Saturday, August 30, 2008

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan

31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa.

51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia.

Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.

Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.

Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Merangkap Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
dan Ahli Parlimen Permatang Pauh

Hisham : Jangan Bohong Hal Merdeka

Jika saudara mengikuti blog ini sejak PRU13, pasti saudara perasan beberapa entri yang memaparkan artikel Hishamudin Rais iaitu sebelum beliau mempunyai blog tukar tiub. Saya meminati tulisannya yang bersahaja tetapi cukup padat, mudah diterima dan sedikit sinis.

Di bawah adalah satu artikel mengenai kemerdekaan VERSI Abang Hisham kita. Banyak fakta menarik dan saya mengambil pendekatan untuk kajian lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan oleh Abang Hisham dalam artikel ini. ok, sila baca dan fikirkan.

Jangan Bohong Hal Merdeka
Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

Friday, August 29, 2008

GEMPAR : 16 September Akan Jadi Kenyataan !!


3P = P.PAUH - PARLIMEN - PUTRAJAYA



Hanya seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak SAHAJA , yang hadhir dan mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.

Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang, 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak seramai 31, iaitu 30 BN dan 1 DAP.


Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?

Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?


Sukar untuk BN menafikannya , kerana gambar atau foto boleh memberikan seribu makna.
Jadi agak – agaknya betul lah seperti kata YB Sdr Azmin Ali , kita , maksudnya Pakatan Rakyat sudah mempunyai jumlah yang selesa , untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Jika 34 daripada Sabah dan Sarawak, berapa pula dari semenanjung ?? Adakah Pakatan Rakyat akan memerintah dengan MAJORITI 2/3??

Ini bukan khabar angin semata-mata tetapi disiarkan dalam media arus perdana hari ini.

Berikut adalah keratan akhbar seperti yang dimaksudkan ;

Muka DEPAN akhbar Utusan

Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.

Sebaliknya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Turut menyatakan sokongan pada sidang akhbar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.


Thursday, August 28, 2008

Tambang Bas Naik 15 Sept ! Naik 30% Sempena Raya

Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

"Pelaksanaan surcaj ini adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka," katanya, lapor Bernama, pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.


edyes wrote:

Saya tidak pasti samada kenaikkan sebegini dikatakan 'ambil kesempatan' atau tidak, kerana saya faham apabila permintaan meningkat maka harga barang / perkhidmatan pun meningkat. Ianya tidak dinafikan berkadar terus.

Tetapi mengapa dalam keadaan rakyat menghadapi masalah kewangan dan terdesak oleh faktor inflasi yang tinggi, kerajaan mengambil langkah yang 'menjaga keluhan hati' para pengusaha bas. Apabila tiba musim perayaan, dijangkakan perolehan pengusaha bas juga akan meningkat kerana bas-bas yang digunakan pasti penuh penumpangnya pada setiap perjalanan.

Jika pengusaha bas mengeluh, kami sebagai pengguna juga mengeluh dengan kenaikkan yang agak tinggi ini iaitu 30%. Bukankah kerajaan telah menurunkan harga diesel ? Bukankah harga diesel bagi pengusaha bas adalah jauh lebih murah?

Kami juga merasai keperitan hidup dengan kenaikkan pelbagai kos namun mengapa keluhan kami tidak diambil kira berbanding dengan keluhan pengusaha bas?

Ingin saya cadangkan, sekiranya kerajaan benar-benar prihatin terhadap kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan pengusaha, adalah lebih baik jika kenaikkan tersebut hanya berkadar 15% sahaja.

Seperti yang saya katakan, kita juga faham NASIB si pengusaha bas. Tapi siapakah yang faham akan nasib kami yang cukup terbeban ini....

Video YB DSAI Angkat Sumpah Ahli Parlimen

Gambar tak berapa terang... tapi SUARA jelas.

Selamat Bersidang...


Selamat Bersidang DSAI

SPR BONGOK !! Betul ke 65%??

Saya rasa, SPR patut masuk darjah enam balik... ataupun dahjahnam.

Abang Hisham yang perasan kebodohan tahap dewa nie.

Cuba kira kembali berapa peratus jumlah yang datang mengundi. Laaa ngapa ngok sangat – tidak boleh kira ke ?

Itu lah suruh pergi sekolah lari. Sekarang jadi barua.

BUKAN 65% yang datang mengundi. Apa punya tuur SPR ni.

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus - LAPAN PULUH SATU PERATUS (bodoh!)
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

47000 / 58000 X 100 = 81%


KONONNYA, orang tak keluar mengundi?
KONONNYA, Anwar menang dari undi bukan melayu?
KONONNYA, orang melayu buat undi PROTES?

SPR dan KERAJAAN PUSAT = P.E.N.I.P.U !

Wednesday, August 27, 2008

DSAI angkat sumpah esok !!

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen esok

27/08/2008 11:13am

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok,” katanya.

Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.

Sebanyak 447 undi rosak. — Bernama


edyes wrote :

SYABAS !!!

Suasana pasti berubah. Angin perubahan tidak dapat dibendung lagi !


Dikhabarkan bahawa besok DSAI akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen dan seterusnya diangkat menjadi ketua pembangkang.

Perlantikkan beliau sebagai ketua pembangkang bakal menyaksikan perbahasan beliau buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun dan akan berdepan dengan Paklah dalam pembentangan bajet 2009.

Sama-sama kita nantikan LOMPATAN yang membawa kepada perubahan total !

RE-FOR-MA-SI !!!

DSAI Menang ! Harapan Baru Untuk Malaysia !!

— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


edyes wrote:

Assalamualaikum,

Tahniah di atas kemenangan DSAI. Tahniah

Berikut adalah keputusan RASMI.


ANWAR IBRAHIM 31195

ARIF SHAH 15524

HANAFI MAMAT 92

MAJORITI 15671


Tahniah juga kepada semua petugas, tahniah juga kepada semua yang berada di Permatang Pauh, tahniah juga kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus mengirim doa.

Kemenangan ini menjadi bukti bahawa RAKYAT menolak segala dakyah yang dibawa oleh Barisan Nasional dan memilih untuk sebuah HARAPAN.

Teringat saya peristiwa lewat malam tadi di mana berlaku kekecohan di Bangunan UMNO area P.Pauh. Bukan pergaduhan di antara penyokong PR dan penyokong BN tetapi ianya berlaku kerana petugas-petugas UMNO menuntut bayaran yang dijanjikan oleh orang atasan mereka. Itu yang berlaku pada UMNO, janji tinggal janji sambil yang atas sapu.

Sebenarnya tidak banyak perkara yang ingin saya perkatakan, kerana Anwar sudah layak ke Parlimen dan, juga sudah layak untuk menjadi Perdana Menteri ke6 jika sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Sekarang ini kerajaan BN cuba melengahkan majlis angkat sumpah DSAI dengan memberi pelbagai alasan. Ini dilakukan supaya JANJI Anwar untuk membentuk Gagasan Malaysia Baru pada tarikh keramat 16 September menemui jalan buntu dan kegagalan itu akan dipandang sinis oleh BN terutamanya si Khairy.

Bagi saya, tarikh itu tidak lagi releven. Perubahan akan tetap berlaku dalam masa terdekat yakni dalam tahun ini juga. Jika kita boleh tunggu berpuluh tahun, mengapa tidak beberapa bulan?

Malam tadi saya difahamkan DSAI telah menyatakan bahawa beliau akan tetap mengangkat sumpah pada minggu ini iaitu sebelum pembentangan bajet. Oleh demikian, kita harus bersedia sekali lagi untuk mengiringi Anwar ke PARLIMEN dan seterusnya ke PUTRAJAYA InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua, keadaan jalan raya di K.Lumpur hari ini teramatlah SESAK. Jalan Bangsar JAMMED. Ini semua pernah berlaku beberapa ketika dulu di mana puluhan roadblock dilancarkan bagi menghalang ketibaan DSAI ke Parlimen dan ia berlaku lagi pada hari ini.

Akhir kata, sama-sama kita bersatu bagi memecahkan tradisi pemerintahan korup. Kita akan bernafas di era pemerintahan yang baru sedikit masa lagi... sedikit masa lagi.

RE-FOR-MA-SI

EDYES

Tuesday, August 26, 2008

PERKIRAAN MUDAH - DSAI MENANG !!

Hanya 65% sahaja yang keluar mengundi menjadikan jumlah pengundi yang membuang ialah;

65/100 x 58000 = 37700 undi

INI ADALAH KIRAAN MUDAH.

dan informasi terkini secara terperinci adalah seperti berikut;

- Pauh Jaya: KeADILan menang 413 undi

- Penanti: KeADILan menang 1605 undi

- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi

- Taman Tun Hussien Onn: KeADILan menang 649 undi

- Kg. Cross Street: KeADILan menang 1234 undi

7.00 petang: Keputusan terkini:

- Penanti: KeADILan menang 1605 undi - Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi - Jalan Tuna, Seberang Jaya: KeADILan menang 625 undi

7.20 petang: Keputusan terkini:

- Telok Wang: KeADILang menang 28 undi (KeADILan tidak pernah menang di sini sejak 1999!)



JADI, ANDA SEMUA NAMPAK TREND PENGUNDI DI PERMATANG PAUH !!! MEREKA MEMILIH ANWAR BUKAN UNTUK MEMIMPIN P.PAUH TETAPI MENERAJUI NEGARA INI!!

Saya ada urusan yang tak dapat dielakkan dan terpaksa balik sekarang juga. TREND menunjukkan DSAI berada di ambang kemenangan... yang agak BESAR...

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH... TERIMA KASIH !!




ENTRI terakhir saya pada hari ini.

SALAM REFORMASI!!

TAKBIR !

Hanya 65% Keluar Mengundi !

Angka rasmi telah dikeluarkan oleh SPR.

HANYA 65% sahaja warga Permatang Pauh yang keluar membuang undi BERBANDING 81% sewaktu PRU-12 pada 8 Mac lalu.

Update Dari YB Sivarasa

PKR mendahului lebih dari 13k majoriti.

Bersedialah kita ke PARLIMEN !

insyaAllah

48 ahli Parlimen bervisi BARU telah siap sedia !

6.33pm - Keputusan 4 kawasan mengundi

Jam 6.33 pm. Setakat ini keputusan empat kawasan mengundi sudah diperolehi. Dan PKR mendahului dengan 3377 undi berbanding BN 911 undi.

JUMLAH KAWASAN = 4

PKR = 3377

BN = 911

Anwar Lead 10k vote Majority ??

Matcomot melapurkan bahawa ada maklumat dalaman yang diterima mengatakan DSAI telah berada di depan dengan majoriti 10ribu undi buat masa ini.

Sabar Menanti....

Video Hari Mengundi Permatang Pauh

Suasana ketika DSAI membuang undi. Untuk tatapan sementara menunggu keputusan pilihanraya...

Video Suasana Sebelum Hujan Di P.Pauh

Suasana Selepas Pukul 5 Petang !

1. Semua pusat pengundian telah ditutup pada jam 5.05pm dan timbul sedikit kekecohan kerana pihak BN tak bagi tutup lagi.

2. Kebanyakkan kubu-kubu BN telah ditinggalkan tatkala penyokong Pakatan Rakyat semakin berkobar-kobar.

3. Bendera Keadilan, PAS dan DAP berkibar-kibaran. Diraikan pada kebanyakkan kenderaan, dikibar sepanjan jalan di Permatang Pauh berbanding bendera BN yang tidak kelihatan dikibar. Hanya statik semata.

4. Pengiraan undi sedang berlangsung, pihak petugas menggandakan usaha untuk memantau sebarang kotak tambahan waima kotak ezam sekalipun.

5. TUJUH buah trak FRU dan TIGA buah jip FRU kini dilaporkan berada di pekan Bukit Mertajam.

6. Tempat pengiraan undi penuh sesak dengan orang ramai yang menantikan perkembangan seterusnya. Situasi seperti di hari penamaan calon. Ramai pejuang Pakatan Rakyat !!

7. YB Gobala dan 2 orang anaknya masih ditahan !

[akan diupdate lagi sehingga KEPUTUSAN undian]

WAKTU MENGUNDI TAMAT JAM 5 PETANG !

KESILAPAN INFORMASI.

WAKTU MENGUNDI SECARA RASMI-NYA TELAH TAMAT ! (SORRY)

Info Terbaru

YB GOBI TELAH DITANGKAP dan sedang dibawa ke IPD Seberang Jaya

HARAP MAKLUM

GEMPAR - WAKTU MENGUNDI DILANJUTKAN !!

Berita Terkini

Waktu pengundian dilanjutkan sehingga 6 petang !

SILA AWASI PENGUNDI HANTU !!!
kerana dekat-dekat nak Maghrib nie banyak SETAN !

LAPORAN LAGI...

Sebanyak tujuh buah bas membawa pengundi hantu telah dikesan. Tiga diSeberang Jaya, dua diPermatang Pasir dan satu di Mengkuang Titi. DS Anwar sendiri telah naik keatas bas dan menemubual penumpang-penumpang bas tersebut.

Sementara itu, media room diberitahu bahawa Anwar sedang mendahului dengan memperolehi sekitar 60% daripda jumlah undi.

MAAF, KESILAPAN INFO - WAKTU MENGUNDI TELAH TAMAT JAM 5 PM. SILA KLIK SINI

TQ

Sudah Pukul Lima ! Keranda Untuk BN !


Kebanyakkan pondok2 BN telah tutup kedai. Keputusan seolah-olah telah diketahui !! Barisan Nasional bakal DIKUBURKAN !

Jam Yang Terakhir ..... Bas Pengundi Hantu !!

DUA buah bas pengundi HANTU di tahan di Mengkuang Titi !!

Dalam satu jam yang terakhir ini iaitu 4pm hingga 5pm, petugas-petugas harus menggandakan usaha bagi membenteras sebarang unsur-unsur pengundi hantu.

Kita akan panggil GHOSTBUSTER...

sekian, selingan di akhir jam mengundi... tenangkan diri anda....

Update dari Yayasan Aman

Oleh PerakExpress

3.00 pm.
Unit Ehsan sedang memantau dua buah bas yang sampai ke Sekolah Menengah Permatang Pasir.Anggota unit Ehsan yang terdiri dari penduduk tempatan merasa curiga dengan pengundi-pengundi ini kerana tidak seorang pun dikenali sebagai penduduk tempatan.

2.45pm. Anwar balik ke Bilik Gerakan. Dengar sembang-sembang, setakat ni lebih kurang 60% keluar mengundi. SMS sudah dihantar mintak ambil sapa-sapa yang masih belum mengundi

2.30 pm. Baru dapat masuk Yayasan Aman, jalan masuk ke Penanti penuh sesak. Aku kena jalan sebaik saja keluar highway BKE. Hujan lebat pulak tu, ni semua BN punya pasai. Ada maklumat dari Perisik Rakyat, hari tu ada banyak helikopter, ingatkan depa nak ambil gambar…rupanya depa buat pembenihan awan supaya hujan lebat hari mengundi. Binawe punya geng.

edyes wrote:

Ada beberapa rakan yang SMS saya bertanyakan khabar dari Permatang Pauh kerana menyangka saya naik ke P.Pauh sedangkan saya masih di K.Lumpur. Walaubagaimanapun, saya tetap memberikan khabar dan gambaran dari Permatang Pauh mengikut kemampuan saya mendapatkan maklumat.

Raja Bad pun baru jer call saya kejab ni, katanya dia tetap akan ke sana petang nie untuk mendapatkan result sekitar pukul tujuh. Bukan pukul 11pm jika nak tunggu pengumuman dari TV3.

Setakat ini, saya hanya sempat memberi khabar yang saya terima dari rakan blogger yang berada di sana termasuk MSK(PerakExpress), matcomot, TopengPerak(Perisik Rakyat) and da geng.

Saya harapkan keputusan seawal 7pm dari borang14 yang dikumpul untuk disebarkan dari laman edyesdotcom.

Di kala petang-petang sebegini, bila petugas kita dah mula rehat dan melepas kelegaan, di kala ini jugaklah HANTU2 akan menyusup. Mengikut berita di atas, 2 bas telah kelihatan di sebuah sekolah dengan membawa warga luar yang tidak dikenali oleh penduduk setempat. TANGKAP dan usul periksa!! kerana mereka inilah yang akan menjatuhkan jumlah MAJORITI malah mungkin jika ramai yang terlepas, akan memudaratkan keputusan pilihanraya !

Namun pada dasarnya, majoriti SATU undi sudah mencukupi untuk membawa DSAI ke parlimen dan seterusnya menghancurkan kerajaan KORUP.

InsyaAllah, nantikan keputusannya !

RE-FOR-MA-SI

26 OGOS - Tengah Hari Di Permatang Pauh

12:20 tengahari: DSAI kini tiba di usat mengundi To’ Kandu. Penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat memenuhi pinggir jalanraya.

12.30 tengahari: DSAI kini memasuki Pekan Permatang Pauh. Rakyat sekitar kawasan mengikuti konvoi DSAI.

12.34 tengahari: DSAI melalui jalan Sama Gagah. Rakyat di kiri kanan jalan beratur melambai-lambai ke arah DSAI dan DSWA.

12.45 tengahari: DSAI tiba di Pusat mengundi SMK Sama Gagah. Ribuan rakyat di Sama Gagah menyertai konvoi DSAI, bendera KeADILan berkibaran di sana sini. Penyokong Umno kelihatan tersentak dan lebih selesa untuk berdiam diri di pondok panas mereka.

[akan diupdate lagi]



Di sini juga saya sertakan komen dari brader blasah kiri kanan kita iaitu Kapt (B) SUKJ.


"Alhamdulillah....akhirnya kita menang juga.

Dalam demokrasi walaupun kita menang dengan 1 undi, kita tetap diiktiraf sebagai pemenang. Tak perlu nak tunggu hingga mendapat majoriti 20,000 undi...baru nak diiktiraf sebagai pemenang. Itu semua dakyah-dakyah songsang yang cuba dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Jangan kita biarkan fikiran kita ini dipesong dan dijajah oleh Pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang dah bankrup amalan sistem demokrasi. Kita mesti ubah minda kita jika kita mahu negara kita bangkit dan maju ke hadapan seperti negara-negara maju lain di dunia ini.

Negara kita kaya dengan pelbagai hasil bumi. Minyak, getah, kelapa sawit, balak, bijih, padi, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan perkilangan....semuanya kita ada, tetapi kenapa negara ini masih mundur dan ramai rakyatnya yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Ke mana perginya hasil kekayaan negara kita selama ini...?"

SUKJ

Kereta Najib Di Baling Botol

Kereta yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol air ketika Timbalan Perdana Menteri meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Seberang Jaya, di Semilang, jam 11 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Najib baru masuk ke keretanya selepas berjumpa penyokong Barisan Nasional (BN) dan perbuatan itu dipercayai dilakukan sekumpulan penyokong pembangkang.

Menyedari kejadian itu, penykong BN membalas dengan membaling beberapa botol air ke arah penyokong Pakatan Rakyak.

Sesetengah daripada mereka cuba menyerbu kereta Najib tetapi dihalang polis.

Sebaik Najib meninggalkan kawasan itu, keadaan terus tegang sehingga ada yang membaling kayu dan terkena penyokong BN.

Tindakan cepat polis termasuk anggota Unit Pencegah Rusuhan (FRU) berjaya mengawal keadaan.

edyes wrote:

Berita ini dikutip dari B.Harian Online.

Keadaan semakin tegang tetapi MASIH dalam terkawal. Indeks Komposit juga telah junam lebih 13 mata. Di harap semua penyokong Pakatan Rakyat ambil langkah LEBIH berhati-hati. Sila tangkap sesiapa sahaja yang mulakan provokasi waima dari penyokong Pakatan sendiri kerana dikhuatiri ada unsur-unsur samaran.

Barisan Nasional juga berkemungkinan mempunyai agenda untuk membuatkan pilihanraya kecil Permatang Pauh TERBATAL gara-gara keadaan tidak terkawal.

Oleh demikian sila ambil langkah ALERT. Pastikan pengundian hari ini berjalan lancar kerana DSAI telah MENANG secara teori, secara praktikal, secara moral dan secara tidak rasmi ! Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk mengorak langkah ke Parlimen, jadi pastikan ianya berjaya !!

Harapan Baru Untuk Malaysia !

RE-FOR-MA-SI !!

26 Ogos - Pagi Di Permatang Pauh

8.00 pagi: Pusat Pengundian mula dibuka di 25 pusat seluruh Permatang Pauh

8.52 pagi: DSAI menuju ke pusat membuang undi di SMK Seri Penanti, Kubang Semang

9.00 pagi: 1000 penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat menyambut ketibaan DSAI.

9.20 pagi: Penyokong kedua belah pihak sedang bersorak. Keadaan panas tetapi terkawal

9.38 pagi: DSAI tiba di pusat membuang undi

9.49 pagi: DSAI selesai mengundi. Kini menuju keluar dari pusat membuang undi.

9.55 pagi: DSAI meninggalkan pusat membuang undi, dikerumuni puluhan wartawan.

10.02 pagi: DSAI selesai melayani wartawan, kini berarak ke kenderaan beliau 300 meter dari pusat membuang undi.

10.10 pagi: DSAI kini berama-sama konvoi Pakatan Rakyat melawat sekitar pusat membuang undi di Permatang Pauh.

10:29 pagi: DSAI kini sedang melawat pusat pengundian SK Seberang Jaya. Sokongan pengundi sangat positif.

10.40 pagi: DSAI mula meninggalkan pusat pengundian SK Seberang Jaya.

10.58 pagi: DSAI tiba di pusat mengundi di Tenggiri, Seberang Jaya.

11.29 pagi: Konvoi kini sedang bergerak sekitar Seberang Jaya. Helikopter memantau pergerakan konvoi.

11.35 pagi: DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya








gambar ihsan : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Anwar for Malaysia

Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas.

Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.

Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.

Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap.

Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!

ANWAR IBRAHIM

Monday, August 25, 2008

Politik Orang Terdesak

Hari ini merupakan hari terakhir kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Selama kita berkempen di Permatang Pauh, fitnah dihamburkan kepada saya bertujuan mencemarkan maruah saya dan keluarga. Matlamat kempen UMNO ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menggagalkan Perubahan yang bakal berlaku. Alangkah miskinnya kempen sebegini. Sedang kita mengungkapkan landasan serta asas bagi Perubahan mereka pula sibuk mencanang politik adu domba dan fitnah.

Semalam kita berbesar hati dan terharu menerima kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Permatang Pauh, walau sedikit uzur Tuan Guru masih bertegas mahu hadir membantu kempen. Malah imam yang menjadi saksi sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan tempoh hari sudah mengakuan bahawa beliau diarah oleh pihak atasan untuk hadir ke majlis tersebut, serta sumpah yang dibuat ternyata tidak selari dengan tuntutan Syariat Islam. Nampaknya UMNO sudah terdesak waima sanggup mempergunakan agama.

Kita sentiasa memastikan agenda kita adalah demi rakyat. Makanya persepakatan kita ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Kita percaya Malaysia yang makmur, adil dan perkasa untuk umat Melayu, orang Cina, kaum India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Ini membezakan di antara kita dengan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Mereka rakus berkuasa merompak khazanah negara, tidak mempedulikan nasib rakyat yang menanggung beban akibat kenaikan mendadak harga minyak. Sejenak di dalam permenungan mengingatkan saya kepada sajak sahabat saya WS Rendra yang berjudul Sajak Orang Kepanasan.

“karena kami terlantar di jalan
dan kamu memiliki semua keteduhan …..
karena kami kebanjiran
dan kamu berpesta di kapal pesiar …..
maka kami tidak menyukaimu”

Saya menyeru segenap jentera untuk sentiasa waspada, hati-hati dan memohon dari Allah S.W.T agar diberi kemenangan buat kita melaksanakan harapan dan cita-cita rakyat untuk Malaysia yang Merdeka, Makmur dan Perkasa.

ANWAR IBRAHIM

Anwar calon pilihan untuk menang !

ANALISIS

Berdasarkan perkembangan terakhir, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menang besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, esok.

Tidak mustahil majoriti yang diperolehi oleh bekas timbalan perdana menteri itu lebih besar daripada yang diperolehi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

edyes wrote:

Alhamdulillah. Setelah menempuhi 10 hari berkempen, rata-rata pengundi masih kekal setia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Syukur kita ke hadrat Illahi. Segala dakyah BN telah ditolak mentah-mentah oleh penduduk P.Pauh.

Permatang Pauh bukan hanya dikatakan sebagai kubu kuat dan nadi PKR malah pilihanraya kecil Permatan Pauh ini juga dikenal pasti sebagai tembok terakhir kerajaan Barisan Nasional. Kini BN berada di ambang kemusnahan walaupun mereka telah melancarkan kempen 'at all cost'.

Menurut tinjauan Malaysiakini sepanjang kempen ini sejak 16 Ogos, jentera kempen PKR sangat tersusun dan komited, mereka boleh bekerja siang malam tanpa mengira waktu.

Setiap pelusuk Permatang Pauh terdapat bilik gerakan PKR, malah ada dua atau tiga bilik gerakan di satu kampung.

Petugas-petugas pilihanraya PKR nampak begitu bangga membahagikan risalah perkembangan terbaru pilihanraya kerusi parlimen itu kepada orang ramai.

Ini merupakan petanda yang sangat baik lantas memberi kelegaan kepada semua peringkat masyarakat yang menanti Harapan Baru Untuk Malaysia.

Segala halangan setakat ini telah berjaya ditempuh dengan baik sekali, segala perangkap dan ancaman dapat ditepis dengan istiqamah yang kukuh. Jika sehari dua ini kita agak berdebar dan berdegup kencang, tetapi malam ini keadaan membuatkan kita tenang. Kita akan menghadapi hari esok dengan tenang.

Doa telah dipohon, segala usaha telah dikerah, pelbagai masalah berjaya diikhtiar, kini tiba masa untuk kita bertawaqqal dan menyerahkan semuanya kepada ketentuan Illahi. InsyaAllah.

Takbir !!!

RE-FOR-MA-SI !

Video Ucapan Ramlang Porigi di P.Pauh

Untuk tatapan pengunjung. Syabas kepada Hanief.blogspot

Daftar dan dapat RM200 !!! Hanya Di P.Pauh !!




Sumber : PerakExpress

Menurut blog Susan Loone, Mafrel dan Eli Wong seorang menteri dari Barisan Nasional telah membahagi-bahagikan sejumlah wang sebanyak RM200 kepada sekelompok warga emas di Permatang Pauh.

Datuk Dr. Ng Yen Yen dilaporkan telah membahagi-bagikan RM200 setiap seorang pengundi warga emas berusia atas 60 tahun di Seberang Jaya, di Permatang Pauh ini.

Majlis permberian sumbangan berbentuk wang ini telah diadakan di Persatuan Bomba Sukarela Permatang Pauh pada pukul 2-4 petang.

Warga-warga emas ini juga turut membawa bersama mereka kad pengenalan masing-masing untuk tujuan pendaftaran dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dan menurut seorang penerima sumbangan tersebut Dr Yen Yen telah membisikkan kepadanya dalam bahasa Hokkien: “ow jit, ay hiao cho” (terjemahan terus=hang tau apa yang hang perlu buat lusa nanti”).

Envelope atau sampul ‘angpow’ berkenaan bertulis Yayasan Kebajikan Negara yang mana yayasan tersebut hanya memberikan bantuan kepada pemilik isi rumah sebanyak RM 700 dan ke bawah sahaja.

Namun tidak di Permatang Pauh pada ketika ini yang tempoh berkempen kurang daripada beberapa jam sahaja, anda cuma perlu berdaftar dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Diberi duit AMBIK, diberi janji TOLAK, disuruh undi kita pangkah PKR !
Sila klik sini untuk artikel mengenai longgokkan wang ke Permatang Pauh. Klik sini

Ada Ramlang di sebalik Permatang


Selepas menghadiri beberapa siri ceramah bersama TG Nik Aziz dan anwar Ibrahim, Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi mengadakan sidang akhbar di Yayasan Aman, Penanti sebentar tadi.

Didalam sidang media tersebut, Ramlang menjelaskan bahawa beliau bukan lah Imam Besar Masjid Wilayah seperti yang siarkan didalam akhbar, malah beliau sendiri tidak pernah merasakan bahawa beliau seorang ulama seperti yang diwar-warkan.

Beliau menjelaskan bahawa beliau telah diarah oleh pihak atasan untuk menghadiri majlis tersebut. Secara kebetulan, beliau baru saja melangsungkan majlis akad nikah dan itulah sebabnya mengapa beliau memakai jubah dan kopiah berwarna merah, yang merupakan pakaian seragam imam.

Didalam majlis bersumpah Saiful, Ramlang menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hanya untuk mendengar lafaz sumpah tersebut dan tidak terlibat dalam penyediaan teks sumpah. Teks yang disediakan ditulis didalam tulisan rumi, dan telah berlaku kesilapan sebutan semasa menyebut ‘watallahi’.

Dimajlis tersebut, Saiful telah bersumpah bahawa DS Anwar Ibrahim telah meliwat beliau tetapi telah tersilap semasa menyebut tarikh dimana Saiful telah menyebut 26.8.08, bukan 26.06.08. Ramlang juga berkataa bahawa sumpah tersebut tidak boleh dipanggil sumpah mubahalah kerana hanya satu pihak yang hadir. Didalam sumpah mubahalah, kedua-dua pihak wajib hadir dan sumpah mubahalah hanya perlu dilakukan selepas mahkamah tidak dapat memperolehi bukti dalam sesuatu kes.

Apa yang dilakukan oleh Saiful ialah sumpah laknat. Beliau juga mengatakan bahawa Saiful tidak menunjukkan wajah kesal atau bersalah semasa bersumpah, malah tidak menunjukkan rasa takut sama sekali.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau mendaftar sebagai ahli Umno kerana hendak menolong kawan, tetapi tidak dijelaskan apakah pertolongan itu. Beliau menjadi ahli Umno pada tahun 2003, sebelum berhijrah keKuala Lumpur pada tahun 2004.Beliau juga menjelaskan tiada memegang apa-apa jawatan didalam Umno. Beliau juga tidak merasa kesal diatas pendedahan ini kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam Umno.

Ketika ditanya apakah sumpah Saiful ini satu konspirasi, Ramlang tidak menolak kemungkinan kerana ianya dilakukan sehari sebelum penamaan calon diPermatang Pauh.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat penjelasan ini kerana tidak tahan dikutuk dan dicerca selepas akhbar menyiarkan penglibatan beliau didalam majlis sumpah tersebut. Malah selepas majlis tersebut, dan selepas menerima pelbagai cercaan dan kutukan, tiada pihak yang mahu menjelaskan keaadaan mempertahankan beliau. Dan beliau mengucapkan terimaka kasih kepada Pakatan rakyat kerana memberi peluang untukmenjelaskan keadaan.

Ramlang juga menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa ganjaran atau imbuhan dari mana-mana pihak. Ketika ditanya apakah beliau tidak merasa bimbang terhadap keselamatan beliau, Ramlang menyerahkan kepada Tuhan.

Sumber oleh : PerakExpress

edyes wrote:

Kesian jugak si Ramlang Porigi nie. Udah lah kena paksa hadir majlis yang tidak dimaklumkan lebih awal, lepas tu kena bamboo satu malaya pulak dan takde orang yang nak back up dia termasuklah UMNO.

Jadi, adalah satu tindakan yang tepat bagi membersihkan nama beliau dan saluran PKR menjadi pilihan imam tersebut untuk membuat penjelasan. Beliau sudah tentu mahukan kebenaran itu disebarkan kerana keadaannya ketika ini dianggap teraniaya dan mangsa keadaan.

Kita juga mendapat gambaran yang amat jelas mengenai tuduhan liwat ini di mana, rata-rata rakyat Malaysia yang kebanyakkanya TIDAK percaya sama sekali terhadap tuduhan kali kedua ini. Ramlang juga berpendapat bahawa majlis sumpah yang berlangsung sehari sebelum penamaan calon itu mempunyai agenda politik dan berkemungkinan besar adalah konspirasi semata-mata.

Namun begitu, kita di pihak Pakatan Rakyat harus lebih berhati-hati dalam hal ini. Ditakuti ada udang di sebalik mee, ada Ramlang di sebalik Permatang.

Sunday, August 24, 2008

Najib lahir sebagai muslim, mohon bantuan tuhan hindu...??

Lagi akuan bersumpah dibawakan khas untuk anda oleh Raja Petra.

Saya tidak pasti akan kesahihan 'sumpahan' ini, tetapi sepertimana MEREKA begitu percaya terhadap salah laku DSAI, seperti itu juga berita mengenai najib ini harus diberi perhatian.

saya tidak akan paste di blog ini tetapi secara terus link kepada blog Malaysia-today. Sila klik di sini untuk ke entri Najib si Hindu.

Akuan bersumpah ini agak menggemparkan. Berita ini dikorek dari brader rocky kita.

selamat bersumpahhh..

Mustahil Anwar Dapat Majoriti 15,000 Undi?

Salin Tampal daripada Blog Rudin X(mimpiboneka)

Sebelum menulis selanjutnya, saya mohon maaf kepada pembaca berugama Hindu jika tulisan saya kali ini menyinggung perasaan. Saya tidak berniat menghina tuan/puan atau ugama tuan/puan, sekadar meminjam istilah dari budaya tuan/puan dan menggunanya dalam konteks kefahaman marhaen akan istilah tersebut.

Ada pun kemudian dari itu.

Bagi saya, UMNO adalah satu perkumpulan manusia pariah yang bercita-cita menjadi bangsawan. Sebaliknya PAS adalah parti politik untuk elit yang ingin merasa jadi marhaen.

Segala kaki busuk masyarakat, segala haprak masyarakat menganggotai UMNO demi mengejar kekayaan, pangkat dan darjat – menjadi bangsawan. Ada masalah dengan polis? Masuk UMNO dan sertailah PEKIDA. Ada masalah dengan bank? Masuk UMNO dan sertailah Dewan Perniagaan Melayu. Hanya melalui UMNO seorang penjaga get keretapi berjiwa samseng, kaki pukul, mampu menjadi hartawan sambil bermegah dengan darjah kebesaran.

Dan hanya UMNO meraikan dan menggalakkan si-rendah IQ membeli ijazah dan bermegah dengan PhD palsu. Malah melantik pemegang- pemegang ijazah palsu ini menerajui think tank dan lain-lain istitusi ilmu yang ditaja lumayan dengan dana negara.

Yang mana, “hasil kajian,” pendapat dan pemikiran dari “institusi- institusi” inilah yang dijadikan input dalam ucapan pembesar UMNO, malah dijadikan dasar negara, hatta strategi UMNO berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimana pula dengan PAS?

PAS adalah sebuah wadah bagi intelligensia masyarakat merasai tawadho’ (humility). Parti di mana segala pensyarah, artis, doktor, jurutera, pakar fizik nuklear dan lain-lain profesional duduk bersimpuh bergaul dengan pemandu teksi, penarik beca, nelayan tua, si-postmaster pencen, si-penjual air tebu, air soya, si-penjual ayam dan segala marhaen lain.

Panjang bebelan, nampak! Ya, satu mukaddimah yang tersangat perlu untuk membingkaikan idea yang hendak diketengahkan.

Untuk memahami apa yang sedang dan bakal berlaku di Permatang Pauh pada tanggal 26 Ogos kelak, pembaca perlu tahu apa yang telah berlaku kepada UMNO-BN pada PRU-12 yang lalu.

Keputusan PRU-12 untuk Pulau Pinang menunjukan UMNO-BN telah hilang sebanyak 156,095 undi atau mengalami kemerosotan sokongan 26% berbanding yang diperolehi dalam tahun 2004 untuk PRU-11.

Ke mana perginya sokongan tersebut?

Mudah sekali jawapannya -- penyokong UMNO-BN telah lari ke Pakatan Rakyat, di mana untuk PRU-12 sokongan telah melonjak sebanyak 250,677 undi atau peningkatan sokongan 64% berbanding tahun 2004.

UMNO-BN hilang 156,095 undi, Pakatan Rakyat dapat tambahan 250,677 undi, dan kalau diandaikan semua 156,095 undi UMNO-BN yang lari itu telah diberi kepada Pakatan Rakyat, wajar ditanya mana datang limpahan 94,583 (250,677 – 156,095) undi lagi untuk PR?

Pun jawapannya mudah.

94,583 undi itu datang dari hampir semua pengundi muda, atau warga tua yang baru pertama kali daftar mengundi, serta semua “pengundi pasif,” maksudnya warga negeri yang selama ini telah didaftarkan tetapi tidak ambil pusing untuk keluar membuang undi. Dan sekali-sekali pengundi pasif ini keluar mengundi – mereka pangkah DAP, PKR atau PAS tetapi sama sekali tidak UMNO-BN.

Huh, yakin benar Rudin X dengan rumusannya, khususnya tentang pengundi pasif!

Ya, saya yakin kerana peratus keluar mengundi di Pulau Pinang dalam tahun 2008 meningkat 8% kepada 81% dari 73% dalam tahun 2004. Maksudnya 53,789 warga yang selama ini tidak ambil pusing – pasif -- tentang hal-hal politik telah bertindak keluar membuang undi, memangkah parti-parti komponen PR, demi mendajjalkan Pak Lah dan UMNO-BNnya.

Dan itu semua berlaku sebelum Pak Lah berbohong tentang kenaikkan harga petrol dan rakyat seluruh negara dihimpit inflasi mendadak.

Kini rakyat, baik penyokong atau penentang, telah tahu dengan maha jelas hati budi Pak Lah. Tak kanlah dalam keadaan sebegitu pun, 1 dalam 10 penyokong “karat biru” masih belum berani menukar selera? 1 dalam 5 penyokong totok UMNO-BN masih belum berani menyeberang untuk menyokong parti-parti yang bersekutu dengan PAS?

Jadual di atas adalah satu simulasi menunjukan majoriti yang Anwar Ibrahim bakal perolehi jika hanya sekian peratus (X%) penyokong UMNO-BN lari menyokong Anwar.

Jalan cerita jadual adalah seperti berikut. Bermula dengan undi majoriti yang Wan Azizah perolehi dalam PRU-12 dulu, di andaikan:

(a) tiada pengundi baru didaftarkan,

(b) tiada tambahan pengundi pasif keluar mengundi,

(c) penyokong Pakatan Rakyat semuanya masih setia,

(d) semua undi UMNO-BN yang lari diberikan kepada Anwar, dan

(e) peratus keluar mengundi kekal 81%.

Diberi andaian di atas, katakanlah 1 dalam 20 penyokong UMNO-BN, atau 5% dari 16,950 ahlul “karat biru” berubah hati -- Anwar sudah boleh dapat majoriti 15,083 undi! Ya, Anwar hanya perlukan 848 orang UMNO-BN terpukau dengan karismanya untuk meng-tong-sampahkan perkiraan Arif Shah.

Mustahil sangatkah 1 dalam 20, atau 1 dalam 10, bahkan 1 dalam 5 penyokong UMNO-BN berpaling tadah diberi segala perkembangan negatif ekonomi dan pertualangan politik yang berlaku dalam tempoh 4 bulan selepas PRU-12?

Di samping itu ingat – trend kemorosotan undi UMNO-BN di Pulau Pinang ialah 26%!

Ya, rakyat mungkin simpati dengan dubur Saiful yang mungkin bernanah akibat diliwat Anwar, tetapi saya jangka rakyat lebih prihatinkan tangisan berpanjangan anak-anak mereka yang kehabisan susu. Kerana mereka tidak mampu harga susu yang melambung. Dubur Saiful mungkin sengasara untuk seketika, tapi inflasi tajaan Pak Lah membuat semua rakyat sengsara berpanjangan.

Maka itu saya yakin rakyat akan persetankan sumpah dan dubur Saiful. Rakyat boleh beri simpati, tetapi yang lebih penting, sepengamatan saya, rakyat mahukan harapan. Melalui Anwar mereka merasakan ada harapan, dengan Pak Lah mereka tahu gelap masa depan (kecuali untuk Khairy dan Kamaluddin).

Kerana itu saya jangka 1 dalam 5 atau 20% peratus penyokong UMNO-BN di Permatang Pauh akan berpaling tadah menyokong Anwar. Yang mana dengan itu akan memberi Anwar majoriti 20,000 undi dalam pilihan raya kecil ini.


edyes wrote:

Artikel menarik ini harus disebarkan. Credit juga untuk Abg Bakaq si penarik beca.

15 sen ? 8sen??? mau bikin apa ? rasuah ka?

Kata Najib "Penurunan ini bukan untuk menghadapi PRK Permatang Pauh tetapi demi meringankan beban rakyat"

Ini rasuah nie, kalau bukan kerana pilihanraya, mengapa penurunan harga minyak diawalkan sewaktu dalam tempoh berkempen? Ini salah satu kempen kan? Katanya 1 September. Kenapa tidak seawal 1 ogos yang lalu??

Umpan gula-gula. Saya dah jelak bincang isu minyak. Tak sabar rasanya nak menunggu minyak turun 70sen. FULL TANK terus.

Ni nak tanya korang semua, kalau diesel turun 8sen... bukan 80sen, lapansen ! orang kedah cakap lapanduit. ok, kalau diesel turn 8duit, agak-agak roti canai boleh turun seposen tak? Agak-agak beras, ayam, tayar, barang jualan yang melibatkan logistik akan turun atau TIDAK??
ish ish, dah tau jawapan pergi tanya lagi buat happa... kesian betul dengan rakyat negara nie, negara lain dah LIMA kali turun, kita baru sekali turun. Ingatkan ada lah grand skit sebab sekali turun kan... cuma limabelas sen.. limabelasen...

"manakan cukup satu juta jika kurangnya duit, duit limabelasen, oh limabelasen"
"manakan cukup satu juta jika kurangnya duit, duit limabelasen, oh limabelasen"
"manakan cukup satu juta jika kurangnya duit, duit limabelasen, oh limabelasen"

Nyanyian Abang Romi dalam cerekerama limapuluhsen lakonan Azean Irdawati.

dan di bawah ini saya persembahkan tiga abdul versi HUSIN LEMPOYANG. Satu mesyuarat sebuah keluarga di Putrajaya untuk membincangkan keputusan menurunkan harga minyak

Harga Minyak Sama Harga Tahi Unta: TURUN!!!

Ismet: Ini mosyuarat keluarga, kita bincang pasal harga minyak onta sama harga tahi onta.

Anak Sulong: Apa yang mau dibincangkan bapak?

Ismet: Harga di pasaran dunia sudah pun turun, semua rakyat sudah tau, kita tidak boleh tipu mereka lagi. Depa guna dan dapat tahu dari Internet. Jadi Aku mau tau sekarang, ini harga mau diturunkan atau tidak?

Anak Tengah: Tok sah lah bapak, kita baru untung sedikit saja. Tahun ini biarlah kita ikut ketetapan harga 5 Jun 2008. Tahun 2009, bapak naikkanlah lagi sampai 300 dirham. Kemudian naikkan lagi menjelang 2010, sampai 600 dirham.

Ismet: Aku dah tersilap cakap, 1 September 2008, harga ini semua, aku kata menerusi media, akan diselaraskan.

Anak Menantu: Kenapa bapak bodoh sampai tara itu?

Ismet: Nak buat macam mana, Tuan Penasihat bagitau begitu! Aku umumkanlah. Sudah terlanjur, nak buat macam mana?

Anak Menantu: Berhentikan sajalah Tuan Penasihat ini bapak, anakanda benci melihat muncungnya.

Tuan Penasihat: Wah! Ini sudah melampau ni. Karang aku You Tube gambar kau menari pakai gaun, baru kau tahu!

Anak Menantu: Cobalah kalau kau berani! Esok muka kau keluar muka depan akhbar, makan mee sodo, nak?


Ismet: Sudah! Sudah!! Tak usah bergaduh, kita semua dalam satu parti.

Tuan Penasihat: Jadi apa keputusan Tuan Ismet. Jikalau kita tidak turunkan harga minyak dan harga tahi onta, maka Tuan Ismet akan diturunkan di Pauh Permatang!

Ismet: Inilah yang aku rasa macam nak demam kus-kus neh.

Anak Menantu: tak usahlah turunkan harga bahan istimewa ini bapak. Bayaran komisyen rebet pun baru dapat sikit saja.

Anak sulung: Kau tu asyik fikir komisyen rebet saja, bapak dah nak terkelepet ni, kau tak fikir. Mementing diri kau sorang saja. Jikalau bapak turun, kita semua turun! Kau tau dak?

Ismet: Jikalau begitu, tak usah lawan bapak kali ini, kita semua setuju harga bahan ini diturunkan.

Anak Tengah: Berapa banyak bapak nak turunkan harga?

Ismet: Entah! Tanyalah Tuan Penasihat.

Tuan Penasihat: Kita tidak boleh turunkan sposen sposen sposen. Mestilah lebih dari sposen, jikalau tidak malulah ana.

Ismet: Jadi berapa sposen kau nak cadangkan Tuan Penasihat?

Tuan Penasihat: 5 sposen.

Anak sulung: Apa yang kau melalut neh Tuan Penasihat, cakaplah betul-betul berapa jumlahnya?

Tuan Penasihat: Hasil pendapatan ramai, eh, maaf, hasil pendapat ramai, dan pendapat pakar, yakni Saudagar Husin Lempoyang, maka ana cadangkan harga diturunkan sebanyak 50 sen, bersamaan 50 dirham.

Ismet: 50 dirham! 50 sen! Kau nak mampus!!!

Isteri: Kanda marah?


Ismet: Tidak, tidak, kalau marah nanti kanda kena jual. Maka, kau orang cadanglah, dan turunkanlah banyak-banyak sampai semua puas hati.

Isteri: Sabarlah kanda.

Ismet: Dinda cadang berapa?

Isteri: 15 sen, bersamaan 15 dirham untuk minyak onta. Manakala untuk tahi onta, 8 sen, bersamaan 8 dirham.

Ismet: Geliga sungguh otak dinda. Baiklah 15 sen untuk turun harga minyak onta, dan 8 sen untuk turun harga tahi onta. Kita umumkan malam ini jugak.

Anak Menantu: Tunggulah 1 September 2008, nanti orang tuduh bapak ni Flip-Flop!

Ismet: Tak apalah apa orang lain nak kata. Bapak pun dah memang flip-flop-flup pun. Kita umumkan malam ini jugak ...

Debaran Semakin Kencang Menanti 26 Ogos...

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi masa untuk berkempen akan ditamatkan. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pengundian bermula se-awal 8pagi pada hari selasa. Bersediakah anda menghadapinya? Debaran menunggu detik 7 malam hari Selasa 26 Ogos. Tarikh yang juga didakwa saiful bakal diliwat oleh DSAI dalam sumpah laghnatnya. Tersasul dalam keadaan muka yang pucat, kita semua nampak dengan jelas.

Saya ulang, debaran menunggu detik 7 malam hari Selasa 26 ogos. Mungkin mereka yang berada di P.Pauh akan mengetahui keputusan lebih awal. Kami di K.Lumpur akan menunggu berita baik dari sana. InsyaAllah.

Bagi yang akan balik ke P.Pauh untuk mengundi, pastikan tiket bas telah dibeli manakala bagi yang driving pula, sila pastikan kondisi kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik. Satu undi sangat beharga di sini kerana itulah majoriti nya.

Benarlah seperti yang diperkatakan bahawa di mana-mana pilihanraya kecil sekalipun, kelebihan yang begitu ketara berpihak kepada kerajaan. Langkah DSAI untuk bertanding di kubunya yang paling kuat adalah satu langkah terbaik. Jika DSAI bertanding di kawasan lain contohnya di Kulim dengan 5ribu majoriti atau di Bandar Tun Razak dengan 3ribu majoriti, sudah tentu kerja Barisan Nasional akan jauh lebih mudah untuk menterbalikkan beberapa ribu umat.

Seperti yang kita sedia maklum, Barisan Nasional menggunakan seluruh kekuatan yang ada pada partai itu bagi melawan tsunami gelombang ke-dua. Kini mereka lebih berhati-hati dan sangat cekal dalam melaksanakan pelbagai agenda jahat. Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Termasuk juga duta Malaysia di Monggolia, mereka 'all-out' memberi tentangan habis-habisan. TV3 pula memainkan peranan dengan baik sekali, begitu juga dengan BPR.

Apa yang dipertahankan oleh juak-juak ini? Jika Malaysia yang dipertahankan, apa yang telah mereka lakukan kepada negara ini sehinggakan tidak layak bagi parti lain untuk memerintah? Atau mereka mempertahankan segala rasuah yang telah dibenarkan berlaku? Jika kerajaan kita kuat, sepatutnya mereka bertarung dengan adil. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, KOTOR-KOTOR-KOTOR !

Saya difahamkan sewaktu penamaan calon, terdapat 3ribu pengundi berbangsa india melafaz ikrar untuk memberikan undi kepada DSAI. Tetapi pada hari ini, keadaan sudah menjadi begitu berbeza sekali di mana terdapat segelintir dari mereka yang telah gugur. Pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup para pengundi dengan menawarkan insentif-insentif bagi meringankan beban mereka, dengan bersyarat. Lakukan hanya sekali, pangkah hanya sekali, kesesakkan lega buat seketika sebagai balasan.

Bukan hanya kaum india, tetapi terdapat juga bangsa lain yang istiqamahnya lemah kerana kesengsaraan yang dialami. Dengan 'motto' sempena Aidilfitri menjelang tiba dan dengan cogankata sempena Deepavali kembali, mereka menghulur 'bantuan' yang bersyarat. Syaratnya mudah sahaja iaitu pangkah dalam keadaan tutup mata.

Membeli sepuluh ribu majoriti bukan perkara mudah, namun helah demi helah yang digunakan maka kita akan melihat sedikit sebanyak majoriti itu akan terjejas. Bangun pula si hantu raya bagi memberi impak terhadap majoriti sedia ada. Hantu raya, di pilihanraya, sewaktu Hari Raya kian menjelma. Sepatutnya pilihanraya kecil ini dijalankan pada bulan puasa supaya hantu raya tidak dapat berkeliaran kerana dikurung dan digari.

Kepada si penerima insentif serta-merta, kepada si hantu raya a.k.a pengundi import, kepada mereka-mereka yang bakal membuang undi. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, sila ambil segala apa yang diberi oleh pihak-pihak kaya ini. Duit-duit yang digunakan itu bukanlah duit poket mereka malah poket mereka juga penuh kerana berbakti di P.Pauh. AMBIL sahaja apa yang diberi, itu hak anda juga, wang rakyat. AMBIL apa yang diberi sahaja, TOLAK apa yang dijanji. Tetapi apabila tiba hari mengundi, pandai-pandailah nak undi yang mana. Biar anda menang dua kali iaitu menang duit, dan yang kedua menang undi dengan mengundi DSAI. Undi adalah rahsia dan anda tidak akan sekali-kali dipersalahkan ! Sila ubah diri anda sebijak kancil.

Berkenaan pengundi hantu yang HANTU saya mengambil satu contoh, Ramlang Porigi si imam mesjid wilayah. Apabila diperiksa dalam laman umno, kita dapati beliau adalah ahli UMNO. Apabila diselidik di laman SPR, tempat si imam ini membuang undi ternyata di Permatang Pauh. Apabila dikaji asal usulnya, diketahui bahawa imam ini adalah rakyat negeri Sabah dibawah bayu. Akhir sekali, apabila ditanya siapakah Ramlang Porigi di dalam institusi Masjid Wilayah, beliau bukanlah imam tetapi hanya Pegawai Pendaftar nikah kawin cerai. Difahamkan Khamis lalu beliau dinaikkan pangkat menjadi Imam juga di atas 'jasa'nya seminggu yang lalu menjadi saksi sumpah liwat si saiful.

Ini adalah salah satu penipuan yang terang-terangan. Bagaimana pula dengan penipuan yang bergelap-gelapan? Sebarang bentuk penipuan cenderung ke arah konspirasi ! Kita ada akal, kita fikir sendiri kerana kita bukan hipokrit.

Seperkara lagi, saya begitu kesuntukan masa untuk membloging pada sepanjang minggu lepas termasuklah sehingga minggu depan. Hanya sempat copy & paste berita2 menarik untuk santapan pengunjung. ya ampunn.. Semoga kita beroleh kejayaan bersama keredhoan Allah.

Friday, August 22, 2008

Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah ??

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

edyes wrote:

Diharap semua petugas-petugas pilihanraya PKR lebih berhati-hati dalam pilihanraya kali ini. Jangan terlepas Borang 14 seperti yang berlaku di Rembau.

Kita pasti menang pada kiraan kertas, tetapi terlebih dahulu harus memberikan fokus sepenuhnya kerana inilah pertahanan terakhir Barisan Nasional sebelum DSAI layak menjadi Perdana Menteri.

Juga harus diingat, medan ini juga merupakan pertahanan terakhir karier DSAI dan hasrat murni mengubah kepimpinan negara. Inilah penentunya.

Ayuh, kerja kuat ! Kami doakan dari jauh supaya jentera kita sentiasa alert dalam apa jua keadaan di sana. InsyaAllah.

Kickdefella : Bolehkah Abdullah Hormati Hak Saya ?

Saya akan pertahankan hak Abdullah Ahmad Badawi yang merujuk saya sebagai Evil. Saya juga akan pertahankan hak Abdullah menuduh saya berniat jahat. Saya hormati hak Abdullah sebagai individu dan menghormati haknya untuk berkata-kata.

Sekarang bolehkah Abdullah menghormati hak saya?

Dendam kesumat Abdullah terhadap saya tidak perlu dibangkitkan hingga melibatkan perundangan negara.

Jika Abdullah yang berada di singgahsana merasa sedih melihat Jalur Gemilang diterbalikan secara maya di alam siber oleh saya, seribu kali lagi saya merasa sedih bertanggungjawab menerbalikan jalur gemilang itu.

Setiap hari bila saya membuka blog saya, hati saya terguris melihat jalur gemilang ini terbalik. Namun saya tabahkan hati saya kerana bagi saya nilai masa hadapan dan nilai nyawa seorang rakyat Malaysia lebih utama dari segala perlambangan.

Saya terbalikkan jalur gemilang setelah Kerajaan melaksanakan “Self-Service System” di stesen-stesen minyak seluruh negara. Tindakan kerajaan ini mengakibatkan atendan-atendan pam di seluruh Malaysia menerima notis perberhentian kerja pada 1 Ogos 2008. Mereka akan mula kehilangan punca pencarian pada 1 September 2008.

Kebanyakan pekerja stesen minyak di pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar adalah anak watan, warganegara Malaysia. Kalau kita boleh menangisi dan membesarkan tindakan kilang-kilang multinasional memberhentikan pekerja, bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain yang hilang pekerjaan akibat tindakan Kerajaan yang sepatutnya mewakili mereka ini.

Adakah kerana saya protes terhadap penindasan menerusi polisi oleh Kerajaan terhadap anak bangsa sendiri adalah berniat jahat?

Apakah saya menerbalikan bendera Malaysia supaya masyarakat mendengar keluhan saya tentang nasib anak-anak watan ini menjadikan saya seorang yang jahat?

Setiap hari terpampang di dada akhbar nasib anak-anak watan yang dilanda kemiskinan. Setiap hari terpampang di dada akhbar anak-anak watan mencabut nyawa mereka sendiri bahkan lebih dasyhat mencabut nyawa anak-anak mereka sekali kerana tidak sanggup berhadapan dengan kemelut ekonomi dan masalah rumahtangga yang hadir setelah mereka di landa kemelut itu.

Saya pernah melaluinya. Saya pernah kehilangan pekerjaan dan bukan sekali tetapi lebih dari itu. Saya tahu jerih perihnya. Saya masih ingat hangatnya airmata saya mengalir di pipi sewaktu saya membelai rambut anak saya yang sedang lena. Saya masih merasa pedihnya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Tetapi, diluar sana, bukan lagi soal memberikan yang terbaik tetapi memberikan keperluan asas pun sudah tidak termampu. Memang benar, kita masih belum menjadi seperti Myanmar, tetapi haruskan kita menunggu sehingga kita setaraf dengan Myanmar?

Dimanakah ahli-ahli politik yang kita lantik pada 8 Mac 2008 yang lalu. Berapa ramaikah yang bermati-matian mempertahankan hak rakyat dengan segala kudrat mereka? Berapa ramaikah pula yang terhoyong-hayang ke sana ke mari terus bermain politik?

Sekarang kita berhadapan dengan kemelut dalaman UMNO yang mengikat pemimpin-pemimpin mereka sepenuh masa untuk mempertahankan kedudukan mereka di dalam pemilihan UMNO di peringkat Cawangan, kemudian Bahagian dan akhirnya peringkat nasional, begitu juga dengan MCA.

Fokus ahli-ahli politik yang sepatutnya menjana minda mereka untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia sebenarnya telah terhapus dengan kesungguhan mereka bermain politik.

Saya mengeluh, saya tahu rakyat segelintirnya turut mengeluh sama. Saya tahu majoriti rakyat Malaysia merasai kesan di atas merudumnya ekonomi mereka sendiri akibat tindakan kerajaan yang tidak tepat. Ya, saya yakin di dalam banyak hal, tindakan oleh kerajaan tidak tepat.

Akibatnya, rakyat merasai kesengsaraannya. Persoalannya bukan berapa ramai yang mengalami kesengsaraan tetapi berapa ramai yang berani meluahkan kesengsaraan mereka.

Bagi atendan-atendan pam minyak yang kehilangan punca pencarian bermula 1 September ini, dunia mereka sudah roboh. Bukan mudah malah hampir mustahil untuk mencari pekerjaan dikampung dan dipekan kecil dengan hanya berbekalkan sijil tamat sekolah rendah, tamat tingkatan 3 dan tercicir dari tingkatan 5. Bukan juga mudah bagi pak cik dan mak cik yang yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan dan kini berusia lebih 50 tahun yang terpaksa bekerja seharian di pam minyak dan kini seharian hidup mereka hendak ke mana?

Orang-orang kecil, warga kerdil Malaysia mengalami kesengsaraan. Saya mahu hak mereka tidak diabaikan. Apabila hak mereka kita abaikan seperti yang berlaku sekarang, yang bersalah bukan sahaja kerajaan, bukan sahaja ahli-ahli politik dan bukan sahaja orang-orang kaya.

Apakah kita fikir insan-insan kecil ini pedulikan kebanggaan kita pada Jalur Gemilang? Mereka juga ingin berjaya. Ingin membelai anak-anak mereka setiap malam. Mereka juga ingin mandikan anak-anak mereka dengan kebahagiaan.

Apakah patriotik namanya berdiri tegak menjulang panji dan bendera sedang kaki bergelumang najis?

Bagi saya, itu bukan patriotik namanya. Sebuah negara boleh wujud tanpa panji tanpa bendera, tanpa nama dan kebesarannya. Tetapi bolehkah wujud sebuah negara tanpa rakyat, tanpa insan kerdil. Bukankah kita dulupun insan kecil juga?

Salam saya buat Abdullah.

Sheih Kickdefella

Wednesday, August 20, 2008

Kad Pengenalan Pengundi sedang dikutip pihak tertentu

PERMATANG PAUH 18 Ogos - Kempen pilihanraya kecil dicemari dengan wujudnya usaha agen-agen pihak tertentu yang sudah pastinya pesaingkuat dengan calon PKR Datuk Seri Anwar, apabila sekarang ini mereka sedang mendapatkan kad pengenalan pengundi dan dibayar dengan jumlah-jumlah tertentu.

Pihak sektretariat Piliharaya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Puan Aisah Lamsah, Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita Pusat menjelaskan pihaknya menyediakan talian hot-line di nombor talifon (017-453 2539) untuk mana-mana pihak menghubungi bagi menyediakan maklumat berkenaan.

Melalui Hot-line ini pengundi boleh membuat aduan sekiranya mendapati mereka telah ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan, majikan yang tidak memberi pengudi keluar mengundi, kehilangan nama-nama pemilih.

Selain daripada semakan daftar pemilih dan mengetahui pusat-pusat membuang undi boleh dilakukan, sekritariat ini sedia membantu pihak-pihak yang ingin mendapatkan khidmat ke tempat-tempat mengundi jika tidak mempunyai kenderaan.


HOTLINE : 017-453 2539 (Pn Asiah)


Merdekakan Rakyat !

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Itulah slogan yang akan kita laungkan dan itulah semangat yang akan kita dakapi, bukan dibataskan untuk kempen di Permatang Pauh semata-mata, bahkan buat mendasari kemahuan kepada perubahan.

Pagi tadi di Sunway Carnival saya bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Inilah saatnya kita merebut makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.

Sudah 51 tahun kita merdeka akan tetapi negara kita yang tercinta ini maseh lagi terjajah. Penjajahan mutakhir ini bukannya datang dari kuasa kolonial akan tetapi dari dari pemerintah yang tidak meletakkan kepedulian atas nasib rakyat di tanah air sendiri.

Projek berbilion ringgit dicanang untuk mengaburi rakyat, kononnya atas nama pembangunan. Akan tetapi bila dikuak semboyan projek mega, di sebaliknya adalah korupsi dan kronisme. Penguasa hanya bernafsu untuk mengkayakan beberapa kerat kroni serta elit yang rapat sahaja. Rakyat dibiar papa kedana!

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, August 19, 2008

Dr Jeffrey: 13 MP Sabah sertai Pakatan jika Anwar menang


RE-FOR-MA-SI

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 ahli Parlimen dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

jeffrey kitingan 01Katanya, daripada jumlah 13 orang itu, dua ahli Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.

Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di Bukit Mertajam malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Menurutnya, kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihanraya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

Negara Rakyat !!






PS: Saya telah sebut mengenai NEGARA RAKYAT dalam artikel saya sebelum ini. klik sini