“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau.
Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu.
“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.
“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.
“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.
Isnin lalu seramai 766 peneroka dari Rancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit
Sumber : Sidiqin Omar (Suara Keadilan)
edyes wrote:
Apalah yang nak dibanggakan RM350 sebagai saguhati duit raya, berbanding RM 2 juta?
Hasil titik peluh ratusan ribu peneroka yang menggoldol hutan belantara puluhan tahun dahulu menjadi ladang komoditi telah menjadikan pengurusi Felda seorang jutawan setiap tahun. Mungkin sekarang ini Dr Mohd Yusof telah menjadi juta-jutawan sedangkan warga Felda menambah hutang demi menaik taraf rumah usang puluhan tahun.
Tidak salah untuk menjadi seorang juta-jutawan. Tetapi janganlah menipu rakyat yang sesusah peneroka, dengan mengurangkan jumlah keuntungan dalam perahan minyak sawit. Menipu dalam perniagaan adalah begitu hina pada pandangan sesiapa pun, tambahan pula golongan yang ditipu itu merupakan golongan yang hidupnya serba serderhana. Ini menjadikan si penipu itu dua kali hina.
Berbalik kepada gaji dan elaun seorang pengurusi badan agensi kerajaan yang mencecah 2 juta, adakah ini mustahil apabila dibandingkan pula dengan gaji seorang CEO kepada Syarikat Air Negeri Selangor?
Mengikut maklumat yang diperolehi, CEO Syabas mempunyai gaji dan elaun mencecah 4 ratus ribu sebulan yang menjadikan pendapatan tahunannya lebih kurang 5juta, sila rujuk di sini.
Fikir-fikirkanlah. adakah kita hidup untuk memberi kesenangan kepada penyangak dan penyamun...?
Artikel berkaitan;
Peneroka Bangkit!! BN Semakin Terancam
Duit Raya Untuk Peneroka Felda!! Kerajaan BN Panik??
Artikel berkaitan;
Peneroka Bangkit!! BN Semakin Terancam
Duit Raya Untuk Peneroka Felda!! Kerajaan BN Panik??
Saturday, August 14, 2010
Tawaran Hebat Pakatan Rakyat !!
DAP hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.
Pada sidang media yang pasti menimbulkan kontroversi, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.
"Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”.
Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah.
“Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP di Kuala Lumpur.
Lim menolak persepsi tindakannya itu sebagai percubaan membeli undi.
“Sekarang ini bukan pilihan raya, macam mana nak beli undi? Lagipun tak salah beri wang kepada rakyat,” katanya.
Beliau juga menafikan tindakan itu bersifat 'populist' kerana ia juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara, seperti Thailand, katanya sambil menunjukkan majalah mingguan perniagaan The Economist.
“Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan,” kata Lim.
Menurut beliau lagi, persetujuan juga sudah didapatkan dari parti Pakatan yang lain seperti PKR dan PAS berhubung tindakan berkenaan dan mereka tudak mempunyai sebarang bantahan.
“Saya bercakap kepadanya (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau berkata OK lah,” kata Lim.
“Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,” katanya.
Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China”. - Mkini
edyes wrote:
Artikel salin tampal, saya tak sempat nak ulas, maklumat dalam artikel di atas WAJIB disampaikan kepada semua warga Malaysia agar mereka terus menyokong Pakatan Rakyat dengan meninggalkan parti lapok perkauman sempit.
Berita di atas terutamanya, memberi kelebihan maksima kepada warga emas dengan tawaran yang hebat oleh Pakatan Rakyat, membuktikan bukan BN sahaja yang perlu mereka sokong.
adios...
Duit Raya Untuk Peneroka Felda !! Kerajaan BN Panik??
Kerajaan regim Najib-Muhyiddin telah menekan butang panik apabila dengan tidak semena-mena, ratusan ribu warga Felda seluruh pelusuk negara bakal menerima saguhati duit raya. Jumlah saguhati tersebut bernilai RM350 untuk peneroka Felda dan RM150 untuk peneroka agensi lain. Berita baik ini muncul sebagai berita pertama dalam Buletin Utama TV3 edisi 13 Ogos 2010.
Lihatlah betapa paniknya kerajaan apabila memikirkan, siapakah UMNO tanpa undian si peneroka. Pemberian saguhati berbentuk duit raya merupakan gula-gula Barisan Nasional yang jatuh dari langit. Justeru, semua warga Felda diwajibkan untuk menerima saguhati yang diberi kerajaan, tanpa berganjak daripada kebangkitan menuntut kebenaran.
Inilah satu kejayaan, inilah satu hasil dari sebuah gerakkan dan semua peneroka Felda mendapat manfaatnya. Tiada lain yang mampu diucapkan selain dari syabas kepada semua peneroka Felda yang telah menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit, dan inilah hasilnya apabila peneroka semakin bersatu bertindak bijak dengan menekan kerajaan penipu supaya memulangkan hasil sebenar jualan sawit.
Penipuan Felda terhadap pesertanya telah dijelaskan secara ringkas dalam entri sebelum ini - Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !!
Sangkaan saya sebelum ini bahawa pendirian warga peneroka Felda tidak boleh berubah adalah meleset sama sekali. Mungkin setelah sedar betapa mereka di tipu selama berbelas dan berpuluh tahun lamanya, ia memberikan satu anjakkan paradigma kepada peneroka agar mereka tidak lagi diperbodohkan lagi oleh kerajaan melalui agensinya Felda.
Ayuh semua golongan masyarakat, bersama warga peneroka kita tumbangkan kerajaan penipu lagi zalim !
Friday, August 13, 2010
Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !!
Ia bermula di Negeri Sembilan, semakin banyak deposit undi popular untuk UMNO di Negeri Sembilan semakin lebur !! Deposit ini amatlah penting untuk UMNO terus survive, di sinilah puluhan parlimen dimenangi oleh mereka dengan bantuan undi warga Felda.
Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu. Mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.
Bukan hanya di Negeri Sembilan, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.
Sebagai peneraju pengeluaran minyak sawit terbesar dunia yakni telah banyak menabur jasa kepada negara,warga peneroka Felda berhak diberi pengiktirafan sewajarnya dan diberi ruang yang lebih baik untuk memperbaiki taraf kehidupan. Namun apa yang berlaku adalah hanya penipuan demi penipuan dari badan yang diamanahkan, apabila urusan jual-beli buah sawit telah dimanipulasikan supaya tidak dilihat cacat-celanya.
Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus. Penipuan ini menyebabkan kerugian kepada peneroka di bawah naungan Felda di seluruh negara selama berbelas tahun lamanya.
Saya percaya ramai lagi peneroka yang akan bangkit menuntut keadilan sebenar. Laporan dari Malaysiakini menunjukkan setakat ini, peneroka daripada Kota Tinggi di Johor dan tiga lagi gugusan di Pahang - Jengka, Bera dan Kratong - akan terlibat.
Kesedaran yang terpacar dikalangan warga peneroka felda yang telah berevolusi, menerbitkan rasa syukur dan pastinya ia memberi tamparan yang hebat terhadap UMNO yang selama ini bergantung kepada pengundi Felda dalam 46 parlimen miliknya.
Di Pahang, 12 daripada 13 parlimennya mempunyai UPU Felda. Maka tidak mustahil negeri Pahang juga boleh terlepas dari tangan Barisan Nasional sekiranya kebangkitan peneroka tidak dapat dibendung. Begitu juga terdahulunya di Negeri Sembilan yang beberapa Feldanya yang sudah semakin maju.
Evolusi kebangkitan peneroka ini seharusnya memberi iktibar yang cukup besar terhadap kerajaan BN mahupun kerajaan yang bakal menerajui pusat pada pasca PRU13, memberi gambaran tepat bahawa penipuan terhadap rakyat memberi impak yang besar dan pasti tidak mudah dimaafkan.
Bangkitlah peneroka, sudahlah reserved milik Felda berbilion susutnya. Setiap wang ringgit untuk anda juga di cantas tanpa diduga. Bangkitlah peneroka, jangan jadi seperti sungai buaya.
EDYES
(maklumat dipetik dari laporan Jimadie Mkini)
POLL : Antara Khalid Ibrahim dan Khir Toyo, Siapa Lebih Hebat di Selangor ?
Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya. - Mkini
Hari ini, MB Selangor Khalid Ibrahim telah menempelak bekas MB Selangor dari BN dengan kenyataan seperti di atas. Adakah kenyataan ini dikatakan obvious ? Atau memang benar Khalid Ibrahim jauh lebih baik dalam mentadbir negeri Selangor?
Adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Nyatakan persetujuan atau bangkangan anda terhadap kenyataan MB Khalid melalui peti undian (Poll) di atas dan sila tinggalkan komen dengan hujah mengapa TS Khalid Ibrahim atau mengapa DS Khir Toyo adalah lebih baik sewaktu menjaga negeri selangor mengikut persepsi anda.
Saya sebagai aktivis politik bertaraf blogger, mempunyai pandangan yang tersendiri walaupun dalam keadaan untuk tidak berlaku bias. Namun biarlah penilaian saya terhadap hasil pentadbiran MB Khalid tidak dinyatakan di sini kerana dikhuatiri menimbulkan prejudis terhadap anda yang belum mengundi pada poll di atas.
Ayuh tunaikan kewajipan anda...
EDYES
Thursday, August 12, 2010
VVIP Itu Ialah Dari UMNO !!
Khabar angin sepoi bahasa memberi petunjuk bahawa VVIP yang bakal dihadapkan ke mahkamah hari ini adalah dari UMNO! Hishamuddin Rais telah memberi hint bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar adalah individu yang dimaksudkan.
Malaysiakini versi English juga telah menyebut VVIP tersebut adalah berkaitan dengan parti UMNO dan ianya juga berkait rapat dengan skandal PKFZ.
Walaubagaimanapun diingatkan bahawa entri ini berkadar khabar angin, sama-sama kita nantikan siapakah individu yang bakal diheret menyertai Tun LLS. Adakah ia benar-benar mewakili kuota melayu setelah Tun LLS mewakili kuota cina. Tunggulah sekitar jam 5 petang sepertimana ketika diumumkan Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah pada 29 Julai lalu.
Saya cuma tidak berapa ingat, siapakah menteri melayu yang dikaitkan dengan PKFZ. Samada Adnan Mansor ataupun, siapa saya kurang ingat. Mari kita tunggu dan lihat, mungkin selepas ini berbondong-bondong rahsia bertembelang yang akan dipecahkan.
Saya cuma tidak berapa ingat, siapakah menteri melayu yang dikaitkan dengan PKFZ. Samada Adnan Mansor ataupun, siapa saya kurang ingat. Mari kita tunggu dan lihat, mungkin selepas ini berbondong-bondong rahsia bertembelang yang akan dipecahkan.
Bawang Putih RM9 Sekilo !!
Inilah buktinya negara kita tidak menghadapi sebarang masalah ekonomi mahupun inflasi. Harga bawang putih dah macam harga kerepek raya, RM 9 sekilo. Harga bawang putih sekilo dah macam harga ikan bawal sekilo...
Sokong lagi Barisan Nasional... sokonglah sampai harga gula pun cecah RM9 sekilo... WTF
Bawang Putih Indonesia...
Wednesday, August 11, 2010
Siapa Prof. Dato’ Dr. Hj. Khairil Annas ...
Masih ingat gambar ini ?
sila klik untuk besarkan gambar...
What is the relationship between Saiful and Khairil? Khairil says Saiful went to Najib’s office to apply for a scholarship and he says they met only that once. Malaysia Today said that that was not true and that there is something more than that going on between Khairil and Saiful that has nothing to do with a scholarship.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Now that the court has delivered its decision -- that Saiful Bukhari Azlan and Farah Azlina Latif would not be called to testify with regards to their sexual relationship -- allow me to come to the real issue.
Yes, the sexual escapade between Saiful and Farah is not what I was targeting at. That was actually the Red Herring to draw them out and make them run round in circles in panic. And, boy, did they panic. Putrajaya was so flustered that even an attack on Johor by the Singapore armed forces could not have outdone that.
But now everything has settled down again. Yesterday, everyone, in particular those in Prime Minister Najib Tun Razak’s office, have breathed a sigh of relief. With the court’s ruling blocking Saiful and Farah from testifying with regards to their relationship they feel they are now well protected.
Well, if that was my main target then maybe so. It would mean they are quite secure. But that was not my main target. That was merely a distraction to get them to fluster for awhile and just when they thought it is now safe to go into the water, as they would say in ‘Jaws’, I spring them with what I was really aiming for.
Before that, do you remember Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi? He is the Mongolian Honorary Consul to Malaysia who escorted Altantuya’s family whenever they were in Malaysia and who held a few press conferences condemning the Malaysian government with regards to how it was conducting the Altantuya murder investigation.
cerita selanjutnya di sini [Malaysia Today]
gambar seterusnya di sini
Tuesday, August 10, 2010
Chua Jui Meng MB Johor ?
Ada otak dengan kurniaan akal, fikirlah dengan bijak - angkara siapa sebenarnya ?
Mencanang Chua Jui Meng sebagai calon MB Johor, dan dikepil pula gambar Sultan Johor, adalah satu hembusan perkauman. Kerana wajarkah bukan melayu menjadi MB Johor ?
Tahun Depan Deal Terus Dengan Peniaga - Guan Eng
Musibah yang dibawa oleh 'orang tengah' atau '3rd party', membusukkan nama kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya menghalang peniaga melayu membuka booth gerai sepanjang bulan Ramadhan. Penganjur yang menjadi 'orang tengah' telah mengambil wang sewa dari pekedai tetapi belum menjelaskan sewa tapak tersebut kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang.
Akhirnya yang dipersalahkan ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Ketua Menterinya yang lantas dituduh tidak adil serta menindas peniaga kecil-kecilan bumiputra.
Inilah sebenarnya yang berlaku! Sekiranya kita hanya merujuk kepada berita TV3 dan akhbar Utusan semata-mata, maka layaklah kita membenarkan diri kita ditipu bulat-bulat. Kita wajar mengambil tahu perkara yang sebenarnya berlaku dengan mencari kebenaran atau sekurang-kurangnya mendengar penjelasan pihak yang dituduh.
Sejak revolusi 308, negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan DAP sangat sensitif apabila dikaitkan dengan peniaga melayu. Oleh sebab itu juga dengan pantas dan tanpa usul periksa kerajaan Guan Eng dipersalahkan dalam isu tapak bazaar ramadhan di Komtar ini sedangkan sebenarnya wang sewa tersebut telah dirembat oleh penganjur yang tidak amanah.
Justeru, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa tahun hadapan, perniagaan bazaar ramadhan di Komtar akan diurus secara terus dengan peniaga oleh Kerajaan Pulau Pinang supaya masalah seperti ini tidak lagi berulang. Maka tiadalah lagi sistem orang tengah, dan tiadalah lagi kutipan 'atas angin' si penganjur yang membaham amanah. Setiap anda yang memahami berita sebenar, setiap itulah keruntuhan kerajaan BN semakin hampir.
Emangnya mereka semakin kerap mencanang isu perkauman terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor melalui media perdana. Sekiranya ada di antara pemimpin mereka yang mula mencetus api perkauman, akan dikurniakan gelaran wira, seperti yang dimaksudkan dalam artikel di sini.
Melalui peristiwa di Komtar ini sedarlah kita semua bahawa, UMNO dan dasar perkauman sempit itu tidak dapat dipisahkan.
Emangnya mereka semakin kerap mencanang isu perkauman terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor melalui media perdana. Sekiranya ada di antara pemimpin mereka yang mula mencetus api perkauman, akan dikurniakan gelaran wira, seperti yang dimaksudkan dalam artikel di sini.
Melalui peristiwa di Komtar ini sedarlah kita semua bahawa, UMNO dan dasar perkauman sempit itu tidak dapat dipisahkan.
EDYES
Apabila Pencetus Huru-Hara Digelar Wira (Mesti Baca!!) [REPUBLISH]
[Nota penting : Artikel ini dimodified semula kerana dipublish sebelum final checking dan editing. Oleh sebab itu, pembacaan semula bagi yang telah baca adalah digalakkan.]
GEORGE TOWN, 8 Ogos — Datuk Ahmad Ismail yang memutuskan untuk tidak bertanding semula pada pemilihan baru, yang khusus diadakan bagi membolehkannya kembali sebagai Ketua Umno Bukit Bendera, dikurniakan gelaran Wira Bangsa Melayu dan Bintang Perkasa Melayu Jati, hari ini
Mari kita imbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh seorang pemimpin UMNO untuk mendapat gelaran'Wira Bangsa Melayu' di sini dan juga di sini.
Hari ini, kita tidak merasa hairan apabila seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pencetus isu perkauman telah dikurniakan gelaran 'Wira Bangsa Melayu', kerana kita sudah sedia maklum bahawa hanya dengan menggunakan isu perkauman, parti ketuanan malayu akan terus survive. Kemuncaknya, Orang-orang cina dikatakan 'kaum pendatang' dan gambar seorang pemimpin berketurunan Cina dikoyak dengan penuh emosi.
Ini adalah pencetus perkauman ! Racist !! Rakyat bakal menjadi mangsa sekiranya berlaku provokasi balas dari kaum Cina pula, sedangkan pemimpin bertanggungjawab akan menghilangkan diri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin pembangkang akan dihumban ke penjara tanpa bicara Kamunting sepertimana yang berlaku pada ops lalang akhir 80an.
Sebelum ini juga kita rakyat Malaysia menjadi saksi betapa sekumpulan pencetus perkauman hanya dikenakan hukuman yang cukup ringan iaitu seribu serba satu. Walhal peristiwa memijak kepala lembu di hadapan SUK Selangor yang merujuk kepada isu kuil ketika itu sedikit sebanyak mengguris perasaan penganut agama hindu di negara ini, kerana lembu adalah haiwan suci bagi penganut hindu. Dengan memijak kepala lembu tersebut, apakah yang bakal berlaku sekiranya kaum hindu membalasnya dengan memijak naskah suci agama kita?
Kaum hindu sering menganggap mereka adalah minoriti tertindas, keterdesakkan yang melanda kehidupan pasti mendatangkan emosi lantas huru-hara pergaduhan antara kaum mudah meletus di kalangan mereka sekiranya dicucuk-asak oleh parti sempit perkauman.
Mujurlah keakraban dan istiqomah yang wujud di antara Melayu, Cina dan India dalam memerangi provokasi dari parti racist, berjaya mematahkan sebarang cubaan untuk mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei. Rakyat semakin matang dalam menilai umpan-umpan yang sudah lapok ditajur oleh gerombolan yang semakin terdesak. UMNO tidak punya banyak pilihan untuk mengembalikan sokongan orang melayu selain daripada kesempatan yang di ambil sekiranya huru-hara berlaku.
Pada hemah saya, kita sebagai orang melayu yang beragama Islam harus memberikan contoh terbaik kepada kaum-kaum lain supaya mereka sentiasa berasa selamat di bawah sebuah negara yang majoritinya orang Islam dan juga pemimpinnya Islam. Segala kelebihan yang ada pada bangsa lain itu harus dipelajari oleh orang melayu, justeru mengambil peluang untuk bersaing dengan lebih progresif. Apakah hasil yang bakal orang melayu perolehi sekiranya asyik mengundang perbalahan kaum lain, membuli kaum lain, mengambil kesempatan ke atas kaum minoriti, di sebalik beberapa permintaan di atas nama 1Malaysia itu sendiri.
Mengapa tidak setiap permintaan kaum lain itu diperhalusi atas faktor hidup sesama bangsa di bumi Malaysia? Sekiranya ia menyentuh hak keistimewaan orang melayu sekalipun, maka apakah kita tidak boleh bertindak lebih 'check and balance' agar kekurangan yang ada pada bangsa melayu setelah 50 tahun merdeka boleh diperbaiki dengan faktor-faktor yang lebih membantu. Jangan biarkan hak keistimewaan orang melayu itu tepu, mungkin sedikit modifikasi bertemakan give and take mampu melonjakkan bangsa melayu ke tahap yang lebih hebat dalam bersaing dengan bangsa lain.
Apakah hak keistimewaan orang melayu itu benar-benar membantu agama dan bangsa kita? Atau hanya mengkayakan segelintir melayu berketurunan elite? Kenyataan ini emangnya pahit untuk dibicarakan, apatah lagi nasib melayu sekarang masih ketinggalan berbanding kaum lain. Jika inilah hasil dari hak keistimewaan melayu, maka kita tidak hairan melayu yang kaya semakin kaya. Melayu yang punya duit adalah melayu yang dapat projek, di samping kebanyakkan melayu yang kais pagi makan petang.
Kita punya banyak cara untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Bukan hanya dengan mengundang pergaduhan demi memungut semangat perpaduan antara melayu. Bersetujulah jika saya katakan, ungkapan 'jaguh kampung' itu bukanlah satu bidalan yang positif secara teori mahupun praktikalnya. Menunjukkan belang 'gedebe' sebagai tuan tanah tidak memberi apa-apa makna melainkan 'gedebe' itu ditunjukkan dalam bentuk kuasa perniagaan. Banyak yang perlu dipelajari dan tunjukkanlah sikap positif agar ilmu perniagaan kaum tiong hua itu dapat dikongsi.
Percayalah, kesempitan hidup yang dilalui oleh kebanyakkan orang melayu sedikit sebanyak membawa kepada perasaan kurang senang terhadap bangsa lain yang berjaya, sedangkan kita tidak sedar kesempitan hidup yang dilalui itu sebenarnya memudahkan barisan gerombolan meraih sokongan dengan slogan "Hidup Melayu".
Di atas kekurangan bangsa kita, kesempatan di ambil oleh gerombolan parti perkauman demi memperkuatkan sokongan ke atas mereka dengan menabur rencah-rencah yang cenderung perkauman, hanya kerana kedudukkan mereka yang tercabar. Kesempitan hidup membuatkan semboyan UMNO itu disambut, oleh sebab itu sejak dulu lagi telah dikatakan - kesusahan orang melayu adalah kesenangan bagi pemerintah fasis.
Saudara dan saudari sekalian, kedudukkan bangsa melayu harus tetap terjamin sekiranya bersama-sama menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan, bukan hanya berdadakan bangsa semata-mata. Keadilan yang terserlah dalam sistem pemerintahan Islam itu sendiri seharusnya memikat bangsa lain apabila ia menawarkan ketelusan dalam pentadbiran di peringkat negeri dan pusat. Selagi keadilan dan hak kaum lain terjamin, selagi itulah kedudukkan orang-orang melayu yang beragama Islam terjamin. Bukan sekadar ketuanan melayu semata-mata.
Ayuh buktikan bahawa Islam itu tidak mundur, tidak rasuah dan sangat progresif, membidas kata-kata biadap seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional. Apa yang penting, perlaksanaan sistem pemerintahan Islam menerapkan keadilan bagi semua bangsa dan ketelusan dalam membasmi ketirisan yang selama ini membankrapsikan negara.
Untuk hidup berjaya dan makmur dalam konteks kenegaraan, pergaduhan dan permusuhan bukanlah satu opsyen yang popular. Adalah wajar untuk kita menjauhkan diri dari hasutan-hasutan yang membawa rebah dan adalah wajar untuk kita menjauhkan diri dari agen dan anasir parti perkauman serba sempit. Peluang dan mandat yang diberikan selama lebih 50 tahun tidak disempurnakan dengan betul malah menjadi zalim terhadap rakyat yang memilihnya.
Berbalik kita kepada ceritara sang wira. Hari ini, telah jelas terbukti bahawa definisi wira pada mata ahli UMNO adalah individu yang telah membuat percubaan untuk mencetuskan huru-hara antara kaum. Namun malangnya pada mata rakyat yang sudah celik, 'Wira Bangsa Melayu' itu hanyalah berstatus 'wira taik kucing'.
EDYES - 9 OGOS 2010 - 1.17am
[Nota penting : Artikel ini dimodified semula kerana dipublish sebelum final checking dan editing. Oleh sebab itu, pembacaan semula bagi yang telah baca adalah digalakkan.]
Monday, August 9, 2010
Apabila Pencetus Huru-Hara Digelar Wira (Mesti Baca!!)
Entri ini telah dimajukan ke entry yang baru kerana sedikit masalah teknikal.
sila klik di sini untuk ke entry tersebut.
sila klik di sini untuk ke entry tersebut.
Sunday, August 8, 2010
Orang Kelantan Bukan Orang Yahudi - Nik Aziz
Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat. Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya - Tuan Guru Nik Aziz
edyes wrote:
Kata-kata Tuan Guru Nik Aziz membuatkan aku tidak terkata...
TAKBIR !!!
Saturday, August 7, 2010
Klip Video Lucah Presiden MCA !!
Chua Soi Lek , Sila Letak Jawatan !!! Anda tidak layak menjadi pemimpin !!!
Farah Bertunang Dengan Pegawai Pendakwa di Utara Tanahair ?
YANG MANA SATU IDAMAN KALBU
(sebuah entry salin tampal dari blog tukar tiub - bagi mereka yg terlepas pandang)
SEBELUM MAHKAMAH BERSIDANG - KEPUTUSAN TEKLAH DI KETAHUI
TERBONGKAR KEPUTUSAN HAKIM 9 OGOS DEPAN.
Keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, "Mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes kerana hubungan saksi utama Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latif tidak berasas. Mahkamah juga bersetuju dengan afidavit Pejabat AG bahawa Farah Azlina tidak ada akses kepada dokumen mahkamah. Dengan itu kes diteruskan."
NOTA:
1. Dari Malaysia Cronicle: Farah Azlina telah bertunang tahun lepas dengan seorang pegawai pendakwa di utara tanahair. Mereka patut berkahwin pada 9 Julai lepas, tatepi pernikahan mereka dibatal sehari sebelum itu manakala kad undangan telah diedarkan.
2. Kontrak KPN MUSA Hassan dijangka akan disambung lagi buat kali ketiga selepas tamat bulan depan. Mestilah, banyak kerja belum selesai. Kes Altantuya nak kena jaga, nak pastikan Anwar ke penjara, nak halang ceramah PR, nak tangkap orang bawa lilin....kalau KPN baru belum tentu
3. Hakim cabuk Azahar Mohamed tolak petisyen Zaid Ibrahim dgn kata tak ujud politik wang dalam PRK Hulu Selangor (ha, ha, ha.). Mari kita tengok rekod si Azhar ni. Dia ni juga memihak kepada BN apabila mendengar kes Perak. Bukankah malaon ini juga masa jadi DPP dituduh subahat memalsukan bukti memfitnah Anwar pada tahun 1999.
4. Hakim2 bacul di Mahkamah Persekutuan Zaleha Zahari, Abdul Malik Ishak dan Clement Allan Skinner menolak permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen perubatan dari doktor yang memeriksa Saiful & laporan polis untuk diperdebat di mahakamah. Ini adalah pelanggran undang2 yang serius oleh hakim sendiri. Budak sekolah pun tahu ...bahawa tanpa dokumen itu, macam mana peguam Anwar nak berhujah?
5. TERKINI: Peguam Karpal Singh telah membuat permohonan untuk memanggil Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Latif di kandang saksi supaya mereka menjawab di mahkamah tuduhan hubungan romantis antara mereka berdua dan pembocoran dokumen mahkamah.
(entry salin tampal dari tukar tiub - bagi mereka yang terlepas pandang)
Friday, August 6, 2010
Atas Nama Pembangunan Dan Kemajuan, Kita Gadai Maruah Bangsa !!
Ketika kecil dulu, dari Seremban, setiap kali arwah ayah melewati Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pergi dan balik rumah mertuanya, merangkap rumah opah saya di 'cheras flat' Seri Melaka, maka setiap kali itulah saya melonjak keriangan melihat kapal terbang dan helicopter secara live.
Daripada ketika ayah memandu Mitsubishi Gallent, hingga ketika beliau memandu Toyota Corolla, seterusnya Alfa Romeo yang tidak saya ingat modelnya, melewati beberapa kilometer bersebelahan Lapangan Terbang Kuala Lumpur adalah satu kepuasan sekumpulan adik-beradik melihat kapal terbang pejuang dan heli yang bernama Nuri.
Untuk sampai ke cheras flat seri melaka, arwah ayah juga akan melalui sebuah penjara yang mempunyai lukisan mural terpanjang. Ketika itu sekitar tahun lapan puluhan, lukisan tersebut masih baru dan saya diberitahu bahawa di sebalik lukisan itu terdapat orang-orang jahat yang dipenjarakan di atas pelbagai kesalahan. Saya percaya ketika artikel ini ditulis, separuh daripada tembok-tembok sejarah ini telah dirobohkan di atas nama pembangunan. Apalah nasibnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur di atas nama pembangunan ?
Masih saya ingat, ketika melewati airport lama tersebut, walau terdapat banyak kapalterbang dah heli yang kelihatan, saya paling meminati 2-3 kapalterbang yang berada di penghujung lapangan terbang tersebut. Tetapi hari ini ketika sudah meningkat dewasa, barulah diketahui kapal terbang tersebut hanyalah replika yang dibina dari rangka kapalterbang asal. Sepertimana lukisan mural yang punya kenangan itu dirobohkan, seperti itu jugalah replika ini bakal dimusnahkan.
Itu adalah antara kenangan yang terpahat dalam jiwa ini, apakah juga di atas nama pembangunan Lapangan Terbang Kuala Lumpur akan hilang dari pandangan?
Mari kita imbas kembali sebuah lapangan terbang yang dulunya dikenali sebagai airport lama. Lapangan Terbang Kuala Lumpur pernah diishtiharkan sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa pada 1 Ogos 1956 oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.
Lapangan Terbang Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia, mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sebagai lapangan terbang komersil sejak tahun 1965, sebaliknya telah menjadi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang strategik untuk mempertahankan ibu negara.
Pada mata rakyat, sepatutnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur diiktiraf sebagai satu warisan yang tidak harus dilupuskan dari bumi tanah melayu, walaupun atas nama pembangunan. Sebuah pangkalan udara yang menempatkan pelbagai keperluan keselamatan tidak harus menjadi satu pertaruhan memperjudikan keselamatan negara di atas dasar pembangunan.
Mari kita renungkan nasib negara ini, apakah atas nama pembangunan, kita wajar membiarkan Tanjung Pagar tergadai? Apakah atas nama kemajuan, kita membenarkan 40 peratus tanah melayu kampung baru beralih tangan? Apakah atas dasar pembangunan, kita melihat dan melopong apabila penjara warisan dirobohkan ? Apakah atas dasar kemajuan, kita menutup mata apabila rumah setinggan rakyat dimusnahkan? Apakah atas nama pembangunan dan kemajuan juga, kita beramai-ramai berdekah ketawa apabila lapangan terbang pertama negara yang kini diiktiraf sebagai pertahanan udara paling strategik untuk menjaga ibu negara bakal dikambus?
Isu keselamatan adalah perkara pokok. Isu pengambilan tanah juga satu perkara yang wajar diambil perhatian. Begitu juga dengan isu pembinaan semula pangkalan udara yang baru.
Berita hari ini memberi petunjuk bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi. Timbalan Panglima TUDM, Lt. Jen Shahron Ibrahim berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.
Sedarkah kita bahawa berapa jumlah yang bakal diperolehi oleh cukong dan menteri bertanggungjawab, dengan menggadai sebuah pangkalan udara.
Tanah di Pangkalan Udara Kuala Lumpur akan dipajak kepada cukong untuk dimajukan pembangunan multi-billion. Dengan urusniaga yang mencecah bilion, maka puluhan malah ratusan juta dapat dibahagikan sama tidak rata kepada mereka-meraka yang terlibat dalam memberi laluan terhadap tergadainya lapangan terbang pertama negara.
Dalam masa yang sama, sebuah pangkalan udara baru akan dimajukan. Maka tanah siapakah yang bakal dibeli oleh kerajaan dengan harga yang berlipat kali ganda daripada harga asal? Ini kerana, kerugian di pihak kerajaan adalah keuntungan di pihak perompak dan penggadai khazanah negara. Setelah pembelian tanah yang bertransaksi rompakkan selesai, maka tender tanpa bicara akan diusulkan kepada mereka yang berminat terhadap rasuah berskala juta. Akhirnya pembinaan pangkalan udara yang baru untuk TUDM tidak tumpah seperti pembinaan sebuah 'state of the art' PKFZ.
Siapakah yang membenarkan perkara ini berlaku di atas nama pembangunan jika bukan kita semua sekiranya kita tidak bangkit menentang ketirisan terancang!!
Pembangunan inilah yang membunuh rakyat secara perlahan apabila kerajaan dikerah menghabiskan duit ke atas projek mega, subsidi untuk rakyat dikurangkan dan ingin dilupuskan, biasiswa pelajar bertukar menjadi pinjaman bayaran balik berkeuntungan 4 peratus bagi pemberi pinjaman! Tidakkah pembangunan ini kejam ?
Di dalam konteks yang dikatakan pembangunan dan kemajuan itu adalah dituntut, mengapa kerajaan memilih Pangkalan Udara Kuala Lumpur untuk dibangunkan sedang penduduk di kampung ulu tembeling masih belum dibekalkan bekalan air bersih dari kepala paip. Mengapa kerajaan memilih untuk memajukan tapak penjara Pudu sedangkan banyak lagi kawasan pendalaman di Perak masih mempunyai masalah perhubungan jalan dan komunikasi. Mengapa kerajaan memilih untuk memajukan Kampung Baru sedangkan banyak lagi kampung baru yang penduduknya sengsara dengan keperitan hidup. Mengapa memilih hanya untuk memajukan kawasan yang mendatangkan keuntungan maksima sedang ia mendatangkan kesengsaraan terhadap rakyat kebanyakkan ?
Jika kerajaan yang memerintah hari ini diiktiraf sebagai kerajaan yang hanya mengejar keuntungan semata-mata, iaitu disamakan dengan kerajaan kapitalis, apakah kita tergamak membiarkan diri kita menyokong kerajaan seperti ini? Di atas nama pembangunan dan kemajuan, kita telah menggadai negara ini kerana hanya berduduk diam apabila 'mereka' merompak satu demi satu khazanah negara. Kita tidak harus bergoyang kaki di atas segala kepincangan yang berlaku di hadapan mata.
Saya ingin mengingatkan semua, bersama kita pastikan Perdana Menteri yang ada hari ini adalah yang terakhir dari Barisan Nasional !! Atau kita akan melihat sepupu mereka, dan anak-anak mereka menjadi PM yang seterusnya pada masa akan datang, membawa legasi bapak-bapak dan datuk-datuk mereka.
Ramai antara kita yang sependapat bahawa, penggal terakhir Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan negara, menjadi punca segala kedangkalan penggadaian maruah yang berlaku dalam sekelip mata, iaitu dalam penggal yang sama sebelum penggal 2008-2013 melabuhkan tirainya.
Ayuh pimpinan Pakatan Rakyat, ayuh para penyokong, para pendokong, para blogger dan para pencondong Pakatan Rakyat, pastikan kemenangan PRU-13 adalah milik Rakyat !! Dan buktikanlah bezanya sebuah kerajaan yang berorientasikan kebajikan berbanding kerajaan berorientasi kapitalis, bahawa Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat adalah jauh lebih hebat dan pastikan rakyat itu adalah keutamaan sebuah kerajaan.
Rakyat bangkit membentuk pakatan bagi menumbangkan kerajaan yang menolak rakyat, kebangkitan itulah yang membentuk Pakatan Rakyat !! Jangan lupa kebangkitan rakyatlah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat!! Maka oleh sebab itu, rakyat tidak harus dilupakan !
Gemakan laungan RE-FOR-MA-SI !!
Gemakan laungan TAKBIR !!!
Bersama Pakatan Rakyat, kita menuju Putrajaya !!
EDYES - 6 OGOS 2010
replika yang dimaksudkan dalam artikel di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)